Menyampaikan isi Al-Quran melalui amalan adalah tanggungjawab kita.

Sebagai seorang islam, kita tidak dapat lari dari praktikkan apa yang Allah Taala suruh di dalam Al-Quran. Apa kita tidak malu mengaku sebagai seorang islam tetapi kita tidak praktikkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran? Adakah kita ada maruah sebagai seorang islam jika kita tidak beramal apa yang tercatat dalam isi Al-Quran? Sama – samalah kita fikirkan.

Jika kita orang islam tidak sampaikan apa yang terkandung di dalam Al-Quran, siapa lagi? Nabi Muhammad S.A.W telah tinggalkan kita dengan kitab teragong iaitu Al-Quran. Adakah Nabi Muhammad S.A.W mahu kita membaca Al-Quran tanpa beramal dengannya? Saya rasa anda sendiri tahu jawapannya.

Kita bukanlah semulia Nabi Muhammad S.A.W dan juga kita bukanlah maksum. Oleh itu, kita hanya mampu menyampaikan isi Al-Quran melalui sikap dan perangai kita. Al-Quran adalah senjata orang mukmim kerana ia menghimpunkan ribuan doa untuk kita baca dan praktik.

Praktikkan apa yang di perintah Allah dalam Al-Quran secara istiqamah, insyaAllah kita akan berjaya sampaikan isi Al-Quran pada orang sekeliling.

Orang yang tidak hormat pada isi Al-Quran, mereka akan cepat marah jika kita mengamalkan isi Al-Quran. Cara untuk mendidik mereka untuk patuh pada isi Al-Quran adalah dengan berdegil untuk terus mengikut perintah Allah taala.
Setiap hari, anda ikut suruhan Allah taala di dalam Al-Quran dengan ikhlas. InysaAllah selepas beberapa lama, orang sekeliling akan menerima kita seadanya tanpa persoalkan isi Al-Quran.
Orang di zaman sekarang terlalu beremosi. Jadi, jika anda ingin sampaikan kebenaran AL-Quran, anda perlu bertegas beramal tanpa henti. Jika anda berhenti , usaha anda akan jadi sia – sia. Alang – alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Wallahualam.