Minggu Pertama Persekolahan

Dah masuk seminggu sessi persekolahan bermula. Tahun ni 2 orang anak saya mula bersekolah. Pasal Aisyah saya tak risau sangat sebab dia dah 6 tahun. Walaupun tahun ni dia kami tukarkan ke tadika lain, nampaknya dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. Excited sebab tiap-tiap hari, ada je projek yang dibawa balik.

Apa yang merisaukan ialah Adam (4 tahun) . Kami daftarkan dia di sekolah tadika Kemas (tempat kakak dia belajar dulu). Diharap dia dapat belajar berkawan dan membiasakan diri dengan suasana belajar di sekolah. Hari pertama sekolah dia tak meragam sebab hari tu ibu bapa ramai yang tunggu anak-anak mereka. Kelas pun start pukul 8.30 dan pukul 10.00 pagi dah balik.

Masuk hari ke-2, Adam masuk kelas pukul 11.30 pagi – 2.30 petang. Pada awalnya dia tak menangis, tapi bila cikgu tutup pintu gril di kelas, dan saya pun dah nak balik, dia dah start menangis sambil menjerit .. Umi!!! Nak balik!!!!. Rasanya satu taman tu boleh dengar suara dia menjerit.

Memang Adam ni sangat manja kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Bila sampai waktu balik, abah dia kata dia dah tunggu kat pintu sambil merah mata. Cikgu kata dia nangis sekejap je. Harap-harap minggu depan dia akan dapat sesuaikan diri.

adam tadika 224x300 |  Minggu Pertama Persekolahan

Aisyah excited nak pergi sekolah tadika baru

adam tadika2 300x225 |  Minggu Pertama Persekolahan

Adam sedang dipujuk untuk masuk ke kelas.

adib tadika 300x225 |  Minggu Pertama Persekolahan

Adib seronok bermain, sambil tunggu Adam masuk kelas.

Related posts:

  1. Azam Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009
  2. Majlis Penyampaian Sijil Tabika Kemas Sri Andalas
  3. Diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

2 Comments

  1. khairilz Saturday, 17 January, 2009
  2. wati Saturday, 7 March, 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge