No internet Access = Fully Automated Income

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertamanya saya mohon maaf sebab sudah agak lama saya tidak membuat sebarang post. Sebenarnya saya agak sibuk dengan menyediakan beberapa perkara untuk satu program internet yang saya sertai. Insya-allah saya akan cuba membuat post tentang pelbagai tips dan artikel sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Untuk post hari ini saya akan bincangkan apakah yang membolehkan saya menjana pendapatan tambahan� sebelum ini walaupun TANPA AKSES INTERNET di rumah. Selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada pertengahan 2004 saya sebenarnya tidak mempunyai akses internet di rumah. Banyak faktor yang menyebabkan saya belum bersedia untuk mendaftarkan line telefon dan salah satu daripadanya ialah pengurusan masa.

Namun, sejak 6 Februari saya akhirnya mengambil keputusan memohon kepada Telekom dan kini saya sudah boleh akses internet dari rumah walaupun hanya menggunakan dial-up. Semalam baru terima bil, mak oi mahalnya! Nampaknya saya perlu pertimbangkan untuk daftar streamyx la pulak.

Saya akan berkongsi dengan anda apakah yang saya lakukan sejak itu. Selama 6 bulan pertama saya tidak menjalankan apa-apa aktiviti. Masa itu saya kira sebagai masa penyesuaian dan menikmati sepenuhnya kehidupan seorang surirumah sepenuh masa.

Pada bulan Disember 2004, saya telah menerima email jemputan untuk menyertai satu kumpulan yang menjalankan program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet. Selepas melawat laman web tersebut, saya memang merasakan kelainannya. Walaupun ia berbentuk autodownline** untuk satu program perniagaan jualan langsung (MLM) , tetapi pendekatan yang digunakan agak berbeza daripada kebanyakan program lain yang saya pernah sertai dan sokongan yang diperolehi sangat mengkagumkan.

**Jika anda masih kurang pasti apakah autodownline, ia adalah sebuah program yang akan memberikan ahlinya sebuah laman web percuma untuk dipromosikan. Jika ada sesiapa yang mendaftar melalui laman web tersebut, secara automatik ia akan menjadi downline kepada pemilik laman web yang dipromosi. Ia juga turut dikenali sebagai program referral.**

Sebenarnya sebelum ini saya mempunyai pandangan yang sangat negatif mengenai perniagaan jualan langsung (MLM)� . Tetapi sejak saya bercadang untuk berhenti kerja, saya telah cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai apakah yang boleh saya lakukan dengan hanya bekerja dari rumah.

Dan saya lihat perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet adalah salah satu� peluang yang sangat menarik sebenarnya. Akhirnya saya mula membuka minda untuk mengkaji tentangnya dan mula menyertai beberapa program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet tetapi tidak berjaya. Tapi, saya sebenarnya tak kecewa sebab saya tahu mengapa saya gagal- tidak membuat kajian terlebih dahulu.

Kalau menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) secara konvensional atau offline agak mustahil untuk orang seperti saya berjaya, tetapi dengan internet sebenarnya jauh lebih MUDAH dan menjimatkan masa, wang dan tenaga. Kini sudah setahun saya menyertainya dan saya kira ia merupakan salah satu program yang memberikan� pendapatan tambahan yang agak STABIL setiap bulan walaupun masih belum begitu lumayan.

Apa yang penting ialah, saya tidak perlu samaada syarikat jualan langsung ini terlibat dengan skim piramid yang dianggap musuh terbesar . Ini kerana� syarikat jualan langsung yang kumpulan saya sertai telah beroperasi selama 18 tahun dan ia telah terbukti kukuh dan berjaya mengharungi kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dengan jayanya.

Apa yang saya suka dengan program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini ialah saya tidak perlu menjual kepada sesiapa pun. Apa yang saya buat ialah menukar kedai dimana saya membeli barangan keperluan. Ada lebih 300 produk yang boleh saya pilih seperti sabun pencuci pakaian, sabun mandi, jus, ubat gigi, kopi, vitamin, minyak wangi sabun mandi dan sebagainya.

Melalui program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini, saya juga tidak perlu berjumpa dengan sesiapa pun. Segala proses komunikasi dijalankan melalui emel, sms mahupun panggilan telefon sahaja. Ia memang sungguh mudah. Jika dulu saya paling tak suka perniagaan jualan langsung (MLM)� sebab kena “cari orang” dan perlu berhadapan dengan begitu banyak penolakan.

Tapi sejak berkenalan dengan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini, saya semakin seronok untuk “cari orang” sebab ia sungguh MUDAH. Hanya promosikan laman web, dan anda akan hanya perlu berkomunikasi dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.Upline juga banyak membantu.

Okla, rasanya dah agak banyak yang saya tuliskan. Kalau anda pernah kecewa dengan perniagaan jualan langsung (MLM) konvensional, boleh mencuba perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet pula. Tetapi, suka saya ingatkan agar anda berhati-hati agar tidak terjebak dengan Skim Piramid yang menggunakan perniagaan jualan langsung (MLM)� untuk mengaburi peserta.

Salam sukses!

Asmawati Abd. Manap

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge