Peluang Kerja Sambilan Melalui Program Gayapos
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua,
Pertamanya saya ingin mohon maaf atas kelewatan post untuk minggu ini kerana saya menghadapi masalah modem dan tidak dapat akses internet melalui komputer saya. Insyaallah ia akan dapat diatasi pada minggu hadapan.
Selain internet, saya juga ada mencari pelbagai peluang pekerjaan melalui suratkhabar dan majalah terutamanya program berbentuk GAYAPOS. Biasanya saya hanya perlu SMS nama dan alamat kepada pengiklan dan maklumat akan diposkan kepada saya.
Sebenarnya memang banyak peluang yang ada TETAPI mana satukah yang benar-benar SESUAI dan BENAR-BENAR MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG SEPATUTNYA. Antara surat yang sering saya terima ialah;
1) Program Memasang Barangan
2) Program mengisi sampul surat
3) Program Ihsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
4) Program Menjual Maklumat
5) Program berbentuk jualan langsung (MLM)
Jadi saya akan kupaskan serba sedikit tentang program-program diatas.
#1 – Program Memasang Barangan
Anda hanya perlu membuat sedikit bayaran deposit yang mana ia akan kembalikan jika anda telah menghantar kembali produk yang telah disiapkan. Ada banyak kerja yang ditawarkan seperti pateri PCB, membuat anak patung, menjahit dan sebagainya.
Untuk program ini, saya memang ada pengalaman DITIPU! Saya pernah kehilangan RM70 untuk satu program mengisi syampu didalam botol (untuk kegunaan hotel) tetapi langsung tak menerima apa2 barang yang dijanjikan. Syarikat yang menawarkan kerja ini dikatakan beroperasi di Johor Bahru. Apa yang sangat saya geramkan ialah ia dilakukan dengan cara yang sangat meyakinkan.
Jika kebanyakan program gayapos hanya menggunakan alamat PO Box, tetapi program ini memang kelihatan TULEN kerana turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi. Saya sendiri bercakap dengan En.X (tak ingat nama) yang meyakinkan saya bahawa program ni BUKAN TIPU sebab surat yang diberi mengandungi header syarikat.
Dia kata dia akan hantar kerumah sejumlah botol kosong dan syampu untuk diisi dan selepas 3 hari dia akan datang mengambil produk yang telah siap untuk semakan QC. Jika mereka berpuashati, bayaran akan diposkan kepada saya melalui pos termasuk bayaran deposit saya.
Oleh kerana dah yakin yang saya TAK AKAN DITIPU, maka saya terus buat bayaran pada esoknya guna wang pos atas nama syarikatnya. Namun, selepas tarikh yang dijanjikan, tak datang-datang pun. Saya dail balik nombor yang diberikan tapi tiada jawapan dan kadang-kadang ditutup. Selepas hampir 2 minggu, saya mengalah dan sedar bahawa TIPAH TERTIPU!.
Selepas pengalaman tu, saya terjumpa lagi iklan seperti MEMASUKKAN MANCIS KEDALAM KOTAK dan surat yang diterima mempunyai bentuk yang hampir sama dengan program mengisi syampu yang telah saya sertai sebelum ini. Dan selepas itu, saya mula berfikir secara logiknya takkan syarikat mancis gunakan pekerja sambilan untuk buat kerja nie, bukan ke sekarang nie ada banyak mesin automatik.
Apa yang pasti, orang macam ni memang sentiasa ada idea untuk menipu dan dia lakukannya dengan sungguh professional sekali! Takpe la, kat dunia dia lepas, tapi kat akhirat sendiri jawab la kan!
Maaf sebab emosional sikit. Tapi memang geram bila ada orang yang sebangsa dan seagama dengan kita buat macam tu. Mungkin saya tak terasa sangat , tapi bayangkan jika ada yang memang betul-betul susah dan memang memerlukan kerja, RM70 adalah jumlah yang sangat banyak.
Bayangkanla kalau duit tu la sebenarnya dia nak gunakan untuk beli susu anak atau ubat, tapi sebab dijanjikan peluang untuk tambah pendapatan dia sanggup gunakan dulu untuk bagi pada si PENIPU ni.. Hanya Allah yang akan Membalasnya.
Sekali pikir, saya yang belajar sampai ke menara gading ni pun boleh tertipu, inikan pulak orang lain.. entahla, segan jugak nak mengaku tapi itulah hakikat hidup.
# 2 – Program Mengisi Sampul Surat.
Kebanyakannya memerlukan anda buat bayaran pendahuluan untuk membuka fail, dan untuk kos cetakan bahan. Anda dijanjikan pendapatan lumayan untuk setiap sampul surat yang diposkan. Saya kurang pasti sama ada ia tipu atau tidak tapi dari pemerhatian saya ia memang kelihatan seperti satu penipuan sebab
1) ayat yang digunakan langsung tak professional. Seolah-olah diterjemahkan sepenuhnya dari bahasa inggeris oleh orang yang tak berapa faham bahasa Melayu. Macam pelat cina pun ada.
2) Isi kandungan yang tak menceritakan secara detail apakah surat yang akan diposkan dan bagaimana dapat income. Hanya kata bila sertai, anda akan dapat sampul surat, anda hanya masukkan risalah untuk diedarkan. Kat sapa nak edarkan? Itu kena cari sendiri la.
3) Ada jugak yang kata alamat dan setem turut disertakan. Anda hanya perlu lipat risalah dan masukkan kedalam sampul surat lepas tu dapat duit. Logik ke ada kerja yang begitu senang dan lumayan?
Sejak melayang RM70, saya mula curiga dengan program gayapos yang banyak diiklankan sebab kebanyakannya menjanjikan KERJA SENANG, INCOME LUMAYAN. Tak pulak cerita tentang produk. Lagi satu, sebab kebanyakannya berlindung disebalik alamat PO Box, langsung takde kaedah lain untuk bertanya seperti telefon atau emel. Kalau kena tipu.. lesap macam tu je duit.
Kalau ada yang BERJAYA @ DITIPU tentang program macam nie, boleh la bagi komen sebab saya tak pernah join pun sebab dah serik.
# 3 Program Ikhsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
Program macam ni memang banyak saya dapat samaada melalui pos atau emel. Ada macam-macam nama seperti sumbanganikhlas, ikhsan dan sebagainya. Saya tak pernah cuba sebab terasa macam PEMINTA SEDEKAH la pulak. Jangan marah kalau ada yang sertai dan berjaya mengumpul ribuan ringgit.
Kenapa saya kata macam tu? Sebab setiap orang yang menyertai program ini perlu memberi sedekah dan menerima sedekah. Tak salah untuk kita bersedekah sesama insan, tetapi adakah kita benar2 sedekah kepada orang yang betul2 memerlukan?
Memang la kalau sedekah kat orang yang datang rumah atau orang yang ada kat pasar malam tu kita sendiri pun tak pasti sama ada dia benar2 susah atau tidak tapi sekurang2nya kita dah tengok keadaan dia yang nampak memang susah (walaupun dia berlakon).
Bukan saya tak nak join benda macam ni, ada jugak niat nak join dulu, tapi bila dipikir2 semula, rasanya lebih afdal jika saya sedekah kepada orang yang saya nampak dan yakin dia memang susah dan sangat memerlukan wang untuk meneruskan hidup berbanding mereka yang menyertai program seperti ini dengan harapan untuk menjadi KAYA?
Cara mudah untuk bersedekah, hanya taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantarkan ke 33533 untuk Tabung Bersamamu TV3.
Kalau nak jadi KAYA atau tambah pendapatan, sebaiknya saya BEKERJA dengan tenaga, masa dan ilmu yang ada. Bukan sengaja cari kerja yang susah, tapi kepuasan apabila memperolehi WANG apabila kita bekerja adalah lebih terasa berbanding menerima sumbangan wang dari orang lain!
# 4 – Program Menjual Maklumat
Konsepnya hampir sama dengan menjadi agen atau affiliate dimana kita akan dapat komisen dari jualan yang dilakukan. Satu lagi cara ialah kita akan menerima produk yang boleh kita jual semula dan ambik 100% keuntungan dimana ia hampir sama dengan Master Resell Right bagi ebook di internet.;
Apa yang saya kesalkan ialah, kebanyakan maklumat yang diterima langsung tak berbaloi untuk dimiliki. Saya pernah membayar RM35 untuk maklumat yang saya kira entah apa-apa. Namun tidak semua begitu kerana saya pernah membeli buku berharga RM20 tetapi memang kagum dengan kualiti info yang diberikan dan bentuk fizikal buku yang professional. Walaupun nilai maklumat adalah subjektif, sebaiknya biarlah ia dirasakan berbaloi dengan apa yang akan diperolehi.
Kebanyakan maklumat yang dijual adalah berkaitan cara nak buat duit, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Apa yang lebih mengejutkan saya ialah, saya pernah menerima surat jualan yang menjual produk berbentuk mistik (seperti syiling lama, susuk, minyak senyonyong dsb), ada juga yang menjual teknik untuk menang besar bila beli nombor ekor! Nauzubillah.. nampaknya dah terlalu ramai yang semakin gilakan duit.
Tetapi sekarang ni saya lebih tumpukan kepada mendapatkan koleksi ebook yang kebanyakannya saya perolehi secara PERCUMA (tetapi berkualiti) di internet. Anda juga boleh menulis ebook atau buku anda sendiri jika mahu dan jual pada harga yang anda sendiri tetapkan! Tapi ingat, pastikan ia benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca.
#5 Program berbentuk MLM
Mengembangkan perniagaan jualan langsung (MLM) melaui pos adalah salah satu cara yang bijak. Dan saya selalu jugak terima surat tawaran tentang program seumpama ini. Biasanya saya akan teliti dulu marketing plan. Oleh kerana saya lebih suka sertai perniagaan MLM melalui internet, jadi saya agak kurang berminat dengan yang berbentuk gayapos ni.
Walau apa pun, saya suka tengok pelan pemasaran syarikat yang diterima untuk dibuat perbandingan dengan syarikat yang saya sertai. Buat masa ini, saya masih yakin bahawa syarikat jualan langsung yang saya pilih adalah lebih sesuai untuk saya.
Selain MLM biasa yang berasaskan produk kesihatan dan barang keperluan harian, banyak juga tawaran yang diterima mengenai MLM prepaid. Ia juga saya sekadar jadikan sebagai rujukan sahaja kerana saya lebih suka jika ia turut menawarkan sokongan secara online juga.
Tetapi, alhamdulillah sebab saya rasanya tak pernah lagi terima tawaran mengenai MLM yang diraguikerana kebanyakan syarikat yang ditawarkan kepada saya telah agak lama beroperasi. Mungkin kerana promosi melalui pos ni memerlukan kos yang agak tinggi berbanding internet.
Okla. Rasanya dah banyak jugak yang saya tulis. Walau apa pun program yang anda jumpa, jika anda telah ada serba sedikit ilmu pengetahuan mengenainya, anda pastinya akan dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa. Saya tidak mengatakan semua program gayapos menipu atau tak betul dan saya ucapkan TAHNIAH jika anda telah berjaya melakukannya. Apa yang penting ialah jangan malas untuk membuat penyelidikan dan jangan mudah terpedaya dengan janji KERJA MUDAH, UNTUNG LUMAYAN.
Salam sukses!
Bagaimana hendak mula bekerja dari rumah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak saya memulakan blog ini, ramai juga yang bertanya bagaimana hendak mula bekerja dari rumah? Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang susah kerana dengan kuasa internet.. maklumat di hujung jari anda. Anda hanya perlu menaip “make money†, “cari duit†, “work at home†, “kerja dari rumahâ€,� “tambah pendapatan”� atau apa jua perkataan yang terlintas difikiran anda di google atau apa jua enjin carian, pasti anda akan bukan sahaja ribuan, tetapi jutaan laman web yang boleh anda terokai.
Ini menunjukkan bahawa semain semakin ramai melakukannya. Mengapa agaknya ia terjadi? Ini kerana ramai beranggapan bahawa ia begitu mudah dengan kos yang sangat rendah. Anda hanya perlukan sebuah komputer dan akses internet. Kalaupun tiada di rumah, banyak cybercafe yang boleh dikunjungi dengan bayaran yang berpatutan. Semua orang kini boleh memperolehi pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.
Sebenarnya terdapat begitu banyak peluang yang boleh anda gunakan. Daripada apa yang saya lihat, peluang-peluang ini terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu perniagaan internet dan program internet. Kedua-duanya mempunyai perbezaaan yang agak ketara sebenarnya.
Perniagaan internet ialah dimana anda menjalankan perniagaan sendiri dengan menjadikan internet sebagai salah satu medium untuk menjana keuntungan. Tidak kiralah samaada ia berasaskan perkhidmatan ataupun menjual produk (digital atau fizikal).
Terdapat 1001 perniagaan yang boleh anda jalankan, hanya kreativiti dan usaha anda sahaja yang bakal membataskan pendapatan yang boleh anda perolehi. Antara perniagaan yang boleh dijalankan ialah perkhidmatan membina laman web, perundingan kewangan, menjual buku , CD/VCD, produk kesihatan, makanan/ pakaian, barangan antik dan sebagainya.
Persediaan awal untuk memulakan sebarang perniagaan, pastinya anda perlu melakukan pelbagai kajian mengenai produk atau perkhidmatan yang ingin diniagakan serta sedikit modal. Walaupun ia agak mengambil masa dan tenaga, tetapi jika dijalankan dengan betul, ia pasti mendatangkan hasil yang lumayan.
Selain menjalankan perniagaan sendiri, anda juga boleh berkerja sebagai “tukang promosi” atau dalam bahasa internetnya sebagai affiliate. Jika dulu ia agak janggal diperkatakan, namun sekarang ni semakin banyak program affiliate yang muncul.
Berikut adalah beberapa program affiliate yang ada di Malaysia yang boleh anda sertai secara PERCUMA;
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mempromosikan laman web yang diberikan kepada anda. Jika ada ahli yang membeli melalui link anda, komisen akan diberikan berdasarkan nilai yang telah ditetapkan.
Selain itu, saya juga menyertai program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet. Saya memilih untuk bersama syarikat Revell kerana Pelan Pemasaran MUdah dan Produknya yang� pelbagai. Ia juga mengamalkan konsep pengguna bijak. Hanya bertukar jenama produk dan belanjakan RM50 sebulan, saya sudah boleh menikmati bonus.
Untuk itu, saya telah menyertai kumpulan Cybershop2u.net yang merupakan antara program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet yang kukuh sehingga kini. Selain itu, upline saya dari Team700 juga banyak membantu saya didalam program ini. Alhamdulillah selepas lebih setahun, saya mula mendapat pulangan dari usaha saya selama ini.
Selain itu, saya juga sertai program� Perniagaan Prepaid melalui SMS dan internet� . Ini kerana pada saya rasakan bahawa prepaid adalah keperluan asas yang perlu dibeli setiap bulan, dan kalau saya mempunyai pilihan untuk membeli prepaid pada harga murah dan cepat (melalui sms sahaja), mengapa tidak saya merebut peluang ini.
Semua program yang saya sertai hanya memerlukan saya mempromosikan laman web. Senang bukan? Anda tidak perlu buat banyak kerja, hanya MEMPROMOSIKAN laman web PERCUMA dan wang akan mengalir kedalam akaun anda. Hmmm… disinilah sebenarnya ramai dikalangan kita yang akan tertipu dan menjadi penipu. Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana kebanyakan kes penipuan melibatkan mereka yang menyertai program internet seperti ini. Mereka cepat terpengaruh dengan kerja MUDAH tetapi UNTUNG BANYAK.
Untuk mengurangkan risiko ditipu, anda perlu mempunyai ILMU PENGETAHUAN. Jangan terburu-buru menyertai sebarang program internet yang dipromosikan tanpa menyelidik dengan terpeinci. Anda boleh membaca post terdahulu saya dimana ada saya nyatakan beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan sebelum menjadi mangsa penipuan..
Ada yang bertanya kepada saya adakah program itu dan ini benar atau hanya satu penipuan?. Saya akan biarkan anda menilaikan sendiri dengan membuat penilaian berdasarkan ILMU PENGETAHUAN yang telah anda perolehi.
Nasihat saya, buat kajian terlebih dahulu. Tidak susah sebenarnya untuk mengetahui adakah ia satu penipuan atau tidak..bukankah dengan internet segala maklumat dihujung jari anda dan anda hanya perlu menjadikan enjin carian seperti google sebagai teman baik anda. Pasti anda akan bertemu serba sedikit maklumat dan pendapat berkaitan program yang dipromosikan.
Berapa banyak yang anda perolehi dengan menyertai program ini? Itu merupakan satu lagi soalan yang sering diajukan kepada saya. Sebenarnya isu pendapatan adalah sangat subjektif. Ia bergantung kepada apakah yang perlu dan telah anda lakukan untuk memperolehi pendapatan sebanyak yang anda inginkan?. Di internet, anda sebenarnya menulis cek anda sendiri. Berapa banyak yang anda inginkan dan kemudian anda perlu usahakan matlamat anda.
Ada yang menghabiskan banyak wang untuk memiliki laman web yang canggih tetapi hakikatnya langsung tidak dikunjungi oleh sesiapa. Ada yang memperolehi pendapatan yang lumayan kerana mereka secara konsisten dengan hanya mempromosikan laman web yang diperolehi dengan percuma.
Bagaimana Hendak Berjaya di dalam perniagaan / program internet yang disertai?
Salah satu ilmu terpenting yang perlu anda tahu apabila memulakan langkah ke dunia internet dan berhasrat untuk mendapatkan pendapatan, anda perlu menguasai ilmu INTERNET MARKETING atau PEMASARAN INTERNET yang mana skopnya sangat luas. Ini termasuk mengetahui teknik promosi yang berkesan, penggunaan autoresponder, SEO (search engine optimization), menulis surat jualan (sales letter), aspek teknikal seperti programming, coding dan banyak lagi..
Tetapi anda tidak perlu risau sebenarnya kerana banyak maklumat seumpama ini yang diberikan secara PERCUMA. Hanya luangkan masa sekitar 1 jam sehari untuk menambah ilmu tentang ini. Amalkan konsep “belajar sambil bekerja†dimana disamping anda menjalankan perniagaan anda, anda boleh terus belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
Anda boleh mulakan dengan mempelajari teknik promosi yang berkesan. Ini kerana, tanpa promosi, tidak ada orang yang akan tahu mengenai apa yang anda tawarkan. Promosi boleh dilakukan dengan menghantar iklan di ruangan classified percuma, menyertai ruangan forum, yahoogroup, email dan sebagainya.
Namun perlu saya ingatkan bahawa jangan sekali-kali melakukan SPAM. Apakah itu SPAM? Ia adalah keadaan dimana anda menghantar emel kepada seseorang tanpa kebenaran beliau (terutamanya yang berbentuk iklan), . Ia adalah salah satu bentuk SPAM dan ia adalah salah disisi undang-undang! Jika penerima melaporkan kepada pihak ISP, salah satu tindakan yang biasanya diambil ialah dengan menutup laman web yang dipromosikan.
Akhir kata , jika kita benar-benar ingin berjaya didalam apa jua bidang PERNIAGAAN ATAU PROGRAM internet, kita juga perlu sentiasa fokus kepada apa yang ingin dilakukan dan sentiasa bersedia untuk belajar (daripada mereka yang telah berjaya) dan mempraktikkan ilmu tersebut.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang saya kira sangat menarik untuk dinilaikan kita sama-sama renungkan.
—————————-
Oleh: Dr Ahmad Zaki Ismail
KITA kini semakin terdedah kepada cabaran era globalisasi ekonomi dan dunia tanpa sempadan. Pengangguran pula ditakrifkan secara lebih kompleks dan semakin sukar diatasi. Ia membabitkan pengangguran ketara dan tidak ketara. Hambatan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat yang memerlukan kita berfikiran lebih terbuka.
Kita tidak lagi boleh terkongkong dengan sektor ekonomi tradisional semata-mata. Ekonomi yang bersifat anjal sentiasa berkembang bagi memenuhi keperluan dan aspirasi semasa, manakala sumber penjanaan pendapatan juga sepatutnya tidak lagi terikat dalam satu segmen atau arah tertentu. Perkembangan begitu pesat dalam bidang guna tenaga, terutama di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah, buruh ladang, pekerja kilang, hotel dan restoran, mewujudkan situasi yang mendesak sehingga kita terpaksa mengimport tenaga kerja asing.
No internet Access = Fully Automated Income
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pertamanya saya mohon maaf sebab sudah agak lama saya tidak membuat sebarang post. Sebenarnya saya agak sibuk dengan menyediakan beberapa perkara untuk satu program internet yang saya sertai. Insya-allah saya akan cuba membuat post tentang pelbagai tips dan artikel sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Untuk post hari ini saya akan bincangkan apakah yang membolehkan saya menjana pendapatan tambahan� sebelum ini walaupun TANPA AKSES INTERNET di rumah. Selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada pertengahan 2004 saya sebenarnya tidak mempunyai akses internet di rumah. Banyak faktor yang menyebabkan saya belum bersedia untuk mendaftarkan line telefon dan salah satu daripadanya ialah pengurusan masa.
Namun, sejak 6 Februari saya akhirnya mengambil keputusan memohon kepada Telekom dan kini saya sudah boleh akses internet dari rumah walaupun hanya menggunakan dial-up. Semalam baru terima bil, mak oi mahalnya! Nampaknya saya perlu pertimbangkan untuk daftar streamyx la pulak.
Saya akan berkongsi dengan anda apakah yang saya lakukan sejak itu. Selama 6 bulan pertama saya tidak menjalankan apa-apa aktiviti. Masa itu saya kira sebagai masa penyesuaian dan menikmati sepenuhnya kehidupan seorang surirumah sepenuh masa.
Pada bulan Disember 2004, saya telah menerima email jemputan untuk menyertai satu kumpulan yang menjalankan program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet. Selepas melawat laman web tersebut, saya memang merasakan kelainannya. Walaupun ia berbentuk autodownline** untuk satu program perniagaan jualan langsung (MLM) , tetapi pendekatan yang digunakan agak berbeza daripada kebanyakan program lain yang saya pernah sertai dan sokongan yang diperolehi sangat mengkagumkan.
**Jika anda masih kurang pasti apakah autodownline, ia adalah sebuah program yang akan memberikan ahlinya sebuah laman web percuma untuk dipromosikan. Jika ada sesiapa yang mendaftar melalui laman web tersebut, secara automatik ia akan menjadi downline kepada pemilik laman web yang dipromosi. Ia juga turut dikenali sebagai program referral.**
Sebenarnya sebelum ini saya mempunyai pandangan yang sangat negatif mengenai perniagaan jualan langsung (MLM)� . Tetapi sejak saya bercadang untuk berhenti kerja, saya telah cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai apakah yang boleh saya lakukan dengan hanya bekerja dari rumah.
Dan saya lihat perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet adalah salah satu� peluang yang sangat menarik sebenarnya. Akhirnya saya mula membuka minda untuk mengkaji tentangnya dan mula menyertai beberapa program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet tetapi tidak berjaya. Tapi, saya sebenarnya tak kecewa sebab saya tahu mengapa saya gagal- tidak membuat kajian terlebih dahulu.
Kalau menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) secara konvensional atau offline agak mustahil untuk orang seperti saya berjaya, tetapi dengan internet sebenarnya jauh lebih MUDAH dan menjimatkan masa, wang dan tenaga. Kini sudah setahun saya menyertainya dan saya kira ia merupakan salah satu program yang memberikan� pendapatan tambahan yang agak STABIL setiap bulan walaupun masih belum begitu lumayan.
Apa yang penting ialah, saya tidak perlu samaada syarikat jualan langsung ini terlibat dengan skim piramid yang dianggap musuh terbesar . Ini kerana� syarikat jualan langsung yang kumpulan saya sertai telah beroperasi selama 18 tahun dan ia telah terbukti kukuh dan berjaya mengharungi kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dengan jayanya.
Apa yang saya suka dengan program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini ialah saya tidak perlu menjual kepada sesiapa pun. Apa yang saya buat ialah menukar kedai dimana saya membeli barangan keperluan. Ada lebih 300 produk yang boleh saya pilih seperti sabun pencuci pakaian, sabun mandi, jus, ubat gigi, kopi, vitamin, minyak wangi sabun mandi dan sebagainya.
Melalui program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini, saya juga tidak perlu berjumpa dengan sesiapa pun. Segala proses komunikasi dijalankan melalui emel, sms mahupun panggilan telefon sahaja. Ia memang sungguh mudah. Jika dulu saya paling tak suka perniagaan jualan langsung (MLM)� sebab kena “cari orang†dan perlu berhadapan dengan begitu banyak penolakan.
Tapi sejak berkenalan dengan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini, saya semakin seronok untuk “cari orang†sebab ia sungguh MUDAH. Hanya promosikan laman web, dan anda akan hanya perlu berkomunikasi dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.Upline juga banyak membantu.
Okla, rasanya dah agak banyak yang saya tuliskan. Kalau anda pernah kecewa dengan perniagaan jualan langsung (MLM) konvensional, boleh mencuba perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet pula. Tetapi, suka saya ingatkan agar anda berhati-hati agar tidak terjebak dengan Skim Piramid yang menggunakan perniagaan jualan langsung (MLM)� untuk mengaburi peserta.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Mengatasi Masalah Kesunyian Apabila Bekerja Dari Rumah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat menarik tentang mengatasi kesunyian. Ia sebenarnya memang terjadi kepada saya. Maklumlah semasa bekerja dahulu kita ada ramai kawan-kawan yang boleh diajak berbual, tetapi kini pergaulan sangat terhad kepada anak-anak dan jiran terdekat. Selepas membuat sedikit kajian.
Rupa-rupanya saya tidak bersendirian kerana ia sebenarnya adalah perkara yang normal. Kemudian saya bertemu dengan artikel ini didalam Bahasa Inggeris dan terus saya terjemahkan. Oleh kerana ia telah lama terperuk didalam komputer saya, saya minta maaf sebab tidak dapat menyatakan sumbernya. Selamat Membaca!
—————————————
Seperti kebanyakkan orang, apabila anda memikirkan bagaimana rasanya bekerja dari rumah, anda barangkali akan terfikir tentang kelebihan-kelebihan seperti;
· Bekerja mengikut masa sendiri,
· Tidak perlu merasa tertekan,
· Tidak menghadapi kesukaran pergi dan balik ke tempat kerja setiap hari,
· Dapat menikmati keindahan taman anda di siang hari,
· Tidak perlu melayan karenah bos,
· Dapat meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak,
· Dapat bekerja dalam keadaan dan suasana yang selesa dan sebagainya.
Sememangnya semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan sekiranya bekerja dari rumah. Tidak lama selepas mula bekerja dari rumah, anda akan mula mengenang semula pada suasana bekerja sebelum ini dan sedar yang anda sebenarnya;
- rindu pada tetamu-tetamu yang tidak diundang yang sentiasa mengganggu anda membuat kerja,
- rindu untuk berjalan-jalan di taman sewaktu makan tengahari bersama rakan baik anda di tempat kerja,
- rindu untuk pergi minum beramai-ramai selepas kerja pada malam Sabtu,
- tidak lagi berpeluang untuk berkongsi pandangan rakan sekerja apabila anda mendapat sesuatu idea baru.
Sekarang, keadaannya sunyi. Tiada siapa yang boleh anda ajak berbual kecuali anak-anak anda yang berumur tidak lebih daripada 4 tahun. Anda akan dapati yang anda sentiasa memeriksa e-mel untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang ada. Anda juga akan berharap agar telefon berdering.
Semasa bekerja di pejabat dahulu, anda merupakan orang yang sangat benci deringan telefon dan berpendapat kewujudan pesanan suara dan e-mel merupakan satu rahmat yang tak terhingga kerana dapat mengurangkan gangguan deringan telefon.
Memang tidak dapat dinafikan, berubah daripada dunia korporat kepada bekerja di rumah merupakan satu bentuk peralihan yang ketara. Kebanyakkan orang terpaksa bergelut dengan cabaran/ masalah kesunyian semasa memulakan perniagaan dari rumah. Selamat menempuhi suasana bekerja di rumah yang sebenarnya … keseorangan dan kesunyian.
Tetapi, seperti yang disenaraikan dibawah, terdapat banyak cara untuk mengelakkan diri anda daripada merasa kesunyian dan keseorangan dengan berhubung dengan dunia luar dan membentuk rangkaian perniagaan.
Ingat, hanya kerana anda bekerja seorang tidak bermakna anda perlu melakukannya seorang diri. Di sini merupakan cara-cara untuk anda mengelak daripada merasa kesunyian semasa bekerja dari rumah:
#1 – Membuat Perancangan Yang Rapi
Tidak ada perkara yang lebih menimbulkan rasa kesunyian daripada melalui setiap detik tanpa membuat apa-apa sepanjang hari. Jangan mulakan hari anda tanpa membuat perancangan tentang apa yang anda akan lakukan pada hari tersebut. Anda perlu merancang masa anda supaya anda tidak perlu melalui masa terluang tanpa membuat sebarang aktiviti.
Oleh itu, tulis senarai perkara-perkara yang anda patut buat, sebaik-baiknya di akhir hari sebelumnya, supaya anda dapat terus memulakan aktiviti-aktiviti yang anda rancang sebaik sahaja hari anda bermula tanpa memberi ruang untuk rasa kesunyian timbul.
#2 – Berinteraksi Dengan Dunia Luar
Apabila menulis perkara-perkara yang akan anda buat, pastikan anda sertakan sekurang-kurangnya dua aktiviti yang memerlukan anda untuk berinteraksi dengan org lain. Menjalin hubungan dengan pihak lain adalah sangat penting samada anda bekerja dengan untuk orang lain atau untuk diri sendiri.
Oleh itu, jalinkan hubungan dengan orang yang dapat membantu perkembangan perniagaan anda dan pada masa yang sama menghubungkan anda dengan dunia luar.
Menyertai badan atau kelab professional, menghadiri seminar dan pameran yang berkaitan dengan perniagaan anda merupakan cara-cara terbaik untuk anda berkenalan dengan orang-orang yang mempunyai minat, kepakaran dan cabaran yang sama. Libatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan bawa bersama-sama kad perniagaan anda secukupnya.
#3 – Mewujudkan Rangkaian Peniagaan Bersama
Cara lain untuk mengelakkan masalah kesunyian ialah dengan mengadakan rangkaian perniagaan dengan peniaga-peniaga lain yang juga bekerja di rumah. Bergabung dengan perniagaan-perniagaan lain yang memberikan perkhidmatan tambahan bagi perniagaan anda.
Anda bukan sahaja menambahkan peluang perniagaan untuk kedua-dua pihak, malah telah mewujudkan rangkaian perniagaan yang professional.
#4 – Menganjurkan Majlis Anda Sendiri
Setelah anda menyertai pelbagai pertubuhan dan mewujudkan rangkaian perniagaan bersama, teruskan usaha anda dengan mengadakan majlis anda sendiri supaya kesemuanya dapat berkumpul bersama. Majlis tersebut boleh dijadikan sesi perbincangan perniagaan ataupun cumalah satu majlis keramaian seperti majlis barbeque di taman berhampiran.
Apapun majlis yang anda anjurkan, anda akan dapat mengeratkan hubungan dengan orang-orang yang terlibat dalam arena baru anda, sama seperti apa yang anda telah buat semasa anda bekerja di dalam pejabat korperat. Bezanya, sekarang ini anda sendiri yang mesti berusaha untuk menjalinkan perhubungan ini. Mereka bukannya orang yang mudah untuk anda temui di pejabat setiap hari.
#5 – Sertai Gimnasium
Dengan bekerja dari rumah anda berpeluang untuk makan dan minum pada bila-bila masa yang anda suka. Anda semestinya mengambil berat tentang kesihatan dan sentiasa aktif bukan? Pastinya ya! Oleh itu, kenapa tidak bak kata pepatah melayu, menyelam sambil minum air … kekalkan kecergasan dan berkenalan dengan orang baru.
Sekiranya anda mempunyai rutin yang membolehkan anda pergi ke gimnasium pada waktu yang sama setiap hari, anda akan bertemu dengan kumpulan orang yang hampir sama dan berkenalanlah dengan mereka.
#6 – Gunakan Internet
Mempunyai rakan internet merupakan satu lagi cara mengekalkan perhubungan dengan dunia luar. Walaupun begitu, anda perlu ada disiplin yang kuat. Sangat mudah untuk anda menghabiskan banyak masa bekerja anda bertukar-tukar emel dan berbual-bual. Jangan habiskan masa anda begitu sahaja, tetapi anda perlu juga mempunyai rakan internet dan kekalkannya.
#7 – Bunyi Latarbelakang
Kadang kala, keadaan yang senyap sunyilah yang mengingatkan anda keseorangan. Sekiranya anda datang dari dunia korporat, hari kerja anda biasanya diiringi dengan bunyi bising yang berterusan daripada deringan telefon, suara perbualan dan gelak ketawa pekerja-pekerja lain, sistem intercom diwaktu makan tengahari sehingga habih waktu pejabat.
Sekiranya anda merasa sunyi, bukalah radio dan biarkannya semasa anda sedang bekerja. Perbualan di radio juga bagus kerana seolah-olah ada orang lain yang sedang berbual-bual di bilik sebelah, tetapi sekiranya anda dapati topik perbualan tersebut menarik minat anda dan menyekat anda daripada terus bekerja, tukar ke siaran lain yang hanya mendendangkan lagu.
# 8 – Keluar bersiar-siar
Jika anda bekerja, anda pastinya melihat ada rakan sekerja yang keluar membeli-belah atau berjalan-jalan semasa waktu makan tengahari. Ia bukan sahaja untuk meregangkan otot dan menghilangkan berat badan, tetapi ia juga baik untuk mengurangkan tekanan. Anda juga boleh membuat perkara yang sama.
Apa yang perlu anda lakukan ialah jadualkannya dengan teliti agar masa yang dipilih bersesuaian untuk semua pihak. Ajaklah pasangan, rakan-rakan ataupun anak-anak pergi ke taman, pantai, membeli-belah mahupun menonton wayang.
#9 – Dapatkan satu hobi
Salah satu kelemahan apabila anda memulakan perniagaan dari rumah ialah anda telah mengubah hobi anda kepada sumber pendapatan dan ia biasanya menjadi tidak begitu menyeronokkan lagi. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan satu hobi baru. Pilihan terbaik ialah hobi yang membolehkan anda bergaul dengan ramai orang seperti bersukan, kelas agama, badan kebajikan atau kelab.
#10 – Dapatkan pekerjaan sambilan
Anda mungkin memilih untuk memulakan perniagaan dari rumah kerana ingin melarikan diri dari terikat dengan msa bekerja dan pastinya anda tidak ingin masuk kembali ke dunia tersebut. Ada seorang penulis bebas yang bekerja dari rumah turut mengajar kursus penulisan secara sambilan selama 5 jam seminggu di kolej. Ia semua dilakukan kerana dengan bekerja diluar dia boleh mengatasi kesunyian dan membolehkan anda bergaul dengan ramai orang selain mendapatkan pendapatan tambahan yang lain.
Jika anda meneliti sepenuhnya 10 perkara yang dinyatakan diatas, kebanyakannya menyarankan anda agar meninggalkan rumah dan mendapatkan ramai rakan untuk mengatasi kesunyian. Anda hanya memerlukan beberapa minit sehari bercakap atau berhubung dengan rakan-rakan melalui telefon atau chatting, bersiar-siar untuk melihat keindahan alam selain menghabiskan masa berkualiti bersama keluarg anda ialah apa yang anda perlukan untuk memastikan anda sentiasa produktif dan gembira.
——————
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap�








