Panduan mudah menulis ebook

Walau sehebat mana anda melakukan pemasaran di Internet, anda masih belum mampu memperoleh pendapatan yang di peroleh oleh mereka yang memiliki produk sendiri. Memiliki produk sendiri adalah kemestian di dalam dunia perniagaan internet.

Industri ebook yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit, tidak patut anda ketepikan dari perancangan anda. Anda hanya perlu menulis dan anda boleh biarkan di dalam pasaran dalam masa tertentu untuk di jual. Industri maklumat adalah industri terpantas mengalami evolusi. Jadi, maklumat anda perlulah sentiasa relevan.

Berikut adalah empat langkah simple sebagai panduan untuk anda menulis ebook :

Langkah pertama : Lakukan kajian mengenai tajuk yang anda tulis.

Perkara pertama yang perlu ada di minda anda adalah bukan menulis apa yang anda mahu tulis tetapi tulis apa yang orang mahu anda tulis. Selepas anda membuat keputusan untuk menulis mengenai apa, anda lakukan kajian di internet mengenai tajuk anda itu.

Cari maklumat yang terbaru dan yang paling menarik mengenai tajuk anda kemudian tuliskan ia di dalam ebook anda. Sebagai panduan, anda boleh senaraikan rumusan mengenai ebook anda sebelum anda menulis ebook anda. Contohnya anda memilih niche kencing manis.

Melalui niche tersebut anda boleh kecilkan skop ebook anda kepada rawatan herba terhadap kencing manis. Melalui skop inilah anda melakukan kajian dan seterusnya tulis ebook berdasarkan kefahaman anda. Berdasarkan kajian, anda tulis kandungan ebook anda.

Langkah Kedua : Tulis pendahuluan ebook.

Selepas melakukan kajian, langkah pertama adalah menulis pendahuluan ebook. Pendahuluan akan mempengaruhi keseluruhan ebook anda. Pendahuluan juga akan mempengaruhi minda pembaca. Semasa anda menulis pendahuluan untuk ebook anda, anda perlu setkan di dalam minda anda bahawa pendahuluan adalah untuk memberi kefahaman kepada pembaca mengenai keseluruhan ebook anda.

Pada pendahuluan, anda perlu fahamkan pembaca apa yang bakal mereka tempuhi dan pelajari di dalam ebook anda. Beritahu mereka perjalanan ebook anda supaya mereka tahu bahagian mana yang mereka patut beri tumpuan sepenuhnya dahulu.

Langkah ketiga : Fokus idea pada setiap bab.

Untuk memudahkan anda menulis, anda boleh fokus satu idea pada satu bab. Jika di dalam idea tersebut terdapat beberapa idea kecil, anda boleh wujudkan beberapa bahagian di dalam bab tersebut. Adalah lebih mudah untuk fokus pada satu idea supaya anda boleh beri yang terbaik untuk setiap topik yang anda tulis.

Satu idea untuk satu bab akan memberi struktur yang bagus pada ebook anda. Pembaca akan lebih memahami apa yang anda sampaikan . Pendahuluan ebook adalah berkisarkan keseluruhan idea manakala setiap bab pula mengandungi satu idea. Ini, akan memberi kepuasan kepada pembaca ketika membaca ebook anda.

Langkah Kelima : Satukan semua bab dan tulis penutup.

Proses terakhir menulis ebook adalah satukan semua bab dan tulis penutup. Penutup berkisarkan rumusan bagi keseluruhan idea yang ada di dalam ebook anda. Pada penutup, anda ulang semula idea utama anda. Kemudian, anda lakukan rumusan bagi setiap bab. Ini memudahkan pembaca untuk ingat kembali apa yang mereka baca di dalam ebook anda.

Selepas siap proses ini, makan ebook anda sudah siap dan sudah boleh di pasarkan kepada pengguna.

Penutup

Proses menulis ebook adalah mudah sahaja. Apa yang penting di dalam penulisan adalah anda memberi kefahaman kepada pembaca ebook. Jika pembaca faham apa yang anda tulis, ebook anda sudah berada dalam keadaan baik. Ebook bukan buku, jadi tiada nilai sastera di dalamnya. Anda sampaikan apa yang perlu sahaja tanpa perlu memanjangkan ebook anda dengan maklumat yang tidak berfaedah.

Related posts:

  1. Panduan menulis laporan percuma.
  2. Panduan meletakkan harga ebook.
  3. 7 Mitos mengenai jualan ebook.
  4. 4 langkah menghasilkan produk digital atau ebook
  5. 4 langkah menulis ebook yang berkualiti.

2 Comments

  1. shamshul kamar Saturday, 20 September, 2014
  2. Suhimi Nain Monday, 14 March, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge