Pejabat urusan niaga di rumah

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com

MEMULAKAN kerja dari rumah menjadi keinginan ramai. Ada yang ingin ‘membebaskan’ diri daripada bekerja di bawah bos dengan menjadi bos yang mengendalikan perniagaan sendiri di rumah.

Apa jua alasan diberi, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan bagi menjalankan perniagaan berkenaan.

Sebagai contoh, fikirkan mengenai kebolehan sendiri yang melayakkan anda untuk memulakan perniagaan dari rumah.

Selain itu, sebagai langkah pertama, mereka yang berminat boleh menjadikan sebuah sudut di rumah sebagai pejabat kecil dengan peralatan diperlukan seperti komputer, pencetak, mesin faks dan telefon.

Jika anda mempunyai kemahiran sedia ada berkaitan perniagaan yang ingin dipindahkan dengan berpangkalan di rumah tetapi memerlukan kelengkapan berskala besar, ia masih boleh dilaksanakan namun persoalannya adakah ia berbaloi?

Terdapat peluang lain untuk menceburi perniagaan dari rumah tetapi ia mungkin memerlukan keupayaan diri yang lebih serta latihan tertentu.

Pada masa ini, mulakan dengan kos permulaan yang rendah selain melengkapi diri dengan kemahiran diperlukan.

Perniagaan seperti perunding produk, jualan dan pemasaran adalah beberapa peluang yang wujud.

Cuma pastikan segala perancangan kos, kualiti produk, sistem latihan serta lesen perniagaan dilakukan sebaiknya jika ingin bermula menerusi salah satu perniagaan berkenaan.

Sebaik saja selesai menentukan apakah jenis perniagaan di rumah yang ingin dilakukan, dapatkan pula maklumat pemasaran bagi memastikan dan memahami apa kehendak pasaran terhadap produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Tidak ketinggalan, tentukan juga siapa bakal pesaing anda.

Ini penting kerana jika mereka menjalankan perniagaan sama seperti anda, persaingannya lebih luas. Jika perniagaan dilakukan secara online, mungkin terdapat banyak lagi perniagaan seumpamanya dapat ditemui melalui enjin pencarian di internet.

Paling penting sekali, apakah produk atau perkhidmatan ditawarkan yang tidak ada pada pesaing. Jangan takut pada persaingan tetapi sentiasa dalam keadaan bersedia supaya dapat memasarkan perniagaan dengan lebih baik lagi.

Bercakap mengenai medium terkini bagi menjalankan perniagaan dalam radar yang lebih luas, perniagaan secara online kini menjadi pilihan terutama bagi usahawan muda.

Pengendaliannya yang mudah, memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak apabila urus niaga dapat dilaksanakan hanya di hujung jari.

Berbanding cara biasa, perniagaan di internet mampu mencakupi pelanggan dengan lebih luas dari seluruh pelosok dunia yang melayari laman web berkenaan.

Tip

– MEMULAKAN kerja dari rumah menjadi keinginan bagi semua. Ada yang ingin ‘membebaskan’ diri daripada bekerja di bawah bos dengan menjadi sebagai bos yang mengendalikan perniagaan sendiri di rumah.

– TERDAPAT faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan meletak jawatan untuk menjalankan perniagaan berkenaan.

– Fikirkan mengenai kebolehan sendiri yang melayakkan anda untuk memulakan perniagaan dari rumah.

– SEBAGAI langkah pertama, mereka yang berminat boleh menjadikan sebuah sudut di rumah sebagai pejabat kecil dengan peralatan diperlukan seperti komputer, pencetak, mesin faks dan telefon.

– TERDAPAT juga peluang lain untuk menceburi perniagaan dari rumah tetapi ia mungkin memerlukan keupayaan diri yang lebih serta latihan tertentu.

– PERNIAGAAN seperti perunding produk, jualan dan pemasaran adalah beberapa peluang yang wujud.

Related posts:

  1. Bagaimana hendak mula bekerja dari rumah?
  2. Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga
  3. Punca Kegagalan Pekerjaan atau Perniagaan Dari Rumah
  4. Realiti Hidup Apabila Bekerja dari Rumah
  5. Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

One Response

  1. hilmi (internet-young-malaysia) Thursday, 6 December, 2007

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge