Pelancaran Rahsia Sistem Merekrut MLM (Penajaan Hebat) oleh RahsiaMLM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang anda maklum, saya memang ada terlibat dengan beberapa perniagaan MLM seperti Prepaid Mymode dan Revell. Jadi, saya memang sering melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang perniagaan MLM ini.

04 small |  Pelancaran Rahsia Sistem Merekrut MLM (Penajaan Hebat) oleh RahsiaMLM

Dan kini saya sangat gembira kerana ia adalah hari pelancaran sebuah buku bertajuk “Rahsia Merekrut MLM Penajaan Hebat”. Dimana buat julung pertama kalinya sebuah buku MLM terkenal bertajuk “Big Al Tells All: Sponsoring Magic” tulisan pakar MLM antarabangsa yang terkenal, Tom “Big Al” Schreiter. diterjemahkan dari English ke dalam bahasa Malaysia.Saya ada juga melanggan enewsletter Big Al di Fortunenow.com dan saya memang sukakan cara penyampaiannya yang bersahaja dan kadang-kadang diselitkan dengan lawak jenaka.

Sekarang ni, seorang internet marketer Malaysia yang disegani, Zamri Nanyan, berjaya meyakinkan Big Al untuk membenarkan beliau menterjemah dan menerbitkan buku tersebut ke dalam format pdf untuk rakyat Malaysia.

Saya pernah terfikir idea ini sebelum ini. Tapi sebenarnya ia bukanlah mudah sebab saya tidak kenal rapat dengan Big Al. Jadi bila Zamri Nanyan berjaya melakukannya, saya tidak bertangguh lagi mendapatkannya dan saya kira anda juga perlu mendapatkannya.

Big Al menggunakan sistem ini untuk membina “multi-million dollar” empayar MLM beliau dengan gemilangnya. Jadi, tak mustahil anda boleh menggunakannya untuk membina empayar perniagaan MLM anda sendiri.

Buku setebal 101 mukasurat ini memang padat dengan pelbagai kisah yang turut menyelitkan pelbagai teknik untuk membina empayar MLM yang berjaya. Melalui buku ini saya juga dapat mengenalpasti pelbagai kesilapan yang telah saya lakukan dan menyebabkan saya masih tidak berjaya seperti yang sepatutnya didalam perniagaan MLM.

Di mukasurat ke 21 misalnya, ada menceritakan bagaimana Big Al memberitahu Joe (downline beliau) 10 kaedah penajaan yang kurang berkesan untuk ahli baru.

Di mukasurat ke 39 pula menceritakan tentang bagaimana Osman dan isterinya tidak mempunyai keyakinan yang sama terhadap perniagaan MLM tetapi akhirnya Osman berjaya mencapai matlamatnya dan seterusnya membuatkan isterinya turut berminat.

Apa yang lebih menarik ialah walaupun ia adalah terjemahan terus dari Bahasa Inggeris kebahasa Melayu. Saudara Zamri Nayan turut mengubahsuai agar lebih mudah difahami oleh masyarakat Malaysia khususnya. Selain itu, cara penyampaian yang banyak menggunakan contoh kehidupan seharian menjadikan ia mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Secara kesimpulannya, buku ini menjadi buku yang WAJIB DIMILIKI jika kita ingin berjaya dalam perniagaan MLM. Dan buku ini juga pasti akan saya print dan bind untuk rujukan dimasa akan datang sebab ia sangat istimewa. Biasanya ebook yang saya perolehi hanya akan baca melalui computer sahaja dan hanya yang benar-benar best sahaja yang akan saya print.

Oleh itu, jika anda terlibat didalam perniagaan MLM dan masih tercari-cari sumber rujukan yang dapat membantu anda berjaya, pastikan anda melawat http://tambahpendapatan.com/goto/rahsiamlm.htm . Anda juga boleh dapatkan preview percuma untuk menilaikan isi kandungannya.

Tapi saya harap anda tidak bertangguh terlalu lama, sebab ebook ini baru sahaja dilancarkan pada hari ini dan harga promosi ebook RahsiaMLM adalah sah sehingga 30 November sahaja.

Salam sukses!

-asmawati-

P.S: Pihak RahsiaMLM juga ada menyediakan program affiliate khas untuk mereka yang membeli buku ini. Jadi, ia juga boleh dijadikan sebagai satu lagi sumber pendapatan anda selain perniagaan MLM yang anda ceburi.

Related posts:

  1. Tawaran Khas oleh Joel Christopher
  2. Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet
  3. Ulasan Ebook=> Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense dalam Bahasa Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge