Peluang Kerja Sambilan Melalui Program Gayapos
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua,
Pertamanya saya ingin mohon maaf atas kelewatan post untuk minggu ini kerana saya menghadapi masalah modem dan tidak dapat akses internet melalui komputer saya. Insyaallah ia akan dapat diatasi pada minggu hadapan.
Selain internet, saya juga ada mencari pelbagai peluang pekerjaan melalui suratkhabar dan majalah terutamanya program berbentuk GAYAPOS. Biasanya saya hanya perlu SMS nama dan alamat kepada pengiklan dan maklumat akan diposkan kepada saya.
Sebenarnya memang banyak peluang yang ada TETAPI mana satukah yang benar-benar SESUAI dan BENAR-BENAR MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG SEPATUTNYA. Antara surat yang sering saya terima ialah;
1) Program Memasang Barangan
2) Program mengisi sampul surat
3) Program Ihsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
4) Program Menjual Maklumat
5) Program berbentuk jualan langsung (MLM)
Jadi saya akan kupaskan serba sedikit tentang program-program diatas.
#1 – Program Memasang Barangan
Anda hanya perlu membuat sedikit bayaran deposit yang mana ia akan kembalikan jika anda telah menghantar kembali produk yang telah disiapkan. Ada banyak kerja yang ditawarkan seperti pateri PCB, membuat anak patung, menjahit dan sebagainya.
Untuk program ini, saya memang ada pengalaman DITIPU! Saya pernah kehilangan RM70 untuk satu program mengisi syampu didalam botol (untuk kegunaan hotel) tetapi langsung tak menerima apa2 barang yang dijanjikan. Syarikat yang menawarkan kerja ini dikatakan beroperasi di Johor Bahru. Apa yang sangat saya geramkan ialah ia dilakukan dengan cara yang sangat meyakinkan.
Jika kebanyakan program gayapos hanya menggunakan alamat PO Box, tetapi program ini memang kelihatan TULEN kerana turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi. Saya sendiri bercakap dengan En.X (tak ingat nama) yang meyakinkan saya bahawa program ni BUKAN TIPU sebab surat yang diberi mengandungi header syarikat.
Dia kata dia akan hantar kerumah sejumlah botol kosong dan syampu untuk diisi dan selepas 3 hari dia akan datang mengambil produk yang telah siap untuk semakan QC. Jika mereka berpuashati, bayaran akan diposkan kepada saya melalui pos termasuk bayaran deposit saya.
Oleh kerana dah yakin yang saya TAK AKAN DITIPU, maka saya terus buat bayaran pada esoknya guna wang pos atas nama syarikatnya. Namun, selepas tarikh yang dijanjikan, tak datang-datang pun. Saya dail balik nombor yang diberikan tapi tiada jawapan dan kadang-kadang ditutup. Selepas hampir 2 minggu, saya mengalah dan sedar bahawa TIPAH TERTIPU!.
Selepas pengalaman tu, saya terjumpa lagi iklan seperti MEMASUKKAN MANCIS KEDALAM KOTAK dan surat yang diterima mempunyai bentuk yang hampir sama dengan program mengisi syampu yang telah saya sertai sebelum ini. Dan selepas itu, saya mula berfikir “secara logiknya takkan syarikat mancis gunakan pekerja sambilan untuk buat kerja nie, bukan ke sekarang nie ada banyak mesin automatikâ€.
Apa yang pasti, orang macam ni memang sentiasa ada idea untuk menipu dan dia lakukannya dengan sungguh professional sekali! Takpe la, kat dunia dia lepas, tapi kat akhirat sendiri jawab la kan!
Maaf sebab emosional sikit. Tapi memang geram bila ada orang yang sebangsa dan seagama dengan kita buat macam tu. Mungkin saya tak terasa sangat , tapi bayangkan jika ada yang memang betul-betul susah dan memang memerlukan kerja, RM70 adalah jumlah yang sangat banyak.
Bayangkanla kalau duit tu la sebenarnya dia nak gunakan untuk beli susu anak atau ubat, tapi sebab dijanjikan peluang untuk tambah pendapatan dia sanggup gunakan dulu untuk bagi pada si PENIPU ni.. Hanya Allah yang akan Membalasnya.
Sekali pikir, saya yang belajar sampai ke menara gading ni pun boleh tertipu, inikan pulak orang lain.. entahla, segan jugak nak mengaku tapi itulah hakikat hidup.
# 2 – Program Mengisi Sampul Surat.
Kebanyakannya memerlukan anda buat bayaran pendahuluan untuk “membuka fail†dan untuk kos cetakan bahan. Anda dijanjikan pendapatan lumayan untuk setiap sampul surat yang diposkan. Saya kurang pasti sama ada ia tipu atau tidak tapi dari pemerhatian saya ia memang kelihatan seperti satu penipuan sebab
1) ayat yang digunakan langsung tak professional. Seolah-olah diterjemahkan sepenuhnya dari bahasa inggeris oleh orang yang tak berapa faham bahasa Melayu. Macam pelat cina pun ada.
2) Isi kandungan yang tak menceritakan secara detail apakah surat yang akan diposkan dan bagaimana dapat income. Hanya kata bila sertai, anda akan dapat sampul surat, anda hanya masukkan risalah untuk diedarkan. Kat sapa nak edarkan? Itu kena cari sendiri la.
3) Ada jugak yang kata alamat dan setem turut disertakan. Anda hanya perlu lipat risalah dan masukkan kedalam sampul surat lepas tu dapat duit. Logik ke ada kerja yang begitu senang dan lumayan?
Sejak melayang RM70, saya mula curiga dengan program gayapos yang banyak diiklankan sebab kebanyakannya menjanjikan KERJA SENANG, INCOME LUMAYAN. Tak pulak cerita tentang produk. Lagi satu, sebab kebanyakannya berlindung disebalik alamat PO Box, langsung takde kaedah lain untuk bertanya seperti telefon atau emel. Kalau kena tipu.. lesap macam tu je duit.
Kalau ada yang BERJAYA @ DITIPU tentang program macam nie, boleh la bagi komen sebab saya tak pernah join pun sebab dah serik.
# 3 – Program Ikhsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
Program macam ni memang banyak saya dapat samaada melalui pos atau emel. Ada macam-macam nama seperti sumbanganikhlas, ikhsan dan sebagainya. Saya tak pernah cuba sebab terasa macam PEMINTA SEDEKAH la pulak. Jangan marah kalau ada yang sertai dan berjaya mengumpul ribuan ringgit.
Kenapa saya kata macam tu? Sebab setiap orang yang menyertai program ini perlu memberi sedekah dan menerima sedekah. Tak salah untuk kita bersedekah sesama insan, tetapi adakah kita benar2 sedekah kepada orang yang betul2 memerlukan?
Memang la kalau sedekah kat orang yang datang rumah atau orang yang ada kat pasar malam tu kita sendiri pun tak pasti sama ada dia benar2 susah atau tidak tapi sekurang2nya kita dah tengok keadaan dia yang nampak memang susah (walaupun dia berlakon).
Bukan saya tak nak join benda macam ni, ada jugak niat nak join dulu, tapi bila dipikir2 semula, rasanya lebih afdal jika saya sedekah kepada orang yang saya nampak dan yakin dia memang susah dan sangat memerlukan wang untuk meneruskan hidup berbanding mereka yang menyertai program seperti ini dengan harapan untuk menjadi KAYA?
Cara mudah untuk bersedekah, hanya taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantarkan ke 33533 untuk Tabung Bersamamu TV3.
Kalau nak jadi KAYA atau tambah pendapatan, sebaiknya saya BEKERJA dengan tenaga, masa dan ilmu yang ada. Bukan sengaja cari kerja yang susah, tapi kepuasan apabila memperolehi WANG apabila kita bekerja adalah lebih terasa berbanding menerima sumbangan wang dari orang lain!
# 4 – Program Menjual Maklumat
Konsepnya hampir sama dengan menjadi agen atau affiliate dimana kita akan dapat komisen dari jualan yang dilakukan. Satu lagi cara ialah kita akan menerima produk yang boleh kita jual semula dan ambik 100% keuntungan dimana ia hampir sama dengan Master Resell Right bagi ebook di internet.;
Apa yang saya kesalkan ialah, kebanyakan maklumat yang diterima “langsung tak berbaloi†untuk dimiliki. Saya pernah membayar RM35 untuk maklumat yang saya kira entah apa-apa. Namun tidak semua begitu kerana saya pernah membeli buku berharga RM20 tetapi memang kagum dengan kualiti info yang diberikan dan bentuk fizikal buku yang professional. Walaupun nilai maklumat adalah subjektif, sebaiknya biarlah ia dirasakan berbaloi dengan apa yang akan diperolehi.
Kebanyakan maklumat yang dijual adalah berkaitan cara nak buat duit, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Apa yang lebih mengejutkan saya ialah, saya pernah menerima surat jualan yang menjual produk berbentuk mistik (seperti syiling lama, susuk, minyak senyonyong dsb), ada juga yang menjual teknik untuk menang besar bila beli nombor ekor! Nauzubillah.. nampaknya dah terlalu ramai yang semakin “gilakan duitâ€.
Tetapi sekarang ni saya lebih tumpukan kepada mendapatkan koleksi ebook yang kebanyakannya saya perolehi secara PERCUMA di internet. Anda juga boleh menulis ebook atau buku anda sendiri jika mahu dan jual pada harga yang anda sendiri tetapkan! Tapi ingat, pastikan ia benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca.
#5 – Program berbentuk MLM
Mengembangkan perniagaan jualan langsung (MLM) melaui pos adalah salah satu cara yang bijak. Dan saya selalu jugak terima surat tawaran tentang program seumpama ini. Biasanya saya akan teliti dulu marketing plan. Oleh kerana saya lebih suka� sertai perniagaan jualan langsung� (MLM) melalui internet, jadi saya agak kurang berminat dengan yang berbentuk gayapos ni.
Walau apa pun, saya suka tengok pelan pemasaran syarikat yang diterima untuk dibuat perbandingan dengan syarikat yang saya sertai. Buat masa ini, saya masih yakin bahawa syarikat jualan langsung yang saya pilih adalah lebih sesuai untuk saya.
Selain MLM biasa yang berasaskan produk kesihatan dan barang keperluan harian, banyak juga tawaran yang diterima mengenai MLM prepaid. Ia juga saya sekadar jadikan sebagai rujukan sahaja kerana saya lebih suka jika ia turut menawarkan sokongan secara online juga.
Tetapi, alhamdulillah sebab saya rasanya tak pernah lagi terima tawaran mengenai MLM yang “diragui†kerana kebanyakan syarikat yang ditawarkan kepada saya telah agak lama beroperasi. Mungkin kerana promosi melalui pos ni memerlukan kos yang agak tinggi berbanding internet.
Okla. Rasanya dah banyak jugak yang saya tulis. Walau apa pun program yang anda jumpa, jika anda telah ada serba sedikit ilmu pengetahuan mengenainya, anda pastinya akan dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa. Saya tidak mengatakan semua program gayapos menipu atau tak betul dan saya ucapkan TAHNIAH jika anda telah berjaya melakukannya. Apa yang penting ialah jangan malas untuk membuat penyelidikan dan jangan mudah terpedaya dengan janji KERJA MUDAH, UNTUNG LUMAYAN.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap











hehe, pengalaman akak sama lebih kurang sebiji dengan pglmn saya terutama program kerja kat rumah tu. Hmm, agak susah nak jumpa kerja2 senang yg mudah itu..
Pasal program isi surat, actually bukan mereka yang bayar kita, tapi kita yg perlu cari customer. Pendek kata mcm program affiliate lah. Cari org, dapat bayaran, ambil komisen dan bayar selebihnya kpd ‘company’ beserta dengan order apa2 produk. Kalau tengok, ia tidak salah, tapi yang salah ialah ia tak diberitahu awal2 flow begitu. Beritahu awal2 kan mudah. Style mcm tu lebih kurang drop ship. Bab kena bayar bagi saya ada dua pendapat. Kalau utk starter kit, oklah, jika ia berbaloi (mcm MLM lah). Kalau bayar, dan diberikan entah apa2, kita terkontang-kanting, company tak follow-up atau berikan ‘bantuan’, susahlah.
Ermm, pada pemerhatian saya (sejak tahun 1995 lagi), model gayapos byk disalahgunakan. Padahal ia boleh dijadikan platform utk mencari rezeki. Di luar sana spt US, mail order merupakan salah satu industri yang berkembang pesat.
Hmm, org kita ni kreatif, bukan takat model gayapos diguna utk menipu, bahkan menggunakan internet.. Maka kita yg sedar ini ‘bertanggungjawab’ utk menyebar benda yg betul..
Wassalam.
hmm.. good sharing. tak pernah cuba pula. ada sekali nyaris nak bayar utk proses iklan ke apa ntah. kena bayar rm20 tak silap untuk dapatkan kit.
wife saya (masa belajar dulu, blom jadi istri) penah kena juga.
dah bayar, tapi tadak apa2 pon reply dari company tu..
nasib saya sempat nasihatkan wife saya tu utk amik package paling murah, untuk test tipu ke tak…
then… kena tipu!
baru tadi….
04 may 2006 jam 09:27:20,
bank in duit RM20 utk jadi Ajen Pengiklanan Data (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) Secara Sambilan.
tapi, bila hantar email utk pengesahan selepas bank in….
4.79.181.15 failed after I sent the message.
Remote host said: 554 delivery error: dd This user doesn’t have a
yahoo.com account (XXXXXXXXX_mails@yahoo.com) [-5] -
mta235.mail.mud.yahoo.com
pergh… tersentak jiwa raga, sebab cam kena tipu je, dan buat masa sekarang, mmg duit sesak sangat, sebab saya sambung pengajian serta tidak bekerja.
tapi… saya jadikan benda tu sebagai pengajaran hidup.
apa saya buat sebelum join?
1. dah google tentang prog serta email tu kat internet, tapi tak jumpa…
2. dah syak tipu, sebab guna hosting free
tapi, kenapa saya join JUGA:
1. sebab dia gunakan ayat2 power, pastu bagi salam dulu kat post… (islamic, erm… takan nak gunakan agama utk menipu?)
2. dia gunakan ayat ni
“JANGAN BIMBANG!!! Kami tidak menipu anda semata-mata untuk mendapatkan bayaran pendaftaran yang tidak seberapa itu. Tiada gunanya nama baik XXXXXXXXXXX Mails® yang sedia terpelihara ini terjejas semata-mata kerananya. Kami di XXXXXXXXX Mails® juga berkongsi impian yang sama seperti anda… BEBAS DARI BELENGGU KEWANGAN DAN MENIKMATI KESENANGAN HIDUP BERSAMA YANG TERSAYANG! Kami akan membantu anda bagi merealisasikannya, dan amat berbesar hati untuk menerima segala maklum balas dari anda. Mulakan langkah anda yang pertama ke arahnya, dan jadilah sebahagian dari keluarga besar XXXXXXXXXXXX Mails® hari ini juga.”
apa yang saya buat selepas tau email itu tak wujud:
1. hantar PM kat user tu cakap email invalid
2. hantar email melalui forum tersebut kat user tu.
PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT:
1. bila dah search kat internet, sepower mana ayat advertising dia, kalau tak jumpa maklumat yang kukuh tentang sesuatu prog atau sykt, JANGAN JOIN!.
2. email dulu kepada owner tentang kelebihan prog tersebut.
terima kasih kepada abixpert kerana sudi kongsi pengalaman. memang penting buat research dulu sebelum sertai mana-mana program.
harap kita semua akan dpt serba sedikit pengajaran untuk dijadikan peringatan.
Saya telah meminta refund daripada pemunya program. Dia ada respond kepada email saya yang saya hantar melalui forum. Dia telah attach beberapa risalah, eBook, bagaimana program ini berjalan.
Daripada pembacaan saya, terdapat banyak lagi program sebegini yang dibuat oleh orang lain pula kerana di dalam risalah yang telah diberikan, ada disertakan alamat website yang lain.
Bagaimana program ini berjalan, samalah seperti sedekah yang banyak di edarkan di internet dan “outernet”
.
TETAPI…. program sedekah itu adalah secara terang terangan. Telah diberitahu awal2 bahawa ianya sedekah.
TETAPI… program ini menipu orang lain mengatakan bahawa kerja data entry….
p/s: (Jika puan beri kebenaran) saya akan menulis update tentang program ini dari semasa ke semasa untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak ditipu. Dan di akhir sekali baru saya dedahkan program ini.
saya mau taw lebih banyak pasal perniagaan internet..asmawati leh email info kat e-mail saya mohdfauzi_88@yahoo.com
sy seorang student & sya sdng berusha mncari krje smbilan utk mnampung khdupan sy.. tuntutan sbgai plajar sdkit sbnyak mnghlang sy untuk m’buat kje patime dluar so sy nak cari pat time job di rumah..bole x sy ingin dptkan pandangan dari saudari?
ADMIN: Memang ada kerja part-time di rumah. Anda juga boleh buat perniagaan internet dari rumah. Ramai pelajar yang dah berjaya melakukannya. Cuma perlu bijak bahagikan masa antara study dan bisnes.
Memang semua tu penipuan, terutamanya iklan yang terdapat dalam akhbar tabloid. Saya pernah kena apabila ada yang tak dapat reply langsung dan ada yang reply tapi entah apa2 barang. bohong je lebih.
ADMIN: Saya setuju. Iklan di akhbar tabloid banyak yang tak betul. Apa yang penting, kita kena siapkan dalam minda kita bahawa kalau kerja tu terlalu senang dan menjanjikan pulanngan lumayan – KAJI & FIKIR BANYAK KALI sebelum buat bayaran.
Saya baru nak wat kerja sambilan iaitu isi sampul surat di rumah,bayAran pendaftaran serendah RM35 – RM50,alamat syarikat plak guna P.O.BOX.Nasib baik saya lum join lagi,sempat terbaca pengalaman dari orang lain yg tertipu dgn business ni…tapi ada jiran ibu saya yg tinggal di kg2,wat kerja sambilan di rumah ni yang betol bayarannye n wujud syarikatnye,keje gulung sarung jari getah utk dipakai pekerja kilang,bayaran ikut berat,jadi kena gulung byk2 la..ada 2 plak keje masukan permainan kanak2 dlm bekas plastik bulat mcm telor 2,klu kite pi kedai,kena masukan 20sen ke 50sen,pastu putar,kuar telor dlm ada mainan.
Saya pun nak wat keje sambilan 2,tapi syarikat itu hanya ambil pekerja di kws kg saya je..melaka.Saya plak duk di ipoh perak.Em klu ada info ttg syk yg betol2 nak kasi keje sambilan di rumah,boleh tak kawan2 khabar-khabarkan.
saya nk kahwin thn dpn..tgh pning cr duit..sy mintak tlg kalo ade kerja smbilan yg dpercayai tlg email kt sy…sy dduk kt kwsn kl.tolong lh sgt stress gler pikir kawen niee..
lupe plak nk bg email arina1510@yahoo.com tlg yer sy sgt mmerlukn duit…
saya juga pemburu peluang dalam akhbar tabloid. banyak jugak laa berhabis duit untuk setem dan sampul surat zaman 2000 dahulu,
dan sehingga kini anda boleh lihat operasi isi sampul surat masih terus berlegar dalam akhbar tabloid. harap jangan mudah terpedaya…
RM50-1000 dah habis kalo nak dicongakkan untuk cari kerja sambilan (kononnya)…
wah… berguna jugak maklumat2 yg diberi. Saya baru je nak cari part time di rumah. saje nak cari wang tambahan. X sangka pulak jd cam nie. Kira yer saya masih selamatlah lagi…
Kalo ade sape2 yang ada maklumat kaje part time yang x tipu orang nyer beritahulah saya. Saya nak Join..
sy ni pun tengah cari2 keje parttime kat umah..sambil2 jaga ank dpt gak duit poket..jgn email norjb2u@gmail.com
Saya nak share pengalaman ditipu utk kerja part time ni. Menda ni berlaku tahun 2004. Tp saya still simpan perjanjian (kononnya ler) dan resit bayaran utk kerja ni. Nama kompeni ni adalah Perniagaan dan Perkhidmatan Kompas Jutawan yang beroperasi di Taman Perling, Johor Bahru. Nampak mcm btul2 real sbb ada opis, staff dan ada surat perjanjian. Registration pun buat kat opis. Kerja yang ditawarkan ialah lipat dan isi dlm sampul surat. Dengan iklan yang berbunyi Siapa Cepat, Dia Dapat….Tempat Terhad….saya pun terpedaya dan membayar RM150. Bayaran tersebut kononnya bayaran perkhidmatan memproses kalu2 kita tetiba nak tarik diri…..
Setelah sebulan mendaftar, kompeni tersebut telah menghantar surat yang mengatakan cawangan di Taman Perling terpaksa ditutup dan akan berpindah ke pejabat baru di Kulai. Penghantaran barang terpaksa ditunda sbb berpindah ke pejabat baru. dan yg paling hampeh, pengurusan kompeni ni terpaksa diambil alih oleh kompeni lain sbb pengurusnya telah meninggal dunia…
Disebabkan curiga, saya dan kawan2 pergila cari pejabat baru yg dikatakan tu. Rupa2 nyer alamat yg diberi tu tak wujud dah sah kena tipu. Bila p balik kat Tmn perling tu…….opis dah tutup dan ramai yg turut tertipu dtg ke situ.
Kepada manusia yg telah menggunakan nama A. Putra Bin Hj. Ibrahim dan En. Othman Bin Omar ….saya tak akan halalkan duit yg telah anda ambil tu.
Dan kepada sesiapa yg belum terkena2 berhatila2. Jgn sampai anda menjadi mangsa.
hmmmm…so kesimpulannye..tipu la sume iklan2 tu kan..ntah cane bleh tejumpe web ni..br jek terpengaruh ngn iklan2 tu..igt esk nk wat payment..tp nie rase cam xjd dh..wlpn mmg rase cam tipu..
heeii.Memang program gaya pos sekarang n susah sikit sebab dah ada internet.Aku pun pernah cuba nak try perniagaan ni, tp kering idea.Dengar pulak bnyk tipu sanasini,rasa kendur pulak.
Yangg penting pada aku jgn putus asa.Keep going, mungkin akan jumpa benda baik nanti.Good luck
bleh x email’n saya mklmt kerja part time yang ok dn xtpu org..
boleh x senaraikn nama company yg betul2 xmainkan duit org..sy pn nk carik duit gak
hari ni dlm sejarah. baru2 ni sy beli surat kabar seleksi dan warta perdana.smskn nama dan alamat. pastu dy suruh bg wang pos rm30. baru arini dye reply. dlm surat tu dia suruh wat program mcm dye. cuma nama n alamat ditukar kpd saya. hati2 dgn nama syarikat Nurhara Creative n Services. konon duit pos tu utk wang cagaran konon. Nerakala kau jawapannye. tak sangka student mcm aku pn kena tipu gak
salam puan..boleh x saye nk mntak t0long bgtw kje part time y mane y k0mfirm xkne tipu..saye da serik kne kelentong 2 kali..saye btul2 perlukan dwit nk tmpung prbelanjaan kt u..klu bley xnk susahkn mak bapak lg n nk buat side inc0me..email saye logtech_19@yahoo.com..
“Dengan iklan yang berbunyi Siapa Cepat, Dia Dapat….Tempat Terhad….saya pun terpedaya dan membayar RM150. Bayaran tersebut kononnya bayaran perkhidmatan memproses kalu2 kita tetiba nak tarik diri…..”
adush rm150. aku pulak terkena dengan pembuatan ampau dan sampul duit raya kalo tak silap. rm150 kononnya untuk cagaran barangan yang dihantar tak sampai… lastnya lesap macam tu aje… nasib badan…
saya btul2 terdesak duit skang nie.saya dah nak bank in duit utk stater kit tapi bila dah baca blog nie, tak jadilah..keja siang malam pagi petang tapi gaji kecik…boleh tak sesiapa bagi tips nak buat bisnes melalui internet atau apa2 saja nak tambah pendapatan…
salam..puan..boleh x.puan bagi info keje partime yg xkene tipu..sy nak tmbah pendapatan.nie email sy ctkhadijah_197284@yahoo.com,
Erm…aku pun dah terkena banyak kali. ade yang RM5, ade yang RM20, RM50…aku rasa ada gak lebih 6 kali aku kena….lepas aku jumpa forum ni, baru sedar yg sume ni x boleh dipercayai…mana la nak cari side income ni….
kalau dah banyak kali terkena? mungkin anda perlu lebih berhati-hati. Macam saya, dah lama berhenti cari peluang melalui program gayapos.
Belajarlah dari pengalaman.
asslmkm…. aka leh tak beri sy maklumat tentang kerja patr time dr umah yang betul2 leh dapatkan income… sy sgt memerlukan nye sgt. sbb sy student dan perlukn duit utk tampung hidup saya.sy tak nak susahkan kn mak ayah lg.sy ingin berdikari.
assalamualaiko………..
betul la,memang susah nak dapat lamat web yang betul-betul boleh membantu…..tapi kalau ada yang jujur dan ingin membantu sesama umat,kirim lah laman web anda atau nom telefon anda ke ke email manzemi@yahoo.com ok..krja sambilan di rumah la ok…..
assalamualaikum.saya ni amat memerlukan kerja parttime di rumah sambil menjaga anak saya.saya perlu mencari duit untu menampung pelanjaan anak saya.
Sallam…
kalau tuan-puan nak rasa buat duit dari internet bolehleh lawati laman web saya http://hyprobulks.com/nur2brich . Ada 2 option untuk jalankan part time ni. On line dan off line. Perlu info just call 019-7685*** Abg Khod
Salam….
saya sedang mencari pendapatan tambahan dari rumah untuk menampung perbelanjaan harian yg semakin meningkat…sukar nak cari yg telus dan ikhlas membantu..kalau ada,harap dapat kongsi bersama..email saya z_zawan@yahoo.com
Hai, kengkawan… Dgr dulu cerita saya nie, yang saya di kena tipu tu bukan setakat sekali malah 2 kali. Entah Org2 tu dah mati ke lum. Yang kali pertama dapat surat dan saya pun ye ye la nak tambahkan pendapatan poskan Rm100 tapi dah berapa tahun saya apa pun tak de. itu saya tak berapa besarkan, tapi kali kedua nie sampai aku kena tertipu Rm 2086.00. Dah setahun pun aku kena tipu tapi tak de guna. Aku nasihat jgn betul2 percaya dgn kerja online dan part time dari rumah. Nama Company yang tipu aku Coulombworld. Org2 tu tak akan dpt hidup tenang. Tuhan akan menghukumnya. Perempuan yang rekemankan aku nama dia mary. Bila aku tanya dia, dia kata dia pun tertipu.
Jangan sesekali percaya dlm hal cam nie..
Banyak nya modal yang dah melayang. Bila baca komen awak, saya ada buat sikit research, boleh jenguk disini
Tidak ada cara mudah nak buat duit. Menghabiskannya mudah sekali. Harap ia dijadikan iktibar.
slm sume…pe yg dorg sume ni ckp mmg btol..hampeh la org yg wt bisnes gye pos ni..menipu je lbh..dh x de duet sgt gk ny dorg tu smpai nk tipu duet kite…nth pe la dorg ni..x tkut ngn azab allah gk ny…mkn la duet haram…smpai mati halal kn…
SAYA SURU RUMAH INGIN MENCARI KERJA SAMPINGAN UNTUK MENAMPUNG KELUARGA. JIKA ADA SESIAPA ADA KERJA YG TAK TIPU BOLEHLAH EMALKAN KEPADA SAYA
fieza0906@yahoo.com.sg
sy pun terkena gk thn lepas.k join kerani data entry. mula2 bank in la rm160. next week dia reply la surat perjanjian. then ckp dlm 2 hr dia pos la data utk sy edit je..tunggu punye tunggu..x dp2..kl byk kali ade je alasan..pastu kal lg spi kat sebulan x dpt2..staf senang je bg alasan ckp dia pun x tahu ape mslh dlm comp. sykt dah kelam kabut..kal admin n bos dia dh x dpt2 dah..mmg tipu!
saya baru nak join data entry.Tapi saya rasa x sedap hati. Saya mula search apa sebenarnya kerja data entry ni..rupanyaaaaa….banyak masalah yer…nasib baik saya x join lagi..terima kasih kawan2..
macam mane tu??
x confident la nak join benda2 cam ni.
tapi mmg nak cari rm lebih sikit.
pengalaman sya dlm prgrm pemuatan sampul surat.Sya pernah menyertai program ini,tapi sekadar mencuba aje.Apa yang ingin sya katakan program ini mengajak kliennya berusaha utk mencari klien dengan pelbagai teknik.Ianya terletak pada creative setiap individu khususnya melalui iklan di surat khabar.Pada asalnya keterangan yang diberikan memanglah betul tetapi ada pihak yg tidak sedar telah mengolahkan konsep sebenarnya.cthnya ada yg membuat janji dengan kadar bayaran yang lumayan.Ada pula telah naikkan wang pendaftaran dari Rm 30.00 kepada Rm40.00.Tapi pada anylisis sye ianya tidak 100percen tipu sebab konsep ini tidak paksa sesiapa utk menyertai program ini.oklatu ini hanya analisis je.terpulanglah individu yg nak menyertainya.Kalo asmawati ada baik punya bisnes bagi lah tahu dengan saya.Pandangan asmawati mmg ok.Ya salam.
salam…ape kte kwn2 try bsnez ni…bsenz ni kte kne promot link je…n alhadulillah skang sy dh dpt hasil…try la..n klu berminat bley la tgk kat web ni…klu tak cye, stdi dlu btl2 n bru wat keputusan ek….
baru la s sedar ramai yg dh kne tipu..baru teringat nk cube..huu..apela org nie..org terdesak nk cr duit..die bleh tipu2 plak…
sy baru nak cuba kerja part time gaya pos..
tapi bila dah baca komen2 kat sini, baru saya sedar semua tu tipu semata-mata..
Salam semua n kepada kak asmawati…
Saya nak tanyer pendapat kak asmawati, if ade program gaya pos ini menjual produk berbentuk cd-rom n dalam masa yang sama menjalankan sistem level berbentuk pyramid, (LEVEL), saya telah menyertainya dan panduan-panduan di dalam cd rom tu betol2 bagus dan berkesan. Tetapi, melalui sistem pyramidnya (level) itu pula, saya dah buat kajian. dalam seminggu saya mempromosikan flyer/risalah mereka, saya hanya edarkan lebih kurang 100 helai sahaja, tapi pengurus program gaya pos ini sentiasa menghubungi saya jika ade ahli dibawah saya menyertainya. dan pembayaran kepada saya memang cepat (4 hari). lagi 1, saya ada mengajak member rapat saya sertainya juga untuk melihat betul ke program ini. so, member saya daftar di bawah risalah / flyer saya dan menghantar risalah itu kepada pengurus gaya pos ini. tidak sampai seminggu, saya dapat bayaran saya semula. dan sampai sekarang saya hanya mengajak member saya untuk sertainya dan mereka semua berpuas hati dan menerima pembayaran. kemudian, dalam sebulan saya sertainya, pihak pegurus gaya pos ini telah mengepos /menghantar panduan cara mengedarkan risalah @ tips2 yang bukan berkaitan dengan gaya pos juga. panduan-panduan itu juga berbentuk cd-rom dan mempunyai lebih dari 3 panduan. dan saya juga tidak menjangkakan penerimaan panduan itu. Saya nak minta pendapat daripada akak, mungkin program ini betul-betul perlu saya buat atau perlu saya elakkan? Mungkin dengan cara pengurus gaya pos ini mengambil berat / follow up ahlinya mencacatkan juga penerimaan masyarakat tentang program gaya pos ini? hope akak boleh bantu dengan pendapat akak. Kalau akak berkesempatan boleh email kepada saya k. panduanb3@gmail.com . terima kasih….
terima kasih asmawati.com berkaitan maklumat yang diberikan.
macamana dengan buat survey online. boleh dapat income? saya cuba gak pergi ke laman web tu tapi rasa susah sangat.. kena bukak macam2 akaun. sapa2 ada pengalaman bolehla share…. tq
bagaimana nak wat?
korang semua jgn perrcaya la kerja2 yg mcm ni… lg2 secara online. aku byk tertipu jer… HARAM!!
salam…saye bru je pos rm35 untuk mengisi sampul surat di rumah..huhuhu yang sdihnye bru trjumpa blog nih lpas pos..almaklum lah nak cuba nasib.. tpi doa2 kan lah benda nie brhasil dan xlesap duit aku..
huhuhu..
Salam..
Ahaks sedih gak aku baca cita kawan2 suma.aku pun dok cari gak peluang2 mcm mana nak tambah duit cara part-time nih..ternyata mlm ni Allah dah buka pintu hati aku utk online dan research ttg gheja part-time gaya pos dan internet nih..dlm aku dok survey sana sini..aku jumpa website asmawati.com then lps aku baca ternyata program2 mcm nih banyak tipu helahnya..mungkin dlm byk2 tu ada yg betoi2..tp yg betoi2 tu bapa kerat ja..aku pun dah hampir2 nak join dah, sama ada gaya pos ataupun internet.aku igt paling lewat pun isnin baru decide nak buat psl bank dgn pejabat pos buka.Dlm FB aku, ada member tag psl cari duit dgn FB tp kena bayar rm100..nampak mcm betoi psl nak kena cari kepala…tang ni yg aku lemah..memburu kepala..tp tak tau la.hati kecik ni 50/50 ja..dah la time2 sesak mcm ni..rm1 pun cukup bernilai..apapun kalo ada peluang tambah pendapatan yg menarik tlg la email kat aku sama ya idzuans@yahoo.com
salam.
kes pertama,buat keje part time kat umah 2.
sakit hati saya xhbs lagi,kn tipu gak..actually sy dah xkeje lagi,duk umah…rasa bosan then saje2 cari part time job yg tawarkan keje di rumah dlm paper…pemasang accesories wanita…company 2 alamat kat kl…siap ms berurusan ikut procedure..berurusan ngan manager pompuan.then slps 2 ngn production manager..siap nama dan no tel diberi.mula2 dia hntr sampel tuk kita psg,pas 2 dlm ms 7 hr tahu keputusan,then 2 minggu pas 2 sy pn terpilih jadi sub-kontraktor company dan kn bayar rm350…sblm 2 rm50 talah dibayar untuk pendaftaran…10 hari pengesahan agreement dibuat,company hantar barang untuk dipasang dlm trainning period….after 2 weeks brg yg siap dipasang 2 dihantar semula,company berjanji akn menghantar sbyk 5000 pasang untuk sebulan…kos penghantaran 20% kn bayar,80% lagi ditanggung oleh company 2…..saya pn ingat mende nie betul2lah..yelah,cara pentadbiran company 2 melalui surat2 dan agreement yg diberi boleh dipercayai..sebenarnya saya cuba tawakal je..rm500 pn sy bayar..tup2 tunggu barang x sampai2…call lak xdapat…dah sah kena tipuu….licik betul diorang nk menipu….xtau nk gambarkan mcmmana perasaan saya,nk nangis pn ade…..last2 husband cakap dah xde rezeki…moga pas nie jadi ikhtibar…mungkin ada hikmah di sebaliknya…harap2 sesiapa yang ingin membuat keje part time di rumah melalui iklan2 di surat khabar 2 berhati2lah….
sesiapa yang ingin perniagaan sendiri yang di jamin halal tanpa unsur penipuan,inilah yang patut anda sertai..tambah ilmu dan juga pendapatan..untuk maklumat secara online sila klik ‘pelaburan islam’ di atas..tq
salam..
saya pun nak sgt tambah pendapatan ngan wat keje part time dari rumah..
dah byk sgt buat research dr internet tp tipu jer semuanya..
kalau sesapa ada tau kerja yang betul2 bleh jana pendapatan sampingan email sy uye.. urgent..
norfarihanhassan@yahoo.com.my
Golongan ‘terdesak’ juga yang jadi mangsa…macam aku dulu…kena tipu idup-idup…samalah kita beb…sesen pun aku tak halal dunia akhirat.
Assalamualaikum w.b.t
terima kasih kpd kawan2 yang berkongsi pengalaman…mungkin ramai lagi yang senasib cm kita,mungkin ader y dah tertipu n akan ditipu…saya pon pernah tertipu dengan bisnes cmni…
ape yang saya nk kongsikan pendapat….
kita wt la ape yang berlaku ni sebagai satu pengajaran hidup..dan doakan semoga penipu2 bisnes ni tak tenang hdup dunia n akhirat… dan dilaknat oleh Allah di akhirat kelak…amin…
wallahua’lam..
sy pun ade pengalamnan kene tipu dahlah masa 2 sy terdesak nak guna duit..sy memg perlu duit untuk sara anak yang masih kecik..sesiapa yang ade keje yamg xde unsur2 penipu email ke hatimutiara_86@yahoo.com or call 0138940177
masa dulu aku ader join satu compy nama dia OBL WORLDWIDE yg terletak di kajang prima selangor.. dia org menjalakn prniagan pengiklanan maya… aku daftar kena bayar 250 pastu dia kasi satu cd..yg membolehkan kita mencari alamat email org dn kita hntrla iklan…. tapi bila aku buat aper pun tak dapt … iklan dia org tiap2 hari ader dlm metro… ciabai betul.. tipu org beradab..
satu lagi memasukan surat dlm sampul surat.. semua 2 penipu ajer… x ader yg betul pun..
yang betul punya program wang pos… dia macam main kutu la lebih kurang… kalau nak citer kat sini letih aku nak taip.. korang cari la aku atau hubungi aku di anjang.0000@yahoo.com
saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Hubungi saya di 0133538480…
PERINGATAN!kepada sesiapa yg nak join kerja sambilan mengepos surat yg d iklan d harian metro di harap jangan percaya bulat.kemungkinan itu satu penipuan.nama company.sutra murni enterprise.nama je murni tapi mungkin menipu
salam..sy pun perlukan duit tmbhn..kalau ade keje partime yg xkene tipu,tlg inform sy ye..ni email sy.. baby_gurlz6688@yahoo.com
saya juga telah di tipu dgn syarikat sutramurni interprise di shah alam, alamat hanya P.O. BOX. saya dapat dari metro.. duit dah bayar tapi barang yg di janjikan akan sampai dalam masa 10 hari tak juga sampai sekarang.. nak berhubung no tel telefon pun takde… saya telah lampirkan kertas tambahan dan minta sutramurni kol saya tapi mereka langsung tak kol… sedih betul. dah lah masa tu saya betul2 perlukan duit jadi saya tertarik dgn iklan tu, tak sangka pulak di tipu.
satu lagi saya cuba business internet afiliate pun menipu gak.. dalam tu bagi tau duit akan di pulangkan dalam masa 90 hari jika kita tidak berjaya, tapi semuanya penipu… duit tu saya depositkan atas nama MIAN BIN ABD RAZAK, bank maybank. DAH BANYAK SAYA ANTA EMAIL MINTA BALIK DUIT TAPI TAKDE APA2 JAWAPAN admin@bisnesinternet.net…. sekiranya kawan2 semua jumpa email ini tolong jangan terdepaya dan jgn mencuba…. SEMUA PENIPU… bolehkah kita buat report polis atas nama mian dan ambil balik duit.. sedih sesama islam pun nak menipu sesama saudara islam….