Peluang Kerja Sambilan Melalui Program Gayapos
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua,
Pertamanya saya ingin mohon maaf atas kelewatan post untuk minggu ini kerana saya menghadapi masalah modem dan tidak dapat akses internet melalui komputer saya. Insyaallah ia akan dapat diatasi pada minggu hadapan.
Selain internet, saya juga ada mencari pelbagai peluang pekerjaan melalui suratkhabar dan majalah terutamanya program berbentuk GAYAPOS. Biasanya saya hanya perlu SMS nama dan alamat kepada pengiklan dan maklumat akan diposkan kepada saya.
Sebenarnya memang banyak peluang yang ada TETAPI mana satukah yang benar-benar SESUAI dan BENAR-BENAR MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG SEPATUTNYA. Antara surat yang sering saya terima ialah;
1) Program Memasang Barangan
2) Program mengisi sampul surat
3) Program Ihsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
4) Program Menjual Maklumat
5) Program berbentuk jualan langsung (MLM)
Jadi saya akan kupaskan serba sedikit tentang program-program diatas.
#1 – Program Memasang Barangan
Anda hanya perlu membuat sedikit bayaran deposit yang mana ia akan kembalikan jika anda telah menghantar kembali produk yang telah disiapkan. Ada banyak kerja yang ditawarkan seperti pateri PCB, membuat anak patung, menjahit dan sebagainya.
Untuk program ini, saya memang ada pengalaman DITIPU! Saya pernah kehilangan RM70 untuk satu program mengisi syampu didalam botol (untuk kegunaan hotel) tetapi langsung tak menerima apa2 barang yang dijanjikan. Syarikat yang menawarkan kerja ini dikatakan beroperasi di Johor Bahru. Apa yang sangat saya geramkan ialah ia dilakukan dengan cara yang sangat meyakinkan.
Jika kebanyakan program gayapos hanya menggunakan alamat PO Box, tetapi program ini memang kelihatan TULEN kerana turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi. Saya sendiri bercakap dengan En.X (tak ingat nama) yang meyakinkan saya bahawa program ni BUKAN TIPU sebab surat yang diberi mengandungi header syarikat.
Dia kata dia akan hantar kerumah sejumlah botol kosong dan syampu untuk diisi dan selepas 3 hari dia akan datang mengambil produk yang telah siap untuk semakan QC. Jika mereka berpuashati, bayaran akan diposkan kepada saya melalui pos termasuk bayaran deposit saya.
Oleh kerana dah yakin yang saya TAK AKAN DITIPU, maka saya terus buat bayaran pada esoknya guna wang pos atas nama syarikatnya. Namun, selepas tarikh yang dijanjikan, tak datang-datang pun. Saya dail balik nombor yang diberikan tapi tiada jawapan dan kadang-kadang ditutup. Selepas hampir 2 minggu, saya mengalah dan sedar bahawa TIPAH TERTIPU!.
Selepas pengalaman tu, saya terjumpa lagi iklan seperti MEMASUKKAN MANCIS KEDALAM KOTAK dan surat yang diterima mempunyai bentuk yang hampir sama dengan program mengisi syampu yang telah saya sertai sebelum ini. Dan selepas itu, saya mula berfikir secara logiknya takkan syarikat mancis gunakan pekerja sambilan untuk buat kerja nie, bukan ke sekarang nie ada banyak mesin automatik.
Apa yang pasti, orang macam ni memang sentiasa ada idea untuk menipu dan dia lakukannya dengan sungguh professional sekali! Takpe la, kat dunia dia lepas, tapi kat akhirat sendiri jawab la kan!
Maaf sebab emosional sikit. Tapi memang geram bila ada orang yang sebangsa dan seagama dengan kita buat macam tu. Mungkin saya tak terasa sangat , tapi bayangkan jika ada yang memang betul-betul susah dan memang memerlukan kerja, RM70 adalah jumlah yang sangat banyak.
Bayangkanla kalau duit tu la sebenarnya dia nak gunakan untuk beli susu anak atau ubat, tapi sebab dijanjikan peluang untuk tambah pendapatan dia sanggup gunakan dulu untuk bagi pada si PENIPU ni.. Hanya Allah yang akan Membalasnya.
Sekali pikir, saya yang belajar sampai ke menara gading ni pun boleh tertipu, inikan pulak orang lain.. entahla, segan jugak nak mengaku tapi itulah hakikat hidup.
# 2 – Program Mengisi Sampul Surat.
Kebanyakannya memerlukan anda buat bayaran pendahuluan untuk membuka fail, dan untuk kos cetakan bahan. Anda dijanjikan pendapatan lumayan untuk setiap sampul surat yang diposkan. Saya kurang pasti sama ada ia tipu atau tidak tapi dari pemerhatian saya ia memang kelihatan seperti satu penipuan sebab
1) ayat yang digunakan langsung tak professional. Seolah-olah diterjemahkan sepenuhnya dari bahasa inggeris oleh orang yang tak berapa faham bahasa Melayu. Macam pelat cina pun ada.
2) Isi kandungan yang tak menceritakan secara detail apakah surat yang akan diposkan dan bagaimana dapat income. Hanya kata bila sertai, anda akan dapat sampul surat, anda hanya masukkan risalah untuk diedarkan. Kat sapa nak edarkan? Itu kena cari sendiri la.
3) Ada jugak yang kata alamat dan setem turut disertakan. Anda hanya perlu lipat risalah dan masukkan kedalam sampul surat lepas tu dapat duit. Logik ke ada kerja yang begitu senang dan lumayan?
Sejak melayang RM70, saya mula curiga dengan program gayapos yang banyak diiklankan sebab kebanyakannya menjanjikan KERJA SENANG, INCOME LUMAYAN. Tak pulak cerita tentang produk. Lagi satu, sebab kebanyakannya berlindung disebalik alamat PO Box, langsung takde kaedah lain untuk bertanya seperti telefon atau emel. Kalau kena tipu.. lesap macam tu je duit.
Kalau ada yang BERJAYA @ DITIPU tentang program macam nie, boleh la bagi komen sebab saya tak pernah join pun sebab dah serik.
# 3 Program Ikhsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
Program macam ni memang banyak saya dapat samaada melalui pos atau emel. Ada macam-macam nama seperti sumbanganikhlas, ikhsan dan sebagainya. Saya tak pernah cuba sebab terasa macam PEMINTA SEDEKAH la pulak. Jangan marah kalau ada yang sertai dan berjaya mengumpul ribuan ringgit.
Kenapa saya kata macam tu? Sebab setiap orang yang menyertai program ini perlu memberi sedekah dan menerima sedekah. Tak salah untuk kita bersedekah sesama insan, tetapi adakah kita benar2 sedekah kepada orang yang betul2 memerlukan?
Memang la kalau sedekah kat orang yang datang rumah atau orang yang ada kat pasar malam tu kita sendiri pun tak pasti sama ada dia benar2 susah atau tidak tapi sekurang2nya kita dah tengok keadaan dia yang nampak memang susah (walaupun dia berlakon).
Bukan saya tak nak join benda macam ni, ada jugak niat nak join dulu, tapi bila dipikir2 semula, rasanya lebih afdal jika saya sedekah kepada orang yang saya nampak dan yakin dia memang susah dan sangat memerlukan wang untuk meneruskan hidup berbanding mereka yang menyertai program seperti ini dengan harapan untuk menjadi KAYA?
Cara mudah untuk bersedekah, hanya taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantarkan ke 33533 untuk Tabung Bersamamu TV3.
Kalau nak jadi KAYA atau tambah pendapatan, sebaiknya saya BEKERJA dengan tenaga, masa dan ilmu yang ada. Bukan sengaja cari kerja yang susah, tapi kepuasan apabila memperolehi WANG apabila kita bekerja adalah lebih terasa berbanding menerima sumbangan wang dari orang lain!
# 4 – Program Menjual Maklumat
Konsepnya hampir sama dengan menjadi agen atau affiliate dimana kita akan dapat komisen dari jualan yang dilakukan. Satu lagi cara ialah kita akan menerima produk yang boleh kita jual semula dan ambik 100% keuntungan dimana ia hampir sama dengan Master Resell Right bagi ebook di internet.;
Apa yang saya kesalkan ialah, kebanyakan maklumat yang diterima langsung tak berbaloi untuk dimiliki. Saya pernah membayar RM35 untuk maklumat yang saya kira entah apa-apa. Namun tidak semua begitu kerana saya pernah membeli buku berharga RM20 tetapi memang kagum dengan kualiti info yang diberikan dan bentuk fizikal buku yang professional. Walaupun nilai maklumat adalah subjektif, sebaiknya biarlah ia dirasakan berbaloi dengan apa yang akan diperolehi.
Kebanyakan maklumat yang dijual adalah berkaitan cara nak buat duit, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Apa yang lebih mengejutkan saya ialah, saya pernah menerima surat jualan yang menjual produk berbentuk mistik (seperti syiling lama, susuk, minyak senyonyong dsb), ada juga yang menjual teknik untuk menang besar bila beli nombor ekor! Nauzubillah.. nampaknya dah terlalu ramai yang semakin gilakan duit.
Tetapi sekarang ni saya lebih tumpukan kepada mendapatkan koleksi ebook yang kebanyakannya saya perolehi secara PERCUMA (tetapi berkualiti) di internet. Anda juga boleh menulis ebook atau buku anda sendiri jika mahu dan jual pada harga yang anda sendiri tetapkan! Tapi ingat, pastikan ia benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca.
#5 Program berbentuk MLM
Mengembangkan perniagaan jualan langsung (MLM) melaui pos adalah salah satu cara yang bijak. Dan saya selalu jugak terima surat tawaran tentang program seumpama ini. Biasanya saya akan teliti dulu marketing plan. Oleh kerana saya lebih suka sertai perniagaan MLM melalui internet, jadi saya agak kurang berminat dengan yang berbentuk gayapos ni.
Walau apa pun, saya suka tengok pelan pemasaran syarikat yang diterima untuk dibuat perbandingan dengan syarikat yang saya sertai. Buat masa ini, saya masih yakin bahawa syarikat jualan langsung yang saya pilih adalah lebih sesuai untuk saya.
Selain MLM biasa yang berasaskan produk kesihatan dan barang keperluan harian, banyak juga tawaran yang diterima mengenai MLM prepaid. Ia juga saya sekadar jadikan sebagai rujukan sahaja kerana saya lebih suka jika ia turut menawarkan sokongan secara online juga.
Tetapi, alhamdulillah sebab saya rasanya tak pernah lagi terima tawaran mengenai MLM yang diraguikerana kebanyakan syarikat yang ditawarkan kepada saya telah agak lama beroperasi. Mungkin kerana promosi melalui pos ni memerlukan kos yang agak tinggi berbanding internet.
Okla. Rasanya dah banyak jugak yang saya tulis. Walau apa pun program yang anda jumpa, jika anda telah ada serba sedikit ilmu pengetahuan mengenainya, anda pastinya akan dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa. Saya tidak mengatakan semua program gayapos menipu atau tak betul dan saya ucapkan TAHNIAH jika anda telah berjaya melakukannya. Apa yang penting ialah jangan malas untuk membuat penyelidikan dan jangan mudah terpedaya dengan janji KERJA MUDAH, UNTUNG LUMAYAN.
Salam sukses!
Related posts:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










sesiapa yang ingin perniagaan sendiri yang di jamin halal tanpa unsur penipuan,inilah yang patut anda sertai..tambah ilmu dan juga pendapatan..untuk maklumat secara online sila klik ‘pelaburan islam’ di atas..tq
salam..
saya pun nak sgt tambah pendapatan ngan wat keje part time dari rumah..
dah byk sgt buat research dr internet tp tipu jer semuanya..
kalau sesapa ada tau kerja yang betul2 bleh jana pendapatan sampingan email sy uye.. urgent..
norfarihanhassan@yahoo.com.my
Golongan ‘terdesak’ juga yang jadi mangsa…macam aku dulu…kena tipu idup-idup…samalah kita beb…sesen pun aku tak halal dunia akhirat.
Assalamualaikum w.b.t
terima kasih kpd kawan2 yang berkongsi pengalaman…mungkin ramai lagi yang senasib cm kita,mungkin ader y dah tertipu n akan ditipu…saya pon pernah tertipu dengan bisnes cmni…
ape yang saya nk kongsikan pendapat….
kita wt la ape yang berlaku ni sebagai satu pengajaran hidup..dan doakan semoga penipu2 bisnes ni tak tenang hdup dunia n akhirat… dan dilaknat oleh Allah di akhirat kelak…amin…
wallahua’lam..
sy pun ade pengalamnan kene tipu dahlah masa 2 sy terdesak nak guna duit..sy memg perlu duit untuk sara anak yang masih kecik..sesiapa yang ade keje yamg xde unsur2 penipu email ke hatimutiara_86@yahoo.com or call 0138940177
masa dulu aku ader join satu compy nama dia OBL WORLDWIDE yg terletak di kajang prima selangor.. dia org menjalakn prniagan pengiklanan maya… aku daftar kena bayar 250 pastu dia kasi satu cd..yg membolehkan kita mencari alamat email org dn kita hntrla iklan…. tapi bila aku buat aper pun tak dapt … iklan dia org tiap2 hari ader dlm metro… ciabai betul.. tipu org beradab..
satu lagi memasukan surat dlm sampul surat.. semua 2 penipu ajer… x ader yg betul pun..
yang betul punya program wang pos… dia macam main kutu la lebih kurang… kalau nak citer kat sini letih aku nak taip.. korang cari la aku atau hubungi aku di anjang.0000@yahoo.com
saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Hubungi saya di 0133538480…
PERINGATAN!kepada sesiapa yg nak join kerja sambilan mengepos surat yg d iklan d harian metro di harap jangan percaya bulat.kemungkinan itu satu penipuan.nama company.sutra murni enterprise.nama je murni tapi mungkin menipu
salam..sy pun perlukan duit tmbhn..kalau ade keje partime yg xkene tipu,tlg inform sy ye..ni email sy.. baby_gurlz6688@yahoo.com
saya juga telah di tipu dgn syarikat sutramurni interprise di shah alam, alamat hanya P.O. BOX. saya dapat dari metro.. duit dah bayar tapi barang yg di janjikan akan sampai dalam masa 10 hari tak juga sampai sekarang.. nak berhubung no tel telefon pun takde… saya telah lampirkan kertas tambahan dan minta sutramurni kol saya tapi mereka langsung tak kol… sedih betul. dah lah masa tu saya betul2 perlukan duit jadi saya tertarik dgn iklan tu, tak sangka pulak di tipu.
satu lagi saya cuba business internet afiliate pun menipu gak.. dalam tu bagi tau duit akan di pulangkan dalam masa 90 hari jika kita tidak berjaya, tapi semuanya penipu… duit tu saya depositkan atas nama MIAN BIN ABD RAZAK, bank maybank. DAH BANYAK SAYA ANTA EMAIL MINTA BALIK DUIT TAPI TAKDE APA2 JAWAPAN admin@bisnesinternet.net…. sekiranya kawan2 semua jumpa email ini tolong jangan terdepaya dan jgn mencuba…. SEMUA PENIPU… bolehkah kita buat report polis atas nama mian dan ambil balik duit.. sedih sesama islam pun nak menipu sesama saudara islam….
saya sedang mencari pendapatan tambahan dari rumah untuk menampung perbelanjaan harian yg semakin meningkat…sukar nak cari yg telus dan ikhlas membantu..kalau ada,harap dapat kongsi bersama..email din2naza@yahoo.com
asalamualaikum…bagi yang pernah kena tipu,saya mintak agar jgn di halalkan duit tu dunia dan di akhirat,allah pasti akan membalasnya,doa orang yg teranaiya pasti termakbul.
saya pun tekena jugak, dengan mian bin abd razak, minggu lepas saya masuk..saya x halal kan duit saya..terima la balasan dari allah s.w.t..saya ni bukan org senang..org2 susah je masuk benda2 mcm ni..kepada mian hidup anda xkan senang dunia dan akhirat.
saya juga pernah tertipu kononya nk buat data entry nama org 2 mohmd naim bin isa ,memang geram la lepas masukkn duit hantar emil ,fail pulak pasal sutramurni enterprise ,saya ingat kt shah alam je, kt masai johor pun ada, nama pun sama sutramurni,lkalau dh kt shah alam penipu,rasanya kt masai pun sama kot,baru saya nak hantar ,nasib baik terbaca blok ne,siap tulis SIAP SURUH GUNA POS SURAT BERDAFTAR PULAK TU, DAH LA MENIPU nyusahkan orang pulak .MMG HANTU BTOL, JD KWAN2 JGANLAH PECAYA
Saya juga tengah mencari keja kat umah utk tambah pendapatan. Klu ada sesiapa yg tau tolong kongsikan. vm_1209@yahoo.com
saya nak tanya saya dah bayar RM50.00 dalam masa 48 jam tapi saya tidak dapat pun ebook yang dijanjikan dan saya tidak tahu yang mana satu laman web utama
boleh saya tahu bayaran yang dibuat untuk produk apa? Laman Web mana?
Jika tak pasti cara nak hubungi pemilik web tersebut.
Anda boleh cuba buat carian di google.com dengan taip nama penuh pemilik akaun bank yang anda dah masukkan duit tu
seperti “ali hashim ebook cari duit”
Mungkin akan dapat serba sikit info untuk menghubunginya.
sape2 yg rasa tertipu pergi wat report.. at least ada something dari polis.. maybe.. dlm byk2 takan polis tak dapat.. baru tau langit tinggi/rendah.. anyway info korang menarik.
aku pon nyaris2 nak masuk sutramurni.. alhamdulillah… tq
salam perkenalan. Sy dah baca semua artikel di atas. Rata2 semuanya tertipu. mcm ni lah, bukan senang org nak bg kita duit secara percuma. Apa2 perniagaan perlukan modal. Kemudiaan kita perlu tekun berusaha, sampai nak termuntah buat kerja siang malam, baru dapat hasilnya pendapatan 5 angka. Antara program yg sy nampak boleh buat duit, antaranya ads4bucks, focus A dan lain2. Kalau berminat boleh sms sy nak tahu lebih lanjut.Sama2 kita berusaha cari duit, raya nak dekat, hujung tahun pulak anak2nak sekolah…
salam.. alhamdulillah, mujur saya terjumpa forum nih. ingat dpt gaji nk try jgk pendapatan gaya pos ni..Harap dpt tambah pendapat.. tp dah ternyata terang lagi bersuluh compeni SPECTRA ENT, SUTRAMURNI ENT ni PENIPU BESAR. patut la diorang x letak no fon. lagi satu ayat dlm iklan diorang ni sama je. cam copy paste je cuma compeni lain. pape pun, TQ byk2 psl info ni.
apa pulak pandangan tuan punya blog dan para pembaca dengan promosi website ini?
‘http://www.kerjasambilan.biz/HOME’
saya ambil dari bharian online …. diharap sesiapa yang dah join, sila bagi feedback tentang kesahihannya …..
sekian, tk
sya nk cri kerja mdah n kat umah….
klu bleh kerja yg mnual tnpa menggunkan pc….
i nak kerja sampul surat
salam
Nk tya you all..adakan ads typist merupakan keje sambilan yg terjamin…korang tolong bg pndapt..kepada sesiapa yg tahu pasal ads typist ni share ngan sy k…
aq bru je ingat nk dftar gayapos hr isnin..bile je jmpa block nie.aq tetibe je angin..mau x angin..aq dngar korang2 sume kene tipu…tp ape2 hal pun block nie best n trime kasih atas info n komen akak..akhir skali akak klau ada ada job part time y betul2 pnya emal sy ek..protoncannon@robketmail.com..
erm,actually kitorang baru nak bayar dah siap tulis alamat rumah dan mahu peri ke pejabat pos..ingatkan nak join..tapi kami survey dulu dalam internet..terjumpa pulak blog ini..tak sangka gayapos ini adalah satu penipuan..maklumlah,kami student nak cari duit bayar yuran pengajian..apa2pun terima kasih atas maklumat yang disampaikn oleh para2 pembaca atas pengalaman ditipu.
salam semua….
saya pun pernah kena tipu dan menyesal ngan banyak program melalui pos…tapi, bila saya dah join program yang satu nih, mmg x pernah rasa menyesal…nak buat secara full time atau part time pun bleh….e-mail saya di nizee1970@gmail.com untuk maklumat lanjut…mmg dijamin…
terima kasih.
salam semua….asmawati call saya kalau ada job sambilan 0177979018
salam kak, good info to be shared with..
boleh send details if ade keje part time..
sgt memerlukan keje skrg ni..tq
email:ziela_2r@yahoo.co.uk
salam suma, nasib baik jumpa blog ni. Baru je nak join part time isi surat. kompeninya sutra murni enterprise, rupanya penipu besar. apasal syarikat suratkhabar x pantau iklan macam ni yek? Kena inform jabatan yg berkenaan ni.
apasal pihak akhbar tak ban ja company2 ni….pastu dah alamt PO box takkan takdak pihak yang do something pasal ni? aku cadang nak try test gak..sib baik tengok komen2 ni…walaupun RM35 tapi duit gak tu kan
slm..sy pon da lm nk try cr side income konon nk tmbh pendapatan..biasela skrg malaysia harge brg sume naik, gaji tangge tu jgk!! tp, bile bc komen2 n info dr blog, terbantut hasrat..takot ditipu..nasib baik jmpe blog ni..anyway, thanx a lot..
salam..
saya pon da join, mcm2 keje part time online.
dr modal rm 10 sampi modal rm50.
cthnyer ads typist, dia kete taip data..
diorg pass maklumat dah taip pon, kta cuma copy n paste.. then bt iklan yg sama mcm diorg n suruh org byr ngn kta kalo diorg mrminat.
survey pon hampeh…
survey malaysia n oversea… dua2 x leh harap.
survey malaysia kena collect point then br leh tukar pi kupon tp kena ikut berbln-bln… br dpt claim.
oversea pon sama gak..x leh tukar pi cash sbb btk kupon brg2.
survey buka borang pon sama..
diorg suruh buka bank in dgn penaja… then kita pon bt iklan suruh org byr kta sbgi penaja..
salam…….
aku pun mungkin dah kene la nie… hahaha, nasib la badan kalau betul kene tipu.. memang laknat la makmur tulen enterprise kalau betul kau penipu.. minggu lepas je baru aku poskan duit untuk buat kerja isi mengisi surat ni, yg mereka janjikan dalam mana 10 hari, aku akan dapat bahan yg sepatutnya aku buat. tunggu dan lihat je lah nanti apa yg akan berlaku.. kepada kawan2 yg diluar sana 2, khabar2kan lah kalau ada peluang yg boleh membantu… SEKIAN…..
thnx 4 dis info…
alhamdulillah la terselamat dr tipu SUTRA MURNI…
plan nak pos dah duit..tggu nak pegi jekk…
tp xsdp ati…
mujurlaaa…tergerak hati on9 dis night…
tQ all….
salam….
nk kngi gk tntg keje smbln kt umah nii……
sue pnh kne tpu byak kli dh…..dh pos duit nk duit lg….pndai nk tpu je sykt 2..skt ase ati..
rm70,rm30..mcm2 la….skrg dh give up dah…
xmo cye dh..asyk2 tertipu je….
ad lak 2 kte send almat gn msj die pos lak kts2 tok wt duit cra ape tah…bunian la…gn ptong la…..
cm nk nyesat kn org je plak……
sy msh nk cri lau ad kje smbln kt umah lau ad yg tauk leh la tlg infom kt sy ea…..
tp xmoo kn tpu lg dh….
tlg lau ad…infom ek….
saya ingin mencari kerja sambilan dirumah memasang barangan permainan kanak2 sape2 yg ada kerja sambilan dirumah memasang barang permainan kanak2 sila hubungi amad ok…. secepat mungkin 0177434329
Argh… napelah aku tak cek internet sblm aku pos surat ngan wng tu kat sutramurni… aku baru je pos lst week… well, kalau btl aku tertipu… hmm aku takkan diam.. aku akn usahakan supaya aku antara org terakhir yg tertipu oleh mereka…
argh… geramnya! niat nak cari duit lebih… thx kpd org2 kat sini yg post psl ni.. at least aku lebih pasti apa aku nak buat seterusnya..
salam semua…sy ada 2 peluang.
1)kena jual barang tapi plan dia cantik dan boleh buat duit,produk pun berkesan.
2)beli lot iklan.(setakat ni mmg untung)
klu berminat,bole email ke kuturisme@yahoo.com
“hanya beritahu peluang,rezeki dtgnya dari allah yang esa,kita hanya berusaha dan berikhtiar”
salam semua…………..tq kpd saudari asmawati yang byk mnolong kaum melayu daripada ditipu.ni sy nk tnya, yg isi borang server online, modal RM20 tu, betul2 wujud atau pembohongan semata-mata. nampak mcm real je..keliru..sesiapa yg ada maklumat boleh bantu ye……bye kenkawan
sy nak gak klo ade kje part time ni..borg la duk umh xde wt pe..hubungi sy klo ad keje cm tu..
tp xnak yg tpu2..wt skit ati je..bleh msj sy di 0197949904..
saya baru je nk join part time pos surat ni.baru call tm directory tnya co sutramurni ent.tp tm ckp xde rekod.so sy pn try search n jmpa blog ni.nsb baik xjoin lg.bukan pe husband saya dh kena tipu ng bisnes mlm.40k melayang..personal loan tpaksa tanggung sampai 20 thn.
saya baru je nak join part time pos sampul surat ni.nasib baik terbaca blog ni.thank for all information.
tq atas info yang korang bg. klu ade job2 part time yg leh di pecayai sesahihannya tlg la email sy di zacksalem88@yahoo.com tq.
Thanks for info, sy baru nk try2 wt kerja2 ygdiceritakan dia atasn pas bc ni baru tersedar…Sy berminat wt keje part time dr umh, klu ada yg sah la, tolong ek… (nafiza_shuib@yahoo.com)
erm…orang kita ni memang crdik menipu.. sebenarnya konsep perniagaan gayapos ke, data entry ke atau apa2 ke.. semuanya betol. kalau tak kenapa kerajaan tak haramkan aje keje2 tu. cuma, orang malaysia ni nak untung cepat, mula lah putar belit. mcm niaga gaya pos ni ramai yang dah jadi senang. dan kebanyakan mereka sudah menjadi penulis atau ada buku sediri. Diorang boleh senang sebab diorang jual ilmu yang berguna. tak macam kaki putar belit sekarang ni. satu lagi, kebanyakan mereka cuma bagi alamt PO Box. kenapa? sebabnya, mereka pun niaga di rumah. kalau diorang bagi alamat rumah, sure ramai orang yang tak dikenali datang ke rumah. Kalau orang2 tu baik tak pe lah. kalau perompak? penyamun? Ini bukan saya yang cakap. saya baca buku salah seorang jutawan negara.
thanks a lot for revealing this~ byk ye org2 kena tipu melalui suratkhabar pon, i though internet is the only medium of these blood-suckers made profit from innocent peoples~ i know very well, some peoples are desperate in order to find a halal income, but that’s it~ never give up~
salam..
sy tengah pening cari program kt internet yg leh jana pendapatan sampingan.. kak leh tolong bg kt sy program2 yg blh dipercayai dan btl2 blh jana pendapatan….
wassalam..
sy jga da pglaman smcam tu..coz nak duit dri keja part tme kat rmah.penah sekali tu sy tertipu oleh c penipu kononnya ble dpt incme yg lmayan..da tu nak bt keja tu da la ssah gila,then nak jdi member tu fee nya beratus ringgit..pndekkn crita,semuanya sia2 blka.tak lma pas tu,jmpa lak gan kwn.kwn ni nak ajak lak join bisnes bru..disbabkan penah ditipu,sy mula berhati-hati dan mula berbincang dgan kwn tuk bt invstgation mdlam ttg bisnes dan syrkat ni.hasilnya,kmi mndapat kepastian yg cukup tuk join bisnes tu dan sememangnya ia bgtu baik dan berjaya.syarikat tu adalah melaleuca the wellness company,marketing plan adalah mudah difahami dan produknya mendtngkn kebaikan dan selamat.kpda yg dok tga cri keja part tme atau full tme tu ble la join melaleuca dan anda lihat la sndri hasilnya.
askum terima kasih bgtau psl program ni semua….buntu gak nk cr part time.cmne nk cr pendptan sampingan?kongsi la ngan kami semua.janji yg halal dan tak tipu punya.