Peluang Kerja Sambilan Melalui Program Gayapos
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua,
Pertamanya saya ingin mohon maaf atas kelewatan post untuk minggu ini kerana saya menghadapi masalah modem dan tidak dapat akses internet melalui komputer saya. Insyaallah ia akan dapat diatasi pada minggu hadapan.
Selain internet, saya juga ada mencari pelbagai peluang pekerjaan melalui suratkhabar dan majalah terutamanya program berbentuk GAYAPOS. Biasanya saya hanya perlu SMS nama dan alamat kepada pengiklan dan maklumat akan diposkan kepada saya.
Sebenarnya memang banyak peluang yang ada TETAPI mana satukah yang benar-benar SESUAI dan BENAR-BENAR MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG SEPATUTNYA. Antara surat yang sering saya terima ialah;
1) Program Memasang Barangan
2) Program mengisi sampul surat
3) Program Ihsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
4) Program Menjual Maklumat
5) Program berbentuk jualan langsung (MLM)
Jadi saya akan kupaskan serba sedikit tentang program-program diatas.
#1 – Program Memasang Barangan
Anda hanya perlu membuat sedikit bayaran deposit yang mana ia akan kembalikan jika anda telah menghantar kembali produk yang telah disiapkan. Ada banyak kerja yang ditawarkan seperti pateri PCB, membuat anak patung, menjahit dan sebagainya.
Untuk program ini, saya memang ada pengalaman DITIPU! Saya pernah kehilangan RM70 untuk satu program mengisi syampu didalam botol (untuk kegunaan hotel) tetapi langsung tak menerima apa2 barang yang dijanjikan. Syarikat yang menawarkan kerja ini dikatakan beroperasi di Johor Bahru. Apa yang sangat saya geramkan ialah ia dilakukan dengan cara yang sangat meyakinkan.
Jika kebanyakan program gayapos hanya menggunakan alamat PO Box, tetapi program ini memang kelihatan TULEN kerana turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi. Saya sendiri bercakap dengan En.X (tak ingat nama) yang meyakinkan saya bahawa program ni BUKAN TIPU sebab surat yang diberi mengandungi header syarikat.
Dia kata dia akan hantar kerumah sejumlah botol kosong dan syampu untuk diisi dan selepas 3 hari dia akan datang mengambil produk yang telah siap untuk semakan QC. Jika mereka berpuashati, bayaran akan diposkan kepada saya melalui pos termasuk bayaran deposit saya.
Oleh kerana dah yakin yang saya TAK AKAN DITIPU, maka saya terus buat bayaran pada esoknya guna wang pos atas nama syarikatnya. Namun, selepas tarikh yang dijanjikan, tak datang-datang pun. Saya dail balik nombor yang diberikan tapi tiada jawapan dan kadang-kadang ditutup. Selepas hampir 2 minggu, saya mengalah dan sedar bahawa TIPAH TERTIPU!.
Selepas pengalaman tu, saya terjumpa lagi iklan seperti MEMASUKKAN MANCIS KEDALAM KOTAK dan surat yang diterima mempunyai bentuk yang hampir sama dengan program mengisi syampu yang telah saya sertai sebelum ini. Dan selepas itu, saya mula berfikir secara logiknya takkan syarikat mancis gunakan pekerja sambilan untuk buat kerja nie, bukan ke sekarang nie ada banyak mesin automatik.
Apa yang pasti, orang macam ni memang sentiasa ada idea untuk menipu dan dia lakukannya dengan sungguh professional sekali! Takpe la, kat dunia dia lepas, tapi kat akhirat sendiri jawab la kan!
Maaf sebab emosional sikit. Tapi memang geram bila ada orang yang sebangsa dan seagama dengan kita buat macam tu. Mungkin saya tak terasa sangat , tapi bayangkan jika ada yang memang betul-betul susah dan memang memerlukan kerja, RM70 adalah jumlah yang sangat banyak.
Bayangkanla kalau duit tu la sebenarnya dia nak gunakan untuk beli susu anak atau ubat, tapi sebab dijanjikan peluang untuk tambah pendapatan dia sanggup gunakan dulu untuk bagi pada si PENIPU ni.. Hanya Allah yang akan Membalasnya.
Sekali pikir, saya yang belajar sampai ke menara gading ni pun boleh tertipu, inikan pulak orang lain.. entahla, segan jugak nak mengaku tapi itulah hakikat hidup.
# 2 – Program Mengisi Sampul Surat.
Kebanyakannya memerlukan anda buat bayaran pendahuluan untuk membuka fail, dan untuk kos cetakan bahan. Anda dijanjikan pendapatan lumayan untuk setiap sampul surat yang diposkan. Saya kurang pasti sama ada ia tipu atau tidak tapi dari pemerhatian saya ia memang kelihatan seperti satu penipuan sebab
1) ayat yang digunakan langsung tak professional. Seolah-olah diterjemahkan sepenuhnya dari bahasa inggeris oleh orang yang tak berapa faham bahasa Melayu. Macam pelat cina pun ada.
2) Isi kandungan yang tak menceritakan secara detail apakah surat yang akan diposkan dan bagaimana dapat income. Hanya kata bila sertai, anda akan dapat sampul surat, anda hanya masukkan risalah untuk diedarkan. Kat sapa nak edarkan? Itu kena cari sendiri la.
3) Ada jugak yang kata alamat dan setem turut disertakan. Anda hanya perlu lipat risalah dan masukkan kedalam sampul surat lepas tu dapat duit. Logik ke ada kerja yang begitu senang dan lumayan?
Sejak melayang RM70, saya mula curiga dengan program gayapos yang banyak diiklankan sebab kebanyakannya menjanjikan KERJA SENANG, INCOME LUMAYAN. Tak pulak cerita tentang produk. Lagi satu, sebab kebanyakannya berlindung disebalik alamat PO Box, langsung takde kaedah lain untuk bertanya seperti telefon atau emel. Kalau kena tipu.. lesap macam tu je duit.
Kalau ada yang BERJAYA @ DITIPU tentang program macam nie, boleh la bagi komen sebab saya tak pernah join pun sebab dah serik.
# 3 Program Ikhsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
Program macam ni memang banyak saya dapat samaada melalui pos atau emel. Ada macam-macam nama seperti sumbanganikhlas, ikhsan dan sebagainya. Saya tak pernah cuba sebab terasa macam PEMINTA SEDEKAH la pulak. Jangan marah kalau ada yang sertai dan berjaya mengumpul ribuan ringgit.
Kenapa saya kata macam tu? Sebab setiap orang yang menyertai program ini perlu memberi sedekah dan menerima sedekah. Tak salah untuk kita bersedekah sesama insan, tetapi adakah kita benar2 sedekah kepada orang yang betul2 memerlukan?
Memang la kalau sedekah kat orang yang datang rumah atau orang yang ada kat pasar malam tu kita sendiri pun tak pasti sama ada dia benar2 susah atau tidak tapi sekurang2nya kita dah tengok keadaan dia yang nampak memang susah (walaupun dia berlakon).
Bukan saya tak nak join benda macam ni, ada jugak niat nak join dulu, tapi bila dipikir2 semula, rasanya lebih afdal jika saya sedekah kepada orang yang saya nampak dan yakin dia memang susah dan sangat memerlukan wang untuk meneruskan hidup berbanding mereka yang menyertai program seperti ini dengan harapan untuk menjadi KAYA?
Cara mudah untuk bersedekah, hanya taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantarkan ke 33533 untuk Tabung Bersamamu TV3.
Kalau nak jadi KAYA atau tambah pendapatan, sebaiknya saya BEKERJA dengan tenaga, masa dan ilmu yang ada. Bukan sengaja cari kerja yang susah, tapi kepuasan apabila memperolehi WANG apabila kita bekerja adalah lebih terasa berbanding menerima sumbangan wang dari orang lain!
# 4 – Program Menjual Maklumat
Konsepnya hampir sama dengan menjadi agen atau affiliate dimana kita akan dapat komisen dari jualan yang dilakukan. Satu lagi cara ialah kita akan menerima produk yang boleh kita jual semula dan ambik 100% keuntungan dimana ia hampir sama dengan Master Resell Right bagi ebook di internet.;
Apa yang saya kesalkan ialah, kebanyakan maklumat yang diterima langsung tak berbaloi untuk dimiliki. Saya pernah membayar RM35 untuk maklumat yang saya kira entah apa-apa. Namun tidak semua begitu kerana saya pernah membeli buku berharga RM20 tetapi memang kagum dengan kualiti info yang diberikan dan bentuk fizikal buku yang professional. Walaupun nilai maklumat adalah subjektif, sebaiknya biarlah ia dirasakan berbaloi dengan apa yang akan diperolehi.
Kebanyakan maklumat yang dijual adalah berkaitan cara nak buat duit, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Apa yang lebih mengejutkan saya ialah, saya pernah menerima surat jualan yang menjual produk berbentuk mistik (seperti syiling lama, susuk, minyak senyonyong dsb), ada juga yang menjual teknik untuk menang besar bila beli nombor ekor! Nauzubillah.. nampaknya dah terlalu ramai yang semakin gilakan duit.
Tetapi sekarang ni saya lebih tumpukan kepada mendapatkan koleksi ebook yang kebanyakannya saya perolehi secara PERCUMA (tetapi berkualiti) di internet. Anda juga boleh menulis ebook atau buku anda sendiri jika mahu dan jual pada harga yang anda sendiri tetapkan! Tapi ingat, pastikan ia benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca.
#5 Program berbentuk MLM
Mengembangkan perniagaan jualan langsung (MLM) melaui pos adalah salah satu cara yang bijak. Dan saya selalu jugak terima surat tawaran tentang program seumpama ini. Biasanya saya akan teliti dulu marketing plan. Oleh kerana saya lebih suka sertai perniagaan MLM melalui internet, jadi saya agak kurang berminat dengan yang berbentuk gayapos ni.
Walau apa pun, saya suka tengok pelan pemasaran syarikat yang diterima untuk dibuat perbandingan dengan syarikat yang saya sertai. Buat masa ini, saya masih yakin bahawa syarikat jualan langsung yang saya pilih adalah lebih sesuai untuk saya.
Selain MLM biasa yang berasaskan produk kesihatan dan barang keperluan harian, banyak juga tawaran yang diterima mengenai MLM prepaid. Ia juga saya sekadar jadikan sebagai rujukan sahaja kerana saya lebih suka jika ia turut menawarkan sokongan secara online juga.
Tetapi, alhamdulillah sebab saya rasanya tak pernah lagi terima tawaran mengenai MLM yang diraguikerana kebanyakan syarikat yang ditawarkan kepada saya telah agak lama beroperasi. Mungkin kerana promosi melalui pos ni memerlukan kos yang agak tinggi berbanding internet.
Okla. Rasanya dah banyak jugak yang saya tulis. Walau apa pun program yang anda jumpa, jika anda telah ada serba sedikit ilmu pengetahuan mengenainya, anda pastinya akan dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa. Saya tidak mengatakan semua program gayapos menipu atau tak betul dan saya ucapkan TAHNIAH jika anda telah berjaya melakukannya. Apa yang penting ialah jangan malas untuk membuat penyelidikan dan jangan mudah terpedaya dengan janji KERJA MUDAH, UNTUNG LUMAYAN.
Salam sukses!
Related posts:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






yang ni real tak erk? http://survey2u.biz/homev1
mcm mna dgn yg ni——> http://jobdirumah.com/
http://jobdirumah.com/ mcm mna dgn yg ni?
alaa…sy lg laaa..smpai sribu lebih lesap,kene tipu je,pogrem tu la,yg isi smpul surat,lipat risalah,hntar kt almat yg die bg…kne tipu je ngn cine babi tu,,,ape nme syrikatnye nye dh xingt..tp,kt kl laaa..
owh mknenye owner jurutypist , jurutaip ,adytypist ni TIHAZARIAH tu pnye keje r ea…babi btol…nyris2 aq dh nk kne tipu…spe2 yg dh kne tu g jew wt report polis…biar pdn mke pompuan tu…sng2 nk duit org ats titik pluh org???…WHAT THE FISH???….report jew jgn segan2…wlaupun rm30…ush msti skrg ni die dah kye g-lew dah..
salam..kak sy nk sgt keje mengisi risalah atu mengurus surat dirumah..tp sy x thu kt ne nk cri kerja ni..sy hrp akk n kwn2 leh tlg…
terima kasih kerana akak sudi berkongsi pengalaman dgn sya yg bru dlm dunia cyber ni,mmng kdg2 sya mash rgu dgn apa yg ptut sya buat mksd sya plhan untuk berkerjaya dlm bidg pkerjaan internt.
buat msa skrng ni sya mmg amat2 memerlukn kewngan tpi sya tak tau mana satu sya hrus plih dan sya tak tau dr mana hrus sya mulakn.
xde r bernasib bek sgt ..
..sy bru trbace sme nie adalah penipuan ..sy terkena syrikat A to Z enterprise ..walaupown rm30 tp mse tue mmg berharap kje tue btol..pas berminggu tgu brng ap pown xsmpai ..kol da xangkt ..geram di buat nye ..
kite rmai2 wt police report jgn bia kn dowg bermaharaja lela ngn duit haram ..yg terkena sme bangse kite ..dye berjaye menyakin kn kite ngn ayt2 manis je ..berjage2 dgr A to Z ent.mengunakan PO BOX pejabat pos besar kuala lumpur ..semua penipu!
jika ad peluang kerja di rumah yg tiada unsur penipuan sila e-mail sy yatie_gbraces@yahoo.com..trme ksh ..
A To Z Enterprise (program isi sampul surat) beserta dengan salinan sijil SSM pun penipu. Minta orang bayar RM 30. Tapi syarat dia ada beritahu yang kita hanya boleh mengambil tindakan undand-undang jika tiada kerja diberikan atau tiada upah diberi selama 365 hari.
Jadi, dia hanya ada kerja yang limited. Dia mungkin hanya beri satu projek untuk tempoh satu tahun. Dan tahun berikut, baru bayar upah.
Tolong jangan percayakan A To Z Enterprise. Mereka penipu. Lebih teruk dari skim cepat kaya. Lebih teruk dari anjing.
A To Z Enterprise Scam / A To Z Enterprise Tipu.
Saya pun baru jew kene tipu dengan iklan metro utk lipat surat and dapat habuan.Dah lah hilang duit rm40,kata yew utk pendaftaran.Hahaha tunggu2 x dtg n check kt internet alamat yew guna PO. BOX x wujud.Check2 kt internet tgk forum tahu2 hahaha saya ditipu.Memang sedih dan hampa.Saya mmg x halalkn uit tue,lps ny saya xkkn percaya any job kt umah ny.Lbh baik keje jew kt luar.
sya br nk mencuba program dh byar rm45.00
sya br mencuba program ni dh bayar rm45.00….tapi bla dh baca komen 2 rasa takut…..tp cara dia anta surat pn cm tipu jer.
apa akak-akak kata buat blog dan mulakan affiliates ..

macam akak asmawati ni lah ~
masso dasuki recently posted..The Secret
kalau nak cuba program ni boleh email saya. InsyaAllah x tipu sebab saya dah dapat. kalau berminat email saya… rabiah4631@gmail.com
saya pn dh dpat bnyak surat twran dri diog nie ha smpai rse nk tmakan ngn kata2 die..alhamdulillah msih tselamat lagi…..mmg truk btol mnsia nie,xad hati prut langsung…eaaaaa
Betul ke nie atau hanya nak minta duit utk pendaftaran pastu takda sebab dah terkena dgn srg mamat nie ckp ini itu tp bila dia email benda yg dia ckap tu dan bank in RM10 (wpun RM10 tetap duit beli reload lebih bagus) dan a/bila sy tanya camna nak buat n start, smpai skrg hampeh!!
aku pon sama kena tipu 70 hingit.pnat beli stem pos risalah
boleh tak bagi nombor phone rabiah kat saye
syarikat mlm mane yg cik buat? produk?
buat masa sekarang saya hanya buat biz prepaid sahaja. boleh rujuk http://myprepaidsms.com
saya memang nak sangat kerja sambilan di rumah,tapi adakah ini betul?
takla semuanya tipu..saya pun wat gak gaya pos segalanya diterangkan kita kene rajin usaha teknik dan skill telah diberikan sempoi menjadi je
hahaaa3…saya baca artikel awak post ni teringat saya pada pengalaman tahon 2008.pada ketika itu saya kerja kilang disyeksen 15 shah alam.sebut saja duit yaaa semua orang gila kerja siang malam kerana duit.sanggup melakukan apa saja demi duit,merompak,mencuri,menipu,mengampu dengan boss,tindas menindas sesama manusia,bunuh membunuh tak kira adik,abang,kakak,ayah,ibu,saudara,sahabat semuanya kerana duit.do it duit..i dont care who you are.itulah duit semua orang sasau…tapi ini bukan masalah bagi saya.syukur saya tak pernah melakukan semua ini.oh ye…saya lupa memperkenal diri nama saya bah sinal saya bangsa orang asli keturunan semai semenanjung.berbalik pengalaman saya tadi,pendapatan saya dalam sebulan RM520 per month tak perlu saya nak nyatakan kilang apa saya berhikmat. oleh kerana kesempitan wang!!saya membelek2 surat khabar dan saya ternampak beberapa keratan jawatan perkerjaan dirumah tanpa tekanan pihak atasan..wow..siap dengan upah bayaran rm100 1hari ada pulak 5k seminggu syukur ada jugak orang menawar gaji yang sangat besar..pasti ibu dan ayah dikampong merasa gembira anak mereka berpendapatan besar walau pon bodoh dalam pelajaran..perkataan itu yang terlintas dalam otak bodoh ini.ai..tak sabar rasanya,tanpa berfikir panjang saya menaip nama dan alamat yang perlu diisikan lalu mghantar sms kepada individu tersebut,3hari kemudian saya menerima kirimam surat poslaju wah tuhan saja yang tahu betapa excited nya saya ketika itu.dia meminta saya perlu bayar register money sebagai ahli baru sebanyak rm80 dan dia akan bagi barang dan bila sudah selesai saya buat,saya terus hantar barang tersebut kepada individu tadi dan dia akan bayar bayaran yang dijanjikan.keputusan nya hampa,bila saya call hp dia offline.tapi saya ni jenis orang tak mahu mgaku kalah mahu berjuang demi masa depan dan untuk ayah dan ibu tercinta.saya cuba lagi hak yang lain semua sama dan seterusnya..kira2 sudah 6 kali saya cuba semuanya 2 kali 5 termasok saya..sudah tahu orang tipu nak buat lagi.last sekali saya berpaling selera ia itu saya mencuba nombor ekor pulak tapi individu ini orang siam yang mempunyai kuasa ajaib boleh meramal nombor apa,minggu depan akan naik kot2 orang ini merubah nasib saya yang memerlukan wang individu ini mghungi saya dan dia akan beri 4 angka nombor dan dia berkata awak bakal memenangi nombor jumlah sekitar RM775,000 wow dalam hati berkata akhirnya impian saya tercapai..syukur saya berniat wang itu nanti saya menderma kepada orang2 yang memerlukan,seperti anak yatim,rumah orang tua dan orang2 kampong sebangsa dengan saya.angan saya tinggi memuncak macam gunung kinabalu.ya benar dia merubah hidup saya sampaikan saya menanggung hutang dengan along sebanyak rm1800.nombor yang dia bagi 1 mata habok pon tak kena,semenjak itu saya menyumpah golongan ini,saya tak akan halal duit yang mereka perolehi atas penipuan dari dunia dan akhirat amin!!!bayangkan individu dimalaysia ini berjuta2 orang mungkin setengah juta menjadi mangsa penipuan golongan ini….tujuan saya menulis artikel ini sekadar tatapan umum,dan kalau ada individu membaca dan pernah menipu orang dan sensetif padan muka lagi saya suka.kita tak perlu berdebat kat dunia ini kita tunggu disana nanti,nabil kata lu fikir lah sendiri.!!!lu tak faham perasaan orang memerlukan duit.dan kepada asmawati special thank,kerana memberi mesej kepada umum seperti saya yang selalu tercari2 hala tujuan hidup…ibu dan ayah saya sudah lama meninggal dunia beberapa tahon lalu,nampaknya sampai disini saja..k..bye.
wahhh,pas bca komen2 korang npknya bkn sy je yg pna kne tipu dgn keja2 nii..sy jgk pna d tipu konon nya sykt mrk mnawarkan kerja melipat katalog n sume bhn kerja akn d htr ke tpt sy tp seblm tu kna dftar n byr rm60..sy pun mcm kak asmawati gak cara mrk menerangkan cara bekerja mcm boleh di percayai,jd sy pun palg byr la rm60..seminggu kemudian mrk htr kat sy bkn bhn kerja tp buku panduan bekerja dr rumah sahaja…yg lg parah,org tu suruh sy ikt cara nya..bt iklan kat akbar then bla pembaca dah cr mula2 htr borang pendftran kpd pembaca then drg akn bt pendftran brsama duit rm60 tu ahhh,itulah konon komisen yg sy dpt.pastu sy hya perlu fotostat buku panduan yg sykt drg bg kat sy tu n htr kat pembaca yg cr sy tu…bkn ka itu penipu nma nya..dah trg2 dia tipu pastu mgajar lg org mnipu..dasarrr! oh yee,nma syrkat mrk tu PRIMA PRODUCTION HOUSE HT dan mrk ni broperasi kat terengganu. korang yg dah tahu tu sebarkan…
@zainal,
Terima kasih atas perkongsian cerita anda. Walaupun artikel ni ditulis tahun 2006, saya kira program seperti ini masih wujud sebab saya masih iklan sebegini di suratkhabar. Jadi, berhati-hatilah.
@ susan,
memang cara sistem ini bekerja sama seperti yang susan terangkan. “komisen” yang dijanjikan sebenarnya ialah hasil jualan kita sendiri. Ada banyak syarikat seumpama ini dengan nama berbeza, ini kerana mereka mengikut arahan yang diberikan iaitu buat promosi untuk mendapat jualan.
admin recently posted..Cara Nak Buat Duit Dengan Adsense
sama lah saya pun.dah byk wit hbs kena tipu gak.smuanye sistem gaya pos.x tau nak cari keje smbilan cmne lg.fikiran dah kusut.tolong la ajar camne nak cr wit lebih
xthu la nk komen apa lagi slagi dunia blom kiamat slagi itulah orang mnipu xkan hilang.saya paham org mnipu ini krana ksempitan wang,tpi cukup-cukup la tu xkan x kaya2 lg kot dh bpuloh2 taon berhikmat bratos ribu org jdi mangsa.insaf lh bertaubat lh sbelom ajal dtg,esok lusa dh nk mati baru nk insaf.
salam 1 malaysia.. sebenarnya tiada kerja yg mudah utk mjadi kaya..jgn mudah tertipu dgn sebarang helah atau janji manis segera manjadi kaya..bekerjalah dgn kudrat yg di berikan oleh-NYA..berniagalah secara realiti..mulalah secara kecil-kecilan..dapat duit hasil berniaga n simpan sebahagian…INGAT,…TAK ADA KERJA YG MUDAH UTK MENJADI KAYA..HANYA USAHA TULANG EMPAT KERAT YANG MAMPU MEREALITIKAN IMPIAN KITA..DENGAN IZIN DARI-NYA JUA..
huh..alhmdllh seb bek x msk g..
thx pda yg share pnglmn..
hmm..
xkan la polis x wt papa kot, xda org rprt ka???
tgk ari2 da dlm srt kabaq..
angah recently posted..Update Teknik Buat Duit Dengan Clickbank
Boleh tk abg2 or akak2 or adk2 bagi saya kerja2 online yg tk de unsur penipuan. Saya nk kerja p.time.
Email shakedzal@yahoo.com. Tq
ibu saya ada la buat part time barangan di rumah.. tpi di kedah la.. itu pun ada orang yg mencadangkan kat dya,,, ibu saya packing sudu.. saya tgk senang tpi bayaran dya agak murah.. tpi ibu saya buat kerja dirumah ini tanpa keluarkan modal.. n siap ada org yg ajar ibu saya bagaimana nak packing barangan tu.. so x semua yg tipu… yg penting kita ingat kerja selalu x payah kita keluarkan apa2 modal…
nak habaq sket tang keje part time kat rumah yg melibatkan ;melipat risalah. surat berantai.maklumat tu sume memang tipu lebih2x lagi jika ianya bertopengkan p.o.box. patutnya lau keje parttime x perlu kua modal maybe just kene interview jer. tp masaalah nya ramai orang yg mgharapkan keje yg mudah tp hasilnya dtg bergolek2x. xda logiknya cume yg ader sifat tamak dan terdesak. tp yg tipu tu buleh je kiter tangkap. just pegi kat pejabat pos yg tertera alamat p.o.box to. tunggu dlam kul 8.30. . jeng. jeng..jeng. . orang yg ditunggu telah tiba untuk mgambil hasil tipu. . ular pon lari klu jumpe orang camneh. cara paling baik untuk mgelak dari ditipu skim2x ini .. jgn cube pun join mane2x skim. . cara yg paling selamat bukan~
ya, memang ada peluang sebegini. Tapi, susah nak jumpa yang tulen. Kalau tak perlu keluarkan modal, boleh dipertimbangkan sebab semua bahan majikan yang berikan. Tapi, kalau kita perlu keluarkan modal terlebih dahulu, kena kaji betul2.
@tora berr,
terima kasih atas komen anda. Memang susah nak cari kerja senang tapi dibayar upah yang mahal
Salam,tengah cari peluang kerja di rumah ke?apa kata join saya di stiforp.. Apa yang memisahkan STIFORP dari setiap syarikat lain dalam industri?
1. TIADA PERSAINGAN – Dengan alat SETIAP Marketer Rangkaian PERLU untuk kekal berdaya saing dalam industri untuk hanya $ 9,95 sebulan, kita tidak bersaing dengan program pemasaran rangkaian semasa anda. Kami membantu anda MEMBINA IT!
2. PROGRAM PAMPASAN BESAR – Dengan Marketer Rangkaian SETIAP dalam industri tidak lama lagi menjadi ahli STIFORP, pelan pampasan kami membolehkan anda untuk menjana pendapatan sehingga $ 2,047.50 sebulan tanpa pernah mendaftar seorang pun!
Kalau anda nak tahu,di bawah saya ada 800000 ahli berdaftar dan orang Malaysia pun ada yang telah pecah rekod memimpin team2 leader hingga ke ranking no 2 dalam berjuta2 orang dalam STIFORP ni..
Jadi apa tunggu lagi,daftar nama anda sekarang adalah percuma..
Kalau anda ingin tahu lebih lanjut,Cuma klik je link ini.. http://mohdtaufik.STIFORPMY.com
saya ada minta kerja part time dalam surat khabar.kerja dia lipat katalog letak dalam sampul and then post pada alamat yang dia dah bagi .bayaran permulaan nya 60.00. agak2 betul ke ek ?
Saya berharap sangat yg program ni dpt membntu sy menbah wang lebih,Sy ada byk masalah dlm khdupan smpaikan ke thap nk pnjam ceti haram.Penah dlu sy ambil program yg d iklankan dlm surt khbar tp perlu mengeluarkan modal rm40 mengikut program yg d kehendaki,akhirnya khbar brita pn xde jnji hnya palsu belaka.moga anda dgn program ini xde penipuan & dpt membntu sy yg dlm kesushan untuk mencri oihak yg jujur benar2 ikhlas untuk membntu.T/ksh.
hihihi.. sy dah bayar rm60 kat syrkt PRIMA PRODUCTION HOUSE HT, PRISMA JI ENTERPRISE DAN TRIPLE SUN ENTERPRISE.. Semua PENIPU!!!!!! S mmg susah dgn ank2 kecil lg, harap dptlah bantu suami dgn wat keje dr rumah.. Suami dah kata dah bnda2 ni tipu.. sy degil nk wat gak, hah dah kene.. Biarlah, Allah balas segala perbuatan terkutuk mereka2 ni.. kalu ada kerja dr rumah yg betul2 tolonglah bgtau sy please…
sikit pon aku xhalalkan duit yg prima production amik…..sialllll
Memang semua komen di atas ada tempias pd saya,memang kebanyakannya menipu,yg kita pulak asyik keluar duit je ,masuk pun tidak ,last habis,betul tak!!Oleh itu hati2lah ,cari yg betul2 dpt ganjaran ,terutama surirumah mcm sy ni.Kekadang LETIH DI BUATNYA …MASYAALAH.kiTA NI MEMANG TAK SUKA DUDUK DIAM ,ADA SAJA NAK DI CUBA,…..last2 tinggal kenangan..haha..!
salam.., tolonglah akak, kalau ada peluang kerja sambilan dirumah samada gayapos atau online, please info kat akak. akak benar-benar memerlukan.