Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.

Kita adalah manusia biasa di mana kita bukanlah nabi atau rasul yang maksum. Oleh itu, kita selalu melakukan kesilapan dari semasa ke semasa. Walaupun kita sering melakukan kesilapan, kita di beri ruang untuk bertaubat pada Allah taala dengan segera selepas kita sedar apa yang kita lakukan itu adalah salah.

Adakah selepas kita bertaubat, kita mahu biarkan diri kita terus melakukan kesilapan demi kesilapan ? Tentulah tidak kerana menjadi kewajiban kita untuk perbaiki diri kita dari semasa ke semasa ke arah lebih baik. Kaedah apakah yang paling sesuai untuk kita perbaiki diri kita? Bagi saya kaedah yang paling baik untuk perbaiki diri kita adalah dengan memahami ayat Al-Quran dan beramal dengannya.

Al Quran adalah panduan hidup di mana semua perkara yang kita ingin tahu ada di sana. Jadi, jika anda ingin perbaiki diri anda, anda boleh baca Al –Quran, fahami apa yang anda baca dan beramal dengan apa yang anda baca.

Dunia sekarang ini sangat aneh di mana orang yang sabar , tidak mahu berdendam, tidak mahu bermusuh dan sebagainya akan di anggap manusia lemah dan akan di benci dan di hina orang ramai. Padahal terang – terangan dalam Al –Quran menyuruh kita sebagai orang beriman untuk sabar kerana Allah taala sentiasa bersama – sama dengan orang yang sabar.

Al – Quran mengandungi ayat – ayat yang benar. Oleh itu, apabila anda belajar memahami ayat Al –Quran anda akan menghampiri sikap yang benar iaitu as – Siddiq. Berpeganglah dengan tali Allah taala kerana hany dengan itu anda akan selamat di dunia dan selamat di akhirat.

No related posts.