Perkara – perkara yang di larang berkaitan dengan Al –Quran.

TIdak boleh gunakan ayat – ayat Al – Quran untuk kepentingan dunia anda. Al – Quran adalah kitab Allah, tidakkah kita malu menggunakan kitab Allah untuk kepentingan diri sendiri ? Jika ingin belajar Al –Quran biarlah ikhlas.
Membawa masuk Al –Quran ke dalam tandas dengan sengaja.
Membaca Al –Quran dengan niat hendak menunjuk – nunjuk pada orang lain.
Menggunakan ayat Al –Quran untuk membuli orang lain.
Menghina dan memperlekehkan ayat Al –Quran. Anda tidak boleh ada niat menghina ayat Al –Quran walaupun sedikit.
Tidak boleh menentang ayat Al –Quran dengan menidakkannya. Al – Quran adalah antara kitab yang kita perlu imani. Jadi, di manakah iman kita jika kita tidak percaya pada ayat – ayat AL –Quran. Anda perlu terima ayat – ayat Al – Quran bulat – bulat tanpa ada niat untuk menidakkannya.
Memijak Al –Quran dengan sengaja.
Membenci ayat Al – Quran.
Mempunyai rasa dengki pada orang yang ada kefahaman lebih mengenai ayat – ayat AL –Quran. Mereka yang mempunyai kefahaman mengenai Al – Quran adalah kerana mereka melakukan ibadah siang dan malam. Jadi, tidak wajarlah anda dengki pada mereka atas usaha yang mereka lakukan. Lagipun, anda juga boleh beribadah jika anda mahu.
Tidak boleh melarang orang lain dari membaca Al – Quran.
Jangan ubah maksud atau makna yang terkandung dalam ayat Al –Quran. Ayat Al-Quran adalah wahyu, jadi ia tidak mungkin silap.
Tidak boleh menyesatkan orang lain dengan menggunakan ayat Al – Quran.
Memperkecilkan ayat Al –Quran dan menggap dalil yang datang dari Al –Quran adalah tidak penting.

Related posts:

  1. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.
  2. Kelebihan membaca AL-quran yang anda perlu tahu.
  3. Cara syaitan dan iblis menghasut kita berkenaan dengan Al –Quran.
  4. Berdoa dengan bacaan Al-Quran.
  5. Adab membaca Al – Quran dengan baik