Prinsip dan Etika Perniagaan

Bukannya mustahil untuk buat duit melalui minat anda, tetapi oleh kerana ia ada kaitan dengan mana-mana peluang buat duit lain, anda mesti ingat yang terdapat beberapa prinsip dan etika yang anda perlu ikut. Kita akan lihat sedikit di sini.

Dengan apa sahaja yang anda berurusan, amat penting untuk anda menghormatinya. Jika minat anda ialah mengumpul wang, pastikan anda hasilkan rasa hormat yang betul untuk aktiviti-aktiviti anda. Anda tidak boleh mula dengan terang-terangan mengkritik dan mencaci subjek ini. Anda boleh kritik, tetapi kemudian anda mesti berikan alasan atas apa yang anda cakap. Ingatlah yang anda cuba buat duit di sini. Oleh kerana pendengar sasaran anda akan menjadi orang lain yang juga minat dengan subjek ini, anda tidak akan peroleh apa-apa jika anda campak lumpur padanya tanpa sebab.

Jadilah orang yang berpengetahuan. Orang yang akan datang kepada anda sudah tahu asasnya. Apa yang mereka mahu belajar ialah sudut pandangan seorang lagi pakar dalam subjek ini. Pastikan yang anda tahu semua terma dengan baik dan semua fakta anda betul.

Ikuti peredaran masa. Perkara akan berubah dengan cepat, walau apa saja skop minat anda. Sentiasa bergerak-gerak mempelajari benda baru. Mungkin idea yang bagus menggunakan Google Alert yang mana boleh beritahu anda apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.

Cepat bertindakbalas. Apabila orang mencapai anda, mereka harap untuk bergaul dengan orang lain yang ada minat yang sama dengan anda. Mereka mencapai anda dengan sedikit harapan dalam minda mereka. Jangan nafikan ini. Jika anda nafikan, anda sebenarnya menghalang orang lain.

Ini membawakan kita ke prinsip kelima. Sentiasa luaskan lingkungan pergaulan dengan orang lain. Jika anda cuba buat duit daripada subjek yang anda minati, bergaullah dengan orang lain yang sama fikiran dengan anda. Lebih ramai orang yang anda bergaul, lebih banyak perkara yang anda boleh bincangkan.

Related posts:

  1. Mengenal Pasti 2 Pasaran Penting Perniagaan
  2. Memanipulasi Laman Sosial
  3. Buat Duit Dengan Ebook
  4. Mengapa saya menyertai Perniagaan MLM Revell bersama Team700

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge