Rahsia Jimat Masa

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang boleh anda gunakan:

1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap.

Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.

2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya.

Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.

3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap.

Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Sumber: Irfan Khairi

Related posts:

  1. Wang Bukan Segalanya
  2. Tips Urus Masa Sebagai Individu & ahli kumpulan
  3. Tips urus masa untuk buat duit dengan affiliate
  4. Pakej Rahsia10k : Budak 17 tahun bongkar rahsia peroleh RM10,000 dalam masa sebulan
  5. MaxFuelPower- Produk Jimat Minyak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge