Rahsia Laman Web Dikunjungi Ramai Pelawat

Cuba anda fikirkan, mengapa ramai orang melayari internet? Adakah hanya untuk berchatting melalui Facebook, Twitter dan sebagainya? Mungkin ya, tetapi lebih dari 70% pengguna internet menggunakan internet untuk mencari maklumat ataupun informasi samada untuk keperluan sendiri atau keperluan syarikat dimana mereka bekerja. Sebab itu juga internet dianggap Information Technology (IT), kerana fungsinya yang banyak memberi maklumat tentang apa sahaja.

Oleh itu, laman web anda juga harus mempunyai informasi yang banyak dan memenuhi kehendak para pelayar internet. Walaupun anda berniat menggunakan laman web sebagai surat jualan untuk perniagaan anda, jangan lupa bahawa pengguna memerlukan informasi sebelum membeli dari anda.

Laman web yang tiada informasi, hanya penuh dengan ayat promosi produk sahaja tidak akan dilayan oleh pengguna internet kerana beranggapan tiada ilmu atau pengetahuan yang boleh mereka dapat di laman web anda. Anda juga akan dilihat sebagai seorang yang ingin mengaut keuntungan semata – mata dan tidak profesional.

Untuk menjadikan laman web anda digemari ramai dan sering dilawati, sediakan informasi yang banyak di laman web anda. Contohnya anda menjual buku ‘Tips Membaiki Kereta’, anda boleh letakkan informasi mengenai punca – punca kerosakan kereta, tips bagaimana menjaga enjin kereta ataupun cara – cara memandu yang akan mengurangkan kerosakan pada kereta.

Bagi mereka yang meminati dunia permotoran, informasi seperti inilah yang akan dicari oleh mereka dan laman web anda pasti akan menjadi tumpuan. Apabila menjadi tumpuan, peluang untuk anda menjual buku anda adalah besar kerana mereka beranggapan anda pakar dalam bidang tersebut.

Dengan meletakkan banyak informasi di laman web, anda akan kelihatan profesional dan pakar dalam apa yang anda bincangkan di laman web anda. Ini akan membuatkan rasa percaya dan yakin di kalangan pelawat untuk membeli daripada anda.

Laman web anda juga akan sentiasa diingati. Contohnya: seorang kawan bertanya,“Mana kau dapat informasi ni?” lalu kawan yang seorang lagi menjawab, ”Ala..kat motor.com la”. Laman web anda akan disebut selalu dan perniagaan anda akan kelihatan besar walaupun dilakukan anda seorang sahaja.

Anda boleh merancang secara harian atau mingguan untuk menambah informasi di laman web anda, kerana para pelawat gemar dengan informasi yang sentiasa dikemaskini dan terbaru. Jika anda merancang secara mingguan, iaitu mengemaskini atau menambah informasi setiap minggu, dalam sebulan anda telah menyediakan 4 informasi terbaru. Dalam setahun, anda memiliki 48 informasi di laman web anda. Laman web anda pasti penuh dengan informasi yang terkini, sudah tentu menjadi tumpuan ramai.

Related posts:

  1. Belajar membuat laman web secara percuma
  2. Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet
  3. Download Percuma – Rahsia Usahawan Internet Malaysia Dibongkar!
  4. Tutorial Pengurusan Laman Web melalui CPanel dalam bentuk video
  5. Teknik Mempromosikan Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge