Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah

Walaupun ramai yang tahu bahawa sangat mudah untuk buat duit dengan affiliate. Tak semua orang berjaya. Dan kalau kita nak berjaya, kita perlu ikut cara super afffiliate. Seorang super affiliate ialah mereka yang berjaya menjana 4-5 angka komisen dalam masa singkat apabila mereka mempromosikan sebarang produk affiliate.

Apa yang anda perlu lakukan untuk menjadi seorang super affiliate? Adakah perlu bermula dengan modal yang tinggi? Adakah perlu mengikut personal coaching yang berharga ribuan ringgi? Sebenarnya ia adalah subjektif.

buat duit dengan affiliate4 |  Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah

Terdapat banyak cara untuk menjadikan diri anda seorang super affiliate. Lain orang lain caranya. Namun, tidak salah untuk kita ikut formula mereka yang sudah berjaya. Program affiliate JomNiaga ada menawarkan bonus ekstra bagi super affiliate yang mempromosikan produk mereka.

Di bawah adalah lima langkah yang boleh anda ikut untuk menghasilkan jualan yang banyak. Namun, sebelum anda mencuba trik ini, anda perlu ada blog dan senarai emel anda yang tersendiri. Jika anda bijak, anda boleh tweak teknik ini dengan menggunakan konsep yang sama tetapi pada platform yang berlainan seperti FB Fan page dan sebagainya.

#1 Pilih produk affiliate untuk di promosikan.

Pilih produk berdasarkan niche website dan juga senarai emel anda. Untuk menjana wang melalui affiliate, apa yang anda perlu perhatikan adalah kualiti dan harga produk tersebut. Pilih produk yang berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan. Dengan adanya dua kombinasi ini, produk anda ,akan lebih mudah untuk terjual.

#2 Cipta bonus bagi produk affiliate anda

Untuk pengetahuan anda, kadangkala pembeli membeli produk dari link anda adalah di sebabkan bonus-bonus yang anda beri pada pembeli jika mereka membeli dari anda. Oleh, bonus yang anda hendak beri hendak menang dari segi kuantiti dan kualiti. Jangan beri bonus berbentuk syok sendiri. Pemberian bonus adalah untuk pelanggan yang membeli dari link anda jadi anda perlu pandang dari sudut pandangan mereka.

Jika boleh kumpulkan sekurang-kurangnya lima jenis bonus untuk memikat pembeli untuk membeli dari link affiliate anda. Pastikan juga bonus yang anda hendak beri itu sentanding kualitinya dengan produk yang anda hendak jual itu.

#3 Tulis post berkenaan dengan bonus anda di blog.

Sekarang tulis pra jualan bagi produk affiliate anda beserta dengan tawaran-tawaran bonus dari anda di blog anda sendiri. Review melalui blog adalah satu landing page yang agak bagus. Pra jualan anda boleh di tulis mengikut susunan di bawah

• Pengenalan pada produk affiliate.
• Kelebihan produk tersebut.
• Tawaran bonus dari anda.
• Faedah bonus anda
• Sense of urgency.

#4 Hantar update blog anda pada senarai emel anda.

Sekarang anda gunakan pula senarai emel yang anda ada. Hantar link bagi blog update anda ke senarai emel anda. Adalah penting untuk anda menggunakan autoresponder untuk tujuan ini.

#5 Follow up dengan senarai emel anda.

Sentiasa follow up sebanyak dua tiga kali sekurang-kurangnya berkenaan dengan bonus-bonus yang anda beri.

Related posts:

  1. 10 perkara asas untuk buat duit dengan affiliate dan buat untung
  2. 10 langkah mudah untuk mula buat duit dengan affiliate.
  3. Asas Buat Duit Tanpa Modal Dengan Affiliate
  4. Buat Duit Dengan Affiliate : Bukan Niche Buat Duit
  5. 5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge