Rahsia Web Menguntungkan dengan Autoresponder

Salah satu rahsia laman web yang efektif atau banyak menghasilkan jualan ialah laman web yang lengkap dengan sistem Autoresponder. Penggunaan autoresponder banyak diaplikasikan oleh usahawan – usahawan internet untuk mempromosi, menyampaikan maklumat ataupun membuat pengumuman kepada para pelanggan mereka.

Autoresponder merupakan satu sistem yang akan menghantar email secara automatik kepada prospek atau pelanggan anda mengikut jangka masa yang anda tetapkan. Selalunya ia dipasang pada ‘Landing Page’, namun ia tetap memberi impak yang maksima juga jika dipasang pada web jualan anda.

Mungkin kali pertama pelawat melawat laman web anda, mereka tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak pada masa itu. Oleh itu, sediakan borang Opt In beserta sistem autoresponder. Dapatkan email mereka dengan menawarkan sesuatu yang percuma untuk mereka. Contohnya sebegini:

contoh autoresponder |  Rahsia Web Menguntungkan dengan Autoresponder

 

Setelah mendapatkan email mereka, mulakan kempen email anda menggunakan autoresponder. Anda boleh setkan email – email follow up anda mengikut jangka masa yang anda tetapkan seperti 1 hari, 3 hari, 4 hari atau 6 hari selepas prospek mengisi email mereka. Ini adalah kerana biasanya prospek anda membeli selepas email follow up yang ke lima atau ke enam.

Anda juga boleh menggunakan autoresponder untuk mengendalikan kursus melalui email. Dengan mengendalikan kursus, anda akan dilihat sebagai pakar dalam apa yang anda promosikan. Contohnya, anda boleh mengendalikan kursus ‘Bagaimana Buat Duit Guna Handphone’. Apapun, gunakan kreativiti anda untuk mengoptimakan autoresponder.

 

Related posts:

  1. Rahsia Laman Web Dikunjungi Ramai Pelawat
  2. Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda
  3. Apa itu Autoresponder ?
  4. Pemasaran Emel Dengan Autoresponder
  5. Penggunaan autoresponder didalam perniagaan internet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge