Rasulullah S.A.W dan Al-Quran.

Seperti mana yang kita tahu, Al – Quran adalah mukjizat yang Allah taala beri kepada Rasulullah S.A.W. Ini kerana Al – Quran di kenali sebagai kalam Allah di mana apa yang ada di dalam Al – Quran adalah mesej yang Allah taala sampaikan menerusi Rasulullah S.A.W.

Oleh kerana ia adalah mesej yang Allah taala sampaikan menerusi Rasulullah S.A.W, Rasulullah S.A.W adalah orang yang kita perlu percaya dan yakin. Kita tidak boleh ada perasaan berbelah bahagi untuk percaya pada Rasulullah S.A.W.

Kita tidak boleh menidakkan Rasulullah S.A.W dan mengaku di dalam hati kononnya kita lebih memahami isi Al-Quran berbanding Rasulullah S.A.W sendiri. Apabila kita mengaku kita lebih pandai dari RAsulullah S.A.W kita akan jadi riak dan sifat riak akan membentuk lubang untuk iblis menguasai pemikiran kita.

Rasulullah S.A.W adalah orang pertama yang memahami keseluruhan isi Al-Quran. Oleh kerana baginda S.A.W paling faham mengenai isi Al-Quran, kita wajar mengikut sunnah baginda S.A.W. Baginda S.A.W menjadi kekasih Allah taala paling utama kerana dia penghulu segala rasul dan nabi. Di samping itu, baginda S.A.W adalah insan pertama yang mengikut segala suruhan Allah Taala di dalam Al – Quran.

Allah taala menurunkan Nabi Muhammad S.A.W di bumi untuk berdakwah mengenai Allah taala. Secara tidak langsung, kita dapat faham isi Al-Quran adalah senjata yang Allah taala turunkan pada Nabi Muhammad S.A.W untuk menyebarkan agama islam di muka bumi ini.

Jadi, jangan sesekali kita mengeji Rasulullah S.A.W dan menganggap Al-Quran itu milik kita sahaja kerana ikatan antara Rasulullah S.A.W dan Al-quran tidak dapat kita nafikan. Ikatan Baginda S.A.W dan Al-Quran adalah sangat kuat. Oleh itu, sentiasalah berpegang pada tali Allah taala supaya kita tidak tersesat di dunia ini. Wallahualam.

Related posts:

  1. Menyampaikan isi Al-Quran melalui amalan adalah tanggungjawab kita.
  2. Kelebihan membaca AL-quran yang anda perlu tahu.
  3. Belajar Al Quran melalui amalan.
  4. Al Quran adalah panduan hidup untuk kita ikut.
  5. Al Quran adalah lengkap dan tidak ada duanya.