Review Majalah IM ke-11 – Buat Duit Dengan Servis

Hari ni saya nak review tentang Majalah IM edisi ke-11. Ia adalah satu-satunya majalah online yang menjadi kegemaran saya sebab ia berkisar tentang topik perniagaan internet. Walaupun ia PERCUMA, tapi setiap kali ia dikeluarkan, isi kandungannya memang superb! Isu bulan Mac ini mengetengahkan topik “Buat Duit dengan Servis”. Hmm. sebuah model perniagaan internet yang menarik (dan lumayan) sebenarnya.

majalahim11 servis 211x300 |  Review Majalah IM ke 11   Buat Duit Dengan Servis

First impression bila tengok cover. Cantik! Sebab ia adalah lukisan kartun oleh Kartunis Ubi yang glamer tu. So tak sabar la nak baca kisah di sebalik kejayaan beliau. Sebaik sahaja download. Saya dapati keluaran kali ni ada 35 mukasurat. Artikel pertama yang saya baca ialah

.

.

Dari Meja Ketua Editor yang ditulis oleh DikMal. Kata aluan yang agak baik , cuma sedikit “sakit mata” sebab agak sukar nak membaca bila kesemua tulisan ditulis didalam HURUF BESAR.

Kemudian ada artikel pengenalan tentang servis. Artikel ini membolehkan kita memahami serba sedikit definisi dan kelebihan serta kelemahan model perniagaan ini.

Segmen seterusnya ialah sudut berita yang memuatkan tentang aktiviti Krew Majalah IM. Dan kemudian diikuti dengan artikel “Jenis-jenis Perkhidmatan yang ditawarkan di internet” yang ditulis oleh Kak Galaderial. Banyak juga dapat idea servis apa yang boleh ditawarkan untuk buat duit.

Kemudian, ada banyak artikel tentang teknik memasarkan servis yang kita tawarkan. Yela kan, kalau tak dipromosikan, macam mana orang nak tahu. Nak tahu apa tekniknya, kenala download MajalahIM ni sekarang jugak

Untuk segmen Soal Jawab , Mohd Amirol telah memberikan jawapan panjang lebar untuk soalan berikut

“Saya belum memiliki nama domain dan hosting. Apakah pelan hosting dan nama domain yang bersesuaian untuk saya?”

Memang panjang lebar jawapan yang diberikan untuk soalan yang sangat ringkas ni. Nak tahu jawapannya? Kenalah download Majalah IM disini.

Artikel “Bagaimana Fokus dalam Perniagaan Internet” oleh ShueQry juga menarik untuk dibaca. Sebab tanpa fokus, memang susah untuk berjaya. Saya sendiri kadang-kadang hilang fokus dalam sesuatu projek. Dan artikel ni serba sikit memberikan idea untuk mengatasinya.

Dan yang ditunggu ialah temubual bersama Kartunis Ubi. Banyak juga tips yang beliau berikan kalau anda betul-betul nak buat duit dengan servis ni. Ada juga didedahkan projek terbaru beliau. Nak tahu jawapannya? Kenalah download Majalah IM disini.

Artikel terakhir adalah serba sikit review tentang produk Panduan VCC. Saya baru beli ebook ni semalam, tapi tak sempat lagi nak baca . Nak tahu apa reviewnya? Kenalah download Majalah IM disini.

Pendek kata, semua akan dibongkarkan kepada anda. Jangan segan untuk download sebab ia PERCUMA aje. Tak payah masukkan nama dan alamat email pun. Jadi, tak rugi apa-apa. Insyaallah akan bertambah ilmu anda nanti.

Related posts:

  1. Majalah IM Edisi 8 – Cabaran Wanita dalam Perniagaan Internet
  2. 13 Cara untuk Buat Duit di Internet
  3. Download Majalah IM Edisi ke-7 sekarang
  4. Kini Rakyat Malaysia Dah Boleh Buat Duit Dengan Clickbank
  5. Buat Duit Dengan Blog

3 Comments

  1. kirin Wednesday, 11 March, 2009
  2. ikin Tuesday, 24 March, 2009
  3. Fatin Pauzi Wednesday, 1 April, 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge