Review Majalah IM ke-12: Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Alhamdulillah, Majalah IM sekali lagi berjaya mengotakan janjinya dengan mengeluarkan edisi ke-12 tepat pada masanya. Tahniah kepada Team Majalah IM. Dah lama baca cuma kali ni baru berkesempatan buat review.

Yang buat saya lagi sayang dengan MajalahIM ni ialah sebab saya baru je dapat tempat ke-3 untuk pertandingan review majalah IM ke-11. Hadiahnya best jugak, sebuah buku bertajuk “Rahsia Minda Jutawan” hasil tulisan Amar Mahmood. Dah pun selamat tiba di rumah saya pada hari Khamis yang lepas.Terima kasih ye!

Sebelum ni, dah dapat RM5 percuma sebab menjadi 60 orang pemberi review pertama. Kalau anda pun nak duit free macam ni, belum terlambat lagi sebab pertandingan review untuk Majalah IM ke-12 dah pun dibuka. Boleh rujuk kat sini untuk ketahui cara-caranya.

Topik kali ni ialah Affiliate Marketing. Memang satu topik yang hangat dan membuatkan saya tak sabar nak download dan baca. Sebab ia merupakan salah satu sumber pendapatan saya didalam perniagaan internet ni.

majalahim12 211x300 |  Review Majalah IM ke 12: Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Okla, berbalik kepada review kali ini. Muka depan majalah ialah En. Yusri yang merupakan salah seorang otai dalam bidang affiliate Marketing ni. Anda akan juga disajikan dengan interview bersama beliau tentang pemasaran affiliate.

Agak teruja dengan topik kali ini sebab affiliate merupakan salah satu model perniagaan internet yang sangat mudah. Kenapa begitu? sebab kita cuma uruskan cara mempromosikan produk yang menjadi pilihan. Dan dapat komisen bila berjaya membuat jualan. Tak perlu fikir tentang support kepada pelanggan sebab tu semua adalah tugas pemilik produk.

Majalah kali ni ada 42 mukasurat.Agak tebal berbanding edisi ke-11.Jangan terkejut walaupun ia percuma, tapi maklumat yang terdapat didalamnya memang tip top sebab ia ditulis oleh mereka yang benar-benar berpengalaman.

Terdapat 12 artikel didalam majalah kali ni.

1.Sepintas Lalu Affiliate Marketing
2.10 Tips Affiliate Marketing
3.Istilah-istilah Yang Digunakan didalam Affiliate Marketing
4.Bagaimana Pemasaran Affiliate Muncul
5.5 Resepi Penting Kejayaan
6.Panduan Ringkas Langkah demi langkah menjadi Super Affiliate
7.Teknik Mudah Affiliate Marketing
8.Inspirasi IM: Badruzamani Pelopor Idea Pemasaran Internet OKU Tempatan
9.7 Petanda Kepositifan Diri
10.Soal Jawab IM
11.Transkrip Temubual Majalah IM bersama Yusri
12.Review Produk: Rahsia Newbie Clicbank

Artikel pertama memang wajib dibaca oleh sesiapa sahaja yang nak ceburi bidang ni. Sebab ia menerangkan secara ringkas tentang apakah sebenarnya program affiliate ni. Nak tahu lebih lanjut, kenala download kat sini.

Saya paling suka artikel ke-3 yang menerangkan tentang pelbagai istilah yang digunakan didalam bidang affiliate. Antara istilah yang dihuraikan ialah CPC, CPA, CR, CTR, CPC, CPM dan macam-macam lagi.Penerangan oleh Kak G memang mudah difahami. Nak tahu apa makna semua diatas, kena download n disini.

Artikel ke-6, Panduan Ringkas Super Affiliate oleh Zamri Nanyan pun menarik untuk perlu dibaca. Dari situ kita akan tahu serba sedikit info tentang apakah rahsia yang beliau sendiri amalkan untuk mendapat komisen affiliate yang banyak.

Di ruangan soal jawab IM, jawapan yang diberikan adalah bagi soalan “Bagaimanakah cara terbaik dan paling mudah untuk saya “cloak” kan link affiliate saya?” . Nak tahu jawapannya? Macam biasa, kenala download dulu. Penerangan oleh Amirol memang sangat bagus.Dan saya sendiri menggunakan teknik yang beliau tunjukkan.

Dan segmen terakhir tentunya Temubual dengan personaliti IM iaitu Yusri. Tapi, rasanya saya tak dapat membaca isi kandungan di mukasurat 34. Sebab bila saya baca mukasurat ke35, ayat pertama yang saya
jumpa ialah

YUSRI: Pertama sekali sebab saya malas untuk cipta produk sendiri….

Mungkin pihak Majalah IM terlupa letak teks kot. Sebab secara kebiasaannya, akan ada kata aluan antara pihak IM dengan personaliti. Kali ni terus pada jawapan dari pihak Yusri pulak. Harap pihak IM dapat jelaskan tentang ni. Agak rugi sebab banyak jugak info yang terlepas untuk 1 mukasurat.

Berbalik pada interview tu, banyak jugak info yang dapat dikorek seperti teknik “soft sell” yang beliau amalkan.Memang menarik teknik ni. Nak tahu apa dia teknik ni? Kena la download disini.

Okla, rasanya dah panjang jugak review ni. Apa pun, memang pihak Majalah IM dah jalankan tugas dengan baik. Semakin banyak perkembangan positif dalam perkembangan Flarebiz ni. Antara yang saya dapat tahu dari email mereka

[+] Pihak Majalah IM kini mempunyai pereka grafik yang bekerja
sepenuh masa dan dibayar gaji RM2500 setiap bulan.

[+] Pihak Majalah IM juga sudah mempunyai office sendiri yang
bertapak di Diamond Square Business Center, KL.

[+] Pihak Majalah IM juga sekarang sudah mendapatkan dedicated
server sendiri bagi menampung jumlah download yang ramai. Kos yang
akan dikeluarkan RM650 setiap bulan bagi server ini pastinya akan
memudahkan anda semua.

Tahniah kepada Adly and the team! Semoga akan terus berjaya! Nampaknya majalah IM yang akan datang akan lebih menarik lagi. Keep up the good work!

Related posts:

  1. Review Majalah IM ke-11 – Buat Duit Dengan Servis
  2. Majalah IM Edisi 8 – Cabaran Wanita dalam Perniagaan Internet
  3. Saya antara Top Affiliate untuk PPL Teknik Video Marketing
  4. Download Majalah IM Edisi ke-7 sekarang
  5. Ebook PERCUMA – Peluang Buat Duit : The Death of Network Marketing

4 Comments

  1. Richie Saturday, 11 April, 2009
  2. hazman aka species1980 Saturday, 11 April, 2009
  3. hafismeDN Wednesday, 13 May, 2009
  4. Fatin Pauzi Wednesday, 13 May, 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge