Review Majalah IM ke-13 – Buat Duit Dengan Blog

Kali ni saya agak terlewat untuk buat review untuk Majalah IM. Rasa macam tak lengkap aje kewujudan blog ni kalau saya tak review majalah ini. Walaupun percuma, isi kandungannya semakin mantap. Topik kali ini ialah “Pro Blogger – Buat Duit Dengan Blog” . Sememang satu topik yang dinantikan ramai. Maklumla kat Malaysia ni semakin ramai yang berminat nak menjadi blogger.

Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Team Majalah IM sebab pilih saya sebagai pemenang tempat pertama untuk pertandingan review Majalah IM ke-12 hari tu. Buku “Jutawan Ekstrem” oleh Azizi Ali dah pun saya terima. Banyak ilmu dalam buku tu.

Untuk pertandingan review kali ni, hadiahnya pun best jugak. Kalau anda nak join, boleh usha kat sini untuk detailnya. Tiap review yang anda buat akan terus dapat bayaran RM5.

cover majalahim13 212x300 |  Review Majalah IM ke 13   Buat Duit Dengan Blog
Okla, berbalik pada review kita tadi. Cover Majalah IM ke-13 ni adalah salah seorang blogger yang agak aktif iaitu saudara Rohaizad. Saya selalu jugak melawat blog beliau iaitu rohaizad.com. Banyak posting menarik disitu. Majalah kali ni ada 38 mukasurat. Nipis sikit berbanding majalah sebelum ni. Topik

Untuk artikel pertama bertajuk “blog” . Ia merupakan artikel yang menceritakan agak detail perkara penting berkaitan blog. Kandungannya berkisar tentang definisi blog, apakah topik yang akan ditulis didalam blog tersebut, platform yang digunakan oleh sesebuah blog dan kepentingan pemilihan nama domain untuk
blog yang dibangunkan .Kalau nak tahu detail, kenala download disini.

Untuk artikel kedua bertajuk “10 Tips Blog Untuk Anda”. Jadi, ada 10 tips yang boleh anda gunakan dalam menulis artikel yang mantap di blog anda. Antara tips yang menarik pada saya ialah keperluan meletakkan gambar dalam artikel serta penguasaan asas tag HTML.

Artikel ketiga pula menceritakan tentang jenis-jenis blog. Terdapat 5 jenis blog yang dihuraikan dalam artikel ini iaitu blog peribadi, blog, blog berita, niche blog, blog video dan blog auto. Macam biasa,
maklumat lanjut anda boleh ketahui dengan download Majalah IM disini.

Artikel keempat pastinya menjadi kesukaan ramai kerana ia bertajuk “Menjana Wang Dari Blog” atau erti kata lain “buat duit dengan blog”. Terdapat 2 kaedah utama iaitu secara langsung dan tidak langsung. Antara kaedah langsung yang diceritakan ialah pengiklanan, program affiliate dan menjual blog. Manakala kaedah tak langsung pula seperti menyediakan khidmat rundingan, peluang pekerjaan dan juga peluang menjadi speaker.

Salah satu masalah besar dalam dunia blogging ialah untuk mendapatkan idea untuk dituliskan didalam blog tersebut. Artikel kelima bertajuk “5 Sumber Idea Untuk Kemaskini Blog Anda!” memberikan beberapa sumber yang agak unik dan menarik untuk digunakan. Antara sumber yang boleh anda gunakan ialah Google Alert , Flickr, web Download.com, web orang lain dan juga forum.

Artikel keenam pula rasanya agak “lari” dari topik pro blogger. Artikel ini bertajuk “Polisi Pengambilan Semula Wang Pelanggan di Clickbank Merugikan Penjual?” Walaupun begitu, ia tetap sebuah artikel yang bagus terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam penjualan produk di Clickbank.

Artikel ketujuh pula tentang pro – blogging (profesional blogging). Ada 2 perkara penting untuk menjadi pro blogger iaitu konsistensi di segi masa dan konsistensi di segi topik. Artikel ini juga ada menyentuh tentang blogger dalam niche pemasaran internet ataupun bukan pemasaran internet. Dan niche mana satu yang lebih menguntungkan. Pastinya ia satu lagi artikel menarik yang menarik untuk dibaca dalam Majalah IM kali ini.

Artikel kelapan ialah “Transkrip Interview bersama saudara Rohaizad” . Seronok juga membaca sambil mendengar perbualan antara Adly dan Rohaizad ni. Rupa-rupanya beliau bermula dalam blogging ni sejak tahun 2005. Dalam temubual ni , banyak jugak ilmu yang dapat dikutip seperti macammana beliau membuat duit dengan blog serta tips bagaimana beliau membuat jadual untuk meng”update” blog-blog beliau yang banyak tu. Lagi satu, Rohaizad juga ada kongsikan teknik efektif untuk mendapatkan lebih ramai pelawat ke blog kita. Jangan lupa download untuk mengetahui detail interview ini.

Bab paling best ialah artikel tentang Soal Jawab IM. Soalan kali ini ialah…

Saya sudah siapkan laman/blog saya, kemudian sudah saya upload ke hosting. Tetapi, kenapa laman web saya tidak kelihatan apabila saya menaip alamat laman web saya di Google ataupun Yahoo? Jadi, boleh bantu saya macammana nak paparkan web saya pada Google dan Yahoo?

Nak tahu jawapannya? Macam biasa, downloadla Majalah IM ni ye.

Okla. Dah panjang lebar review saya ni. Ha.. sebelum terlupa, nak bagitau juga yang Majalah IM sekarang dah ada forum. Anda boleh layari http://forum.majalahim.com .

Semoga team Majalah IM akan terus bersemangat untuk meneruskan edisi yang akan datang.

Related posts:

  1. Review : Panduan Asas Blogger
  2. Review Majalah IM ke-12: Buat Duit Dengan Affiliate Marketing
  3. Review Majalah IM ke-11 – Buat Duit Dengan Servis
  4. Download Majalah IM Edisi ke-7 sekarang
  5. Buat Duit Dengan Blog

2 Comments

  1. Sharfifah Wednesday, 3 June, 2009
  2. faiz Saturday, 11 July, 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge