RM 11,000 dari internet! Secara sambilan

Kisah Duitku..

Bila saya kata saya sudah menerima wang sebanyak RM11,000 lebih menerusi internet hasil daripada website yang saya bina. Ramai orang tidak percaya tentangnya… lihat bukti pendapatan saya dibawah.

bukti adsense shuth |  RM 11,000 dari internet! Secara sambilan

Jika anda jumlahkan wang yang saya terima setiap bulan sepanjang tahun 2005, iaitu pada bulan Januari hingga Disember, keseluruhannya adalah berjumlah USD3000 lebih.. bersamaan dengan RM11,000 lebih. Ya, itulah jumlah pendapatan sampingan yang telah saya perolehi menerusi internet sepanjang tahun 2005. Walaupun jumlah itu masih belum menjadikan saya seorang jutawan, tetapi ia sudah mencukupi untuk membuatkan hidup saya sekeluarga tenang dan gembira. Lepaslah duit minum kopi orang kata…

Pendapatan sampingan itu saya perolehi hasil daripada penyertaan saya di dalam program google adsense, iaitu sebuah program yang dikelolakan oleh google, iaitu sebuah syarikat “internet search engine” yang terbesar di dunia. Malahan, apa yang lebih menarik, sehingga kini, saya masih lagi menerima check dari google pada setiap bulan.

Saya berasa bangga dan bersyukur kerana, saya memperolehi pendapatan itu.

  1. Tanpa perlu saya mengeluarkan modal yang besar sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit.
  2. Tanpa perlu melayari internet setiap hari selama 2-3 jam.
  3. Tidak perlu bersusah payah mencari pembeli untuk menjual wang elektronik saya seperti e-gold/stormpay/paypal atau wang-wang elektronik yang lain yang seumpamanya.
  4. Tidak perlu mencari downline.
  5. Tidak perlu melaburkan melaburkan semula wang yang saya perolehi pada setiap 12 hari atau pada setiap bulan atau pada setiap tahun untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan.

Apa yang saya lakukan hanyalah membuat sebuah website, kemudian menyertai program google adsense dan akhir sekali menarik orang ramai ke website saya. Itu sahaja! Hanya 3 langkah. Cukup bulan, ada rezeki, dapat check dari google. Ha! Ha! Ha! Bagaimana? Mudah bukan?

Sebenarnya, saya kurang gemar untuk menggunakan perkataan “wang mudah” didalam menerangkan program adsense ini kepada anda. Ini kerana, “wang mudah” sebenarnya tidak wujud di dunia ini. Untuk mendapatkan wang yang banyak dari program adsense ini, anda perlu membina website dan juga berusaha menarik ramai orang ke website anda. Jadi, untuk membuat 2 perkara tersebut bukanlah mudah sebenarnya, banyak yang perlu anda lakukan dan usahakan.

Walaubagaimanpun, suka saya menyatakan bahawa, inilah program yang paling cepat, mudah dan berterusan memberikan saya wang berbanding program-program penjanaan wang di internet yang lain.

Apa itu Google Adsense?

Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dan ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari google, kenalah tahu dulu apa itu google adsense!.

Google Adsense sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh google. Menerusi program ini, google akan membayar semua pemilik-pemilik laman web yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran google di website mereka. Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. Kalau orang tak klik.. google tak bayar la.

Wah! Bankrup lah Google macam nie? Berapa juta orang yang join program ni! Mampu ker Google nak bayar orang-orang tu semua?

Ops! Jangan risau…. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik website itu bukanlah duit dari google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari pihak-pihak yang ingin mengiklankan website mereka di google.
Pada mulanya, google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website google sahaja.

Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website google, anda akan dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan yang bertajuk “Sponsored Link” seperti di bawah.

bukti adsense shuth2 |  RM 11,000 dari internet! Secara sambilan

Iklan-iklan yang dipaparkan dibahagian tersebut sebenarnya adalah merupakan iklan-iklan yang berbayar. Dimana, pemilik-pemilik iklan tersebut akan membayar google dengan amaun tertentu setiap kali orang ramai meng”klik” iklan tersebut.

Tetapi kini, dengan program adsense, google telah membuka peluang pengiklanan tersebut kepada pemilk-pemilik website yang lain pula. Jika dulu, iklan tersebut hanya dipaparkan di website google, kini, iklan-iklan berbayar tersebut boleh dipaparkan di website anda. Jika dulu google yang mendapat wang apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut, tetapi kini, anda pula yang akan mendapat duit apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut.

Wah!! Bodohnya.. google? Orang bagi dia buat duit suruh buat iklan, dia bagi pulak duit tu kat orang lain!

Oh tidak.. Google bukan sebodoh itu. Sebenarnya, bayaran yang dibuat oleh pengiklan-pengiklan itu, tidak lah 100% masuk ke dalam poket anda. Google sebenarnya telah memecahkan wang tersebut kepada 2 bahagian. Peratusan pecahan itu pula tidak diketahui berapa jumlahnya, mungkin 40-60, mungkin 30-70, atau mungkin 20-80. Iaitu, 20% kepada google, 80% kepada anda. Itu hanya anggaran sahaja, pecahan peratusan yang sebenar tidak didedahkan oleh pihak google. Kalau nak tahu.. pi tanya google sendiri. Kalau dapat tahu, bagitau den yer.

Bagaimana menyertainya?

Mudah sahaja, hanya 2 langkah sahaja.

Langkah Pertama: Website
Anda perlulah mempunyai sebuah website. Sebaik-baiknya, website anda menggunakan bahasa inggeris. Jika anda masih tidak mempunyai sebuah website, binalah satu. Jika anda tidak tahu membinanya, anda boleh belajar atau mengupah orang lain untuk membinanya.

Kemudian, dapatkan webhosting & nama domain yang berbayar. Jangan meletakkan website anda di tapak-tapak webhosting yang percuma seperti geocities atau freewebs. Google tidak akan menerima website-website yang menggunakan perkhidmatan webhosting percuma.

Oleh itu, dapatkanlah perkhidmatan webhosting berbayar. Kos untuk mendapatkan webhosting & nama domain kini sungguh murah, lebih-lebih lagi dengan kemunculan sempoihosting.com, iaitu penyedia perkhidmatan webhosting fleksibel yang pertama di dunia. Di sempoihosting.com, anda sudah boleh memliki nama domain & webhosting dengan kos serendah RM44 setahun.

Jangan anggap wang yang anda keluarkan itu sebagai kos, tetapi, anggaplah ia sebagai modal pelaburan. Ini kerana, wang yang anda boleh dapati dari program adsense ini lebih banyak & lebih besar lagi nilainya dari RM44.

Walaubagaimanapun, jika anda sememangnya seorang yang sangat miskin dan kedekut serta tidak mampu untuk mengeluarkan kos sebanyak RM44. Ada satu lagi cara untuk anda memiliki website, iaitu dengan menggunakan penyedia perkhidmatan weblog percuma.

Anda boleh menghasilkan sebuah weblog untuk diri anda sendiri secara percuma di blogspot.com, blogdrive.com, danchan.com atau penyedia-penyedia weblog yang lain. Terdapat beratus-ratus penyedia perkhidmatan weblog di internet yang menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma.

Anda hanya perlu daftar dan bina weblog anda.

Jika tujuan utama anda membina website semata-mata untuk mendapatkan duit dari program adsense ini. Anda perlulah memilih topik yang sesuai untuk website@weblog anda. Pilihlah topik yang anda paling mahir dan paling banyak ilmu mengenainya.

Tidak pandai menulis atau tak tahu nak tulis apa? Jangan risau, lawati www.articlecity.com , di sana terdapat banyak artikel yang boleh anda gunakan dan ia diberikan secara percuma.

Langkah Kedua : Jadi Ahli Adsense

Setelah anda mempunyai website@weblog, anda perlulah memohon menjadi ahli adsense (membuka akaun adsense).

Untuk membuka akaun google adsense, mudah sahaja. Klik pada butang dibawah

Kemudian klik pada butang “Apply Now”.
Masukkan maklumat anda dengan lengkap. Pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul dan tepat. Jangan tipu-tipu, kalau tidak, check anda tidak akan sampai nanti.

Setelah anda selesai mengisi borang dan mendaftar. Anda perlulah menunggu 1-2 hari untuk google menyemak permohonan anda dan kemudiannya memberikan kata putus kepada anda sama ada permohonan anda diterima atau tidak. Keputusan akan dimaklumkan menerusi email.

Jika permohonan anda diluluskan… TAHNIAH! Anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

Anda sudah boleh meng”copy & paste” kod HTML yang diberikan kedalam website anda. Anda boleh memaparkan iklan tersebut secara menegak atau melintang dimana-mana sahaja bahagian di website anda. Anda juga boleh menukarkan warna iklan tersebut supaya ia bersesuaian dengan tema warna website anda.

Iklan-iklan yang dipaparkan pula adalah merupakan iklan-iklan yang berkaitan dengan website anda. Untuk makluman anda, Google telah berjaya membina satu teknologi yang dapat mengesan topik serta kandungan di dalam website anda. Jika website anda bercerita mengenai komputer, maka, iklan-iklan yang akan dipaparkan adalah iklan-iklan yang berkaitan dengan komputer sahaja.

Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana iklan-iklan yang dipaparkan tidak berapa berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam website anda. Ini kerana, ia juga bergantung kepada iklan-iklan yang terdapat di dalam database pengiklanan google. Contohnya, anda telah membina sebuah website yang menyediakan maklumat mengenai silat melayu, oleh itu, google sepatutnya memaparkan iklan-iklan yang berkaitan dengan silat di website anda. Tetapi malang, tiada satu pun ikan yang berkaitan dengan silat di dalam database google. Dalam erti kata yang lain, tiada satu pun pihak yang menjual peralatan-peralatan seni bela diri mengiklankan website mereka di google. Oleh itu, tidak akan ada iklan yang berkaitan silat dapat dipaparkan di website anda. Sehubungan itu, anda mungkin akan melihat iklan-iklan lain pula seperti iklan mencari teman atau pun iklan-iklan yang tertulis “Ikan Layanan Masyarakat”. Untuk makluman, anda tidak akan menerima sebarang bayaran jika orang meng”klik” iklan-iklan yang mempunyai tag “Iklan Layanan Masyarakat” di website anda. Oleh itu, anda perlulah mengubah topik yang terdapat di website anda kepada topik yang lain yang dirasakan lebih sesuai.

Itu cerita bagi permohonan mereka yang berjaya diluluskan. Bagaimana pula jika permohonan anda ditolak? Jika permohonan anda ditolak, anda mungkin boleh cuba lagi.. antara sebab-sebab mengapa permohonan anda ditolak ialah mungkin.

  1. Anda menggunakan webhosting percuma
  2. Website anda menggunakan bahasa melayu.
  3. Website anda tidak teratur dan terlalu banyak broken link.
  4. Website anda adalah website peribadi yang menceritakan tentang hal-hal peribadi anda. Google biasanya tidak menerima website seperti ini kerana ia tidak mempunyai topik yang spesifik.
  5. Website anda adalah website ciplak/fotostat/template.
    Terdapat banyak pihak diinternet yang menjual template-template website yang kononnya mempunyai katakunci yang bagus yang mampu memberikan wang yang banyak apabila orang ramai mengklik pada iklan google yang terdapat di dalam website template tersebut. Jangan menggunakan website seperti ini, permohonan anda bukan sahaja tidak diterima, malahan jika anda sudah mempunyai akaun google adsense, akaun anda mungkin akan di gantung dan dibatalkan.

Jangan Jadi Bodoh!

Ini adalah merupakan amaran keras kepada mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang tamak, gelojoh, ingin cepat kaya serta bodoh, yang cuba menipu atau mengambil kesempatan terhadap program adsense.

Saya telah menjumpai ramai orang-orang seperti ini yang telah mengambil tindakan bodoh dengan cara menipu supaya mereka dapat duit yang banyak dari program ini dengan cepat. Kebanyakkan dari mereka mengalami nasib yang serupa di penghujungnya, iaitu, akaun mereka dibatalkan.

Antara tindakan-tindakan bodoh yang dilakukan oleh mereka ini ialah.

  1. Mengklik sendiri iklan-iklan yang dipaparkan diwebsite mereka
  2. Menyuruh atau mengupah orang lain atau rakan-rakan mereka mengklik pada iklan google di website mereka
  3. Pergi ke cybercafe dan kemudiannya mengklik iklan sendiri.
  4. Pergi ke komputer orang lain dan mengklik iklan sendiri lagi.
  5. Menggunakan template/website fotostat yang telah digunakan oleh beribu-ribu orang yang lain di internet.
  6. Menyertai komuniti yang berpakat untuk mengklik iklan google sesama mereka.

Itulah antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh orang-orang bodoh yang mempunyai nafsu tamak dan ingin cepat kaya ini. Oleh itu, saya memberikan amaran yang sekeras-kerasnya kepada anda agar anda tidak melakukan perkara-perkara bodoh tersebut apabila menyertai program ini.

Saya menyeru kepada anda supaya kita sama-sama menggunakan kaedah yang telus dan benar. Jaga nama baik rakyat Malaysia. Saya tidak mahu perkara yang sama yang berlaku di Clickbank berulang. Tahukah anda, suatu masa dahulu, clickbank adalah merupakan sebuah program penjanaan wang yang amat berkesan diinternet. Pada ketika itu, ramai rakyat malaysia berpeluang mengaut keuntungan dari internet dengan menyertai program ini. Namun begitu, disebabkan oleh tindakan orang-orang yang bodah yang wujud dimalaysia ini (orang yang tamak, gelojoh, nak kaya cepat, kaki penipu, bodoh dan bangang), pihak clickbank telah menyekat program mereka dari disertai oleh orang-orang dari malaysia. Ini kerana, mereka dapati, terdapat terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh akaun-akaun yang didaftarkan di Malaysia.

Oleh itu, jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada program adsense! Janganlah jadi golongan orang-orang yang bodoh dan bangang!. Jadilah orang yang jujur, buangkan pemikiran bodoh yang mengatakan anda boleh jadi kaya dengan cepat. Tidak ada perkara seperti itu di dunia ini.

Sekian, salam cyber dari saya dan selamat menjana pendapatan di internet dengan jujur dan halal..

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Usahawan Internet
www.extreme-d.com
www.wangcyber.com

P/S: untuk mendapatkan tips2 mengenai google adsense, sertailah forum kami disini

P/S: Untuk menyertai program adsense ini.. klik butang dibawah.

Related posts:

  1. Peluang Kerja Sambilan Melalui Program Gayapos
  2. Bagaimana hendak mula bekerja dari rumah?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge