Ada yang bertanya kepada saya di post ini tentang program jobdirumah.com . Sudah pasti nama domain tersebut melambangkan bahawa ia menawarkan peluang kerja dari rumah. Pastinya peluang kerja di rumah sangat dicari-cari oleh pelajar dan surirumah termasuk orang bekerjaya untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Malumla, tak semua orang mampu untuk berniaga dari rumah.
Tapi, yang menjadi persoalan sekarang… Adakah Jobdirumah.com ini scam atau tidak?
Ini sangat penting, sebab sesiapa yang nak sertai jobdirumah.com perlu membuat bayaran sebanyak RM50 untuk mendaftar. Jadi, adalah perlu untuk kita pastikan pelaburan kita itu berbaloi.
Bagaimanakah sebenarnya jobdirumah.com beroperasi?
Atas dasar ingin tahu, saya ada buat sedikit kajian dari kaca mataorang biasa.. Akhirnya, saya boleh simpulkan seperti ini. Anda boleh buat duit dengan 2 cara dari program ini iaitu melalui
1. Program Affiliate
Dengan tajaan ahli baru melalui program affiliate yang disediakan. Anda akan menerima komisen sebanyak 2 level. Dimana RM20 akan dibayar bagi downline level pertama dan RM5 untuk downline level ke2. Saya lihat ramai yang buat duit melalui program affiliate ini. Iaitu hanya promosikan web jobdirumah.com ini. Jadi, konsepnya hampir sama seperti program affiliate lain. Anda promosi web -> dapat jualan/dowline -> anda dapat komisen.
2. Menyiapkan tugasan / kerja dari majikan
Melalui cara ini, anda juga boleh buat duit dengan menyiapkan kerja yang ditawarkan di laman web jobdirumah.com. Ada banyak kerja yang ditawarkan dan kebanyakannya berbentuk data entry. Anda perlu membuat bid untuk kerja yang disenaraikan. Jika anda mempunyai portfolio yang bagus dan berjaya menarik majikan memilih anda, barulah anda berjaya mendapat kerja tersebut. Ini kerana anda perlu bersaing di peringkat antarabangsa.Bayaran akan diberikan bila kerja sudah selesai.
Saya ada melihat update kerja jobdirumah yang ditawarkan dan hasilnya agak menarik .
jobdirumah.com kerja terkini
Saya ada buat carian di google menggunakan keyword yang diberikan dalam “job description” . Saya dapati bahawa pihak jobdirumah memperolehi datanya dari laman web seperti freelance.com dan elance.com. Dimana web ini memang menjadi tumpuan untuk majikan seluruh dunia mencari freelancer berpotensi bagi melakukan pelbagai tugasan (tidak terhad kepada data entry) dengan bayaran yang tertentu. Pekerja perlu bid dengan tawaran terbaik untuk terpilih.
Disini, saya tidak nampak sebarang penipuan yang dilakukan oleh pihak jobdirumah sebab mereka dah jelas maklumkan di web mereka bahawa mereka hanya berikan panduan untuk memohon kerja tersebut. Pastinya panduan tersebut dalam Bahasa Melayu dan ini memudahkan peserta memahami semua prosedur dengan lebih jelas.
Apa yang saya nampak, bahawa kebanyakkan peserta berjaya membuat duit dengan program affiliate yang ditawarkan, dan saya belum jumpa yang berjaya buat duit dengan melakukan kerja yang disenaraikan. Mungkin ada yang dah berjaya mendapat pulangan hasil kerja yang dilakukan tapi tidak saya jumpai.
Akhir kata, terserah pada anda untuk memilih nak join atau tidak jobdirumah.com ini. Jika anda sekadar join tapi tak aplikasikan apa yang diajar, pasti susah untuk mendapat sebarang hasil kan?
Harap artikel ini dapat membantu anda memahami serba sedikit tentang jobdirumah.com ini. Terpulang kepada anda untuk buat penilaian. Kalau ada sebarang pendapat, jangan segan untuk tinggalkan komen anda.
salam asma… teman fb mu. kena baca & faham betul2 tu.
waalaikumsalam.
Betul tu liza. Memang kena baca betul2 sebelum join.
Jangan pikir scam atau tidak…., yang penting dicoba dulu….OK?
tlg email detail..nk join gak…cme tkot tgasan 2 ssh ..
nurlia_yana@yahoo.com
@nur
Maaf tak dapat bantu sebab saya bukanlah peserta. Detail boleh dirujuk di web jobdirumah sendiri atau cuba buat carian di google
mmg btul dh point2 yg admin tunjuk tue..jobdirumah bukan scam or tipu..team diorg bg guidelines or tunjuk jalan bagaimana nk cr kerja dr rumah pastu kita kena usaha cr kerja yg disyorkan oleh jobdirumah..
Sesaper nak cuba, boleh klik
kita kalo nk join kena pilih saalh satu ker… job yg diberikan.. xboleh ke kita wat job yg diberi sambil promosikan….
saya hampir nk cube ni…tp saya kurang pakar dlm bahasa inggeris nie… ada sesiapa yang bolri pendapat…
Senang tak kejenya
@Rabiatuladawiah,
Kerja yang diberikan bergantung kepada apa kemahiran yang kita ada.
Sebab kita perlu bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan kerja tersebut.
Jobdirumah ada bagi tips untuk sediakan resume, etc
Bagaimanakah pembayaran upah akan dibuat kerana majikan mungkin dari Australia atau New Zealand dan saya cuma ada akaun CIMB ?
Bagaimana kalau tugasan yang di mohon tapi tidak disiapkan?
saya nak join.. tp tkt tugasan susah.. n sya x twu cara byaran die..
nk tnya mcm mne nak dftr?? kena reload gmbr ke untk bukti yg kite da byr..??
mmg semua kena bid dgn bayaran ke?
ya. kita akan bid kerja tersebut dengan menyatakan berapakah bayaran yang kita sanggup terima.
Saya sudah melihat peluang2 pekerjaan yang ditawarkan.. Nampaknya tidak sesuai untuk saya kerana pekerjaannya agak susah.. Kemudian kena Bersaing dengan ribuan bidder untuk dapatkan kerja… Lagi malang, bila kita da siapkan kerja, then syarikat x puas hati dengan kerja kita, x la pula kena bayar…. Kalau gitu malas la nak join.. bagus lagi sambung kerja lama jahit kasut, ble santai2… Kasut x henti datang,, duit pun terus masyuk… x la perlu perah otak bekerja…. malam2 ble minum kopi smabil main facebook.. yeah..
Memang kita ada banyak peluang untuk dipilih. Ada yang berjaya dan tidak. Yang penting, kita tahu setakat mana kemampuan dan kelebihan yang kita ada.
NAK TAHU CARA PEMBAYARAN KE AKAUN KITA MACAM MANA YEA?
Pembayaran bagi kerja yang dilaksanakan biasanya melalui paypal
Jom kerja dari rumah. Dengan hanya menjawab beberapa soalan dan anda akan mendapat point yang boleh ditebus menjadi wang. Pendaftaran percuma. http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=1713819
Bayaran melalui PAYPAL tu mcm mana?
Anda perlu ada akaun paypal. Iaitu cara bayaran untuk urusniaga antarabangsa. Ini kerana kebanyakan kerja sambilan yang ditawarkan adalah dari luar negara.
salam.mcm mana nk buka paypal tu?
Boleh rujuk web ini untuk detail cara buka akaun paypal.
Betul..betul..betul…..!!! Tidak tipu itulah yang selalu kita dengar drps rakan2. Tahniahlah…kalau dpt drpd JDR. Saya pun dah dpt. Insya Allah akan dpt untuk kali ke seterusnya.
harap JDR ni bukan mcm program affiliate lain..bila daftar, bayar pastu dia bg isi yg sama untuk di ‘copy paste’ kemudian iklankan di blog2, ataupun fb…sebab tak banyak bukti yang meyakinkan bahawa JDR ni betul2 berjaya..kalau meyakinkan saya sendiri nak join…sesape yg boleh yakinkan saya sila email di email address di atas.. tq
mmg bes buat job dirumah. masa kerja bebas-milik sendiri. macam ringgitblaster..jo dirumah yang TERBAIK. tq.
saya kurang jelas tetapi ingin menyertai terutamanya untuk job data entry
saya berminat untuk sertai program jobdirumah..tetapi saya tidak berapa faham tentang nya dan tiada ornag yang akan guide saya ke?
Alhamdulillah. Dah setahun lebih saya dgn job side income saya ni. kerja mudah. Claim paypal 3 hari confirm masuk. join percuma je.
Job ni saya sharekan juga walau saya baru join. percuma. saya join sbb byk comment dan testimoni semua yg dh lama buat job ni kata income dia di antara yg paling best.
-edited-
Betul kita kena awas… penat tapi x dapat duit masuk pun
-edited-
Sekiranya dilakukan dengan berterusan, program jobdirumah akan memberikan pendapatan berterusan setiap hari.