Selamat Tahun Baru 2013

Seperti orang lain juga, hari ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Pejam celik kita sudah memasuki tahun 2013. Nampaknya umur kita makin singkat. Entah berapa banyak pencapaian yang sudah kita capai pada tahun 2012. Adakah sudah cukup pencen kubur yang hendak dibawa mengadapNya selain memikirkan cukupkah wang pencen yang akan disimpan untuk masa hadapan?

selamat tahun baru 2013 300x300 |  Selamat Tahun Baru 2013

Saya teringat pada tahun 2004, hampir 9 tahun lalu dimana saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Banyak yang berlegar difikiran saya apakah yang akan berlaku kepada saya 10 tahun akan datang. Pastinya kita hanya dapat merancang, tetapi tuhan yang menentukan.

Alhamdulillah, kini saya sudah dapat menarik sedikit nafas lega. Nampaknya keputusan saya dahulu memang berbaloi. Melihat anak-anak seramai 3 orang ini membesar didepan mata memang satu nikmat yang tidak dapat ditukarganti dengan wang ringgit. Insyaallah 2013 akan mendapat ahli keluarga baru. Masih banyak perancangan yang perlu dibuat untuk mereka, dengan harapan mereka akan menjadi anak yang beruntung didunia dan akhirat. Memang banyak cabaran untuk mendidik anak-anak di zaman milenium ini.

Disegi matlamat untuk buat duit di internet masih banyak perlu diperbaiki dalam bisnes internet yang saya jalankan. Ada target yang perlu dibawa ketahun 2013 ini. Saya juga berharap blog ini akan lebih “hidup” berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga sentiasa dicukupkan olehNya dalam pelbagai cara. Saya percaya rezeki bukan sahaja terletak pada keuntungan wang ringgit, tetapi meliputi semua aspek kehidupan seperti kesihatan dan kegembiraan.

Sebetulnya, saya berpegang kepada pendapat bahawa azam tidak semestinya dibina hanya pada awal tahun baru sahaja. Ia sebetulnya boleh dibina pada setiap hari. Bak kata Dr HM Tuah Iskandar, azam atau kemahuan, keinginan mahupun cita-cita sebenarnya adalah niat. Ia perlu dibina setiap hari iaitu setiap kali bangun tidur di waktu pagi. Jika tidak tercapai untuk hari itu, kita lanjutkan jangka masa untuk ke minggu, bulan dan tahun.

Rasanya sudah agak panjang posting hari ini. Diharap tahun 2013 akan menjadi lebih baik buat kita dalam apa jua segi.

 

Related posts:

  1. Senarai Telefon Pintar Bajet 2013
  2. Jadual Pembayaran Gaji 2013
  3. Azam Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009
  4. Selamat Tahun Baru 2008
  5. Selamat Tahun Baru 2007

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge