Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2013

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2013 . Nampaknya pada tahun ini, secara keseluruhannya kita akan mempunyai 11 hari cuti kelepasan am (atau cuti umum) umum di seluruh negeri di Malaysia dan banyak juga hari bagi cuti umum yang tertakluk kepada negeri-negeri.

senarai cuti umum malaysia 2013 |  Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2013

Dengan adanya senarai cuti umum 2013 ini, mudahlah untuk kita merancang percutian keluarga mahupun aktiviti kenduri – kendara dan perjumpaan. Maklumla, hari lain semua orang sibuk dengan kerja dan persekolahan anak-anak. Sebelum ini, saya juga ada kongsikan jadual bayaran gaji bagi kakitangan awam dan bayaran pencen untuk kakitangan yang sudah bersara.

Bila dah tahu bila dapat gaji dan cuti, mudahlah untuk merancang, kan? Okla, jom baca senarai cuti umum 2013  ini dan jangan lupa catatkan dalam diari / planner anda.

Tarikh Hari Peristiwa Negeri
1 Januari Selasa Tahun Baru 2013 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari Isnin Hari Keputeraan YDPN  Sembilan Negeri Sembilan
20 Januari Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
24 Januari Khamis Maulidur Rasul Semua Negeri
27 Januari Ahad Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor
1 Februari Jumaat Hari Wilayah WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
10 Februari  Ahad Tahun Baru Cina Semua Negeri
11 Februari Isnin Tahun Baru Cina (Hari ke-2) Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mac Isnin Hari Pengistiharan Sultan Terengganu Terengganu
29 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
15-Apr Jumaat Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
26-Apr Jumaat Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Rabu Hari Pekerja Semua Negeri
7 Mei Selasa Hari Hol Pahang Pahang
17 Mei Jumaat Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
24 Mei Jumaat Hari Wesak Semua Negeri
30 & 31 Mei Khamis & Jumaat Pesta Kaamatan Sabah Sabah & Labuan
1 Jun Sabtu Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
1 & 2 Jun Sabtu & Ahad Hari Gawai Sarawak Sarawak
6 Jun Khamis Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai Ahad Georgetown World Heritage City Day Pulau Pinang
10 Julai Rabu Awal Ramadan* Johor, Kedah & Melaka
13 Julai Sabtu Hari Keputeraan YDPN Pulau Pinang Pulau Pinang
26 Julai Jumaat Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
8 & 9 Ogos Khamis & Jumaat Hari Raya Puasa * Semua Negeri
31 Ogos Sabtu Hari Kemerdekaan Semua Negeri
7 September Sabtu Hari Keputeraan YDPN Sarawak Sarawak
16 September Isnin Hari Malaysia   Semua Negeri
5 Oktober Sabtu Ulangtahun YDPN Sabah Sabah
12 Oktober Sabtu Hari Keputeraan YDPN Melaka Melaka
15 Oktober Selasa Hari Raya Haji * Semua Negeri
16 Oktober Rabu Hari Raya Haji (Hari Ke-2) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
24 Oktober Khamis Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
2 November Sabtu Deepavali   Semua Negeri, kecuali Sarawak dan Labuan
5 November Selasa Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri
11 & 12 November Isnin & Selasa Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
22 November Jumaat Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
9 Disember Isnin Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor
11 Disember Rabu Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Disember Rabu Krismas Semua Negeri

Anda juga boleh lihat senarai rasmi dari laman web Kabinet Malaysia (file pdf) . Semoga senarai cuti umum ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Related posts:

  1. Selamat Tahun Baru 2013
  2. Senarai Telefon Pintar Bajet 2013
  3. Senarai Program pay per lead di Malaysia
  4. Pantun Lawak Hari Raya
  5. Senarai Program Affiliate Malaysia 2007

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge