Senarai Telefon Pintar Bajet 2013

Sempena Bajet 2013 yang lalu, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda senarai telefon pintar Bajet 2013 dimana pembeli yang layak akan menerima rebet RM200 bagi senarai telefon pintar terpilih.

Senarai telefon pintar Bajet 2013 ini adalah selaras dengan kenyataan akhbar oleh pihak SKMM dan senarai bertarikh 25 Disember 2012 ini  mengandung 23 jenis telefon pintar akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Senarai Telefon Pintar Rebat RM200 Bajet 2013 |  Senarai Telefon Pintar Bajet 2013

 

 

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

banner2 |  Senarai Telefon Pintar Bajet 2013

 

 

 

Apa pula kelayakan rebat telefon pintar ini?

Jika anda berusia diantara 21 hingga 40 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, maka anda layak untuk mendapatkan rebat telefon pintar bajet 2013 ini dari pengedar yang sah. Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan akhbar sebelum ini.

Had Umur Kelayakan Dapat Rebat Telefon Pintar RM200 Dinaikkan

Had umur untuk layak mendapatkan rebat telefon pintar RM200 yang diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan bajet 2013 bakal dinaikkan kepada 40 tahun selepas Datuk Seri Rais Yatim meminta kementerian mengkaji semula syor tersebut.

Menurut Datuk Seri Rais Yatim, pengumuman perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu telah menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat.

Walupun begitu, takrif untuk belia adalah golongan yang berusia 40 tahun ke bawah, kata Rais dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan mengemukakan syor berkenaan.

Semasa ditanya oleh pihak media, Rais memberitahu kementerian itu masih belum menetapkan kaedah untuk menyalurkan bantuan dalam Pakej Komunikasi Belia itu. Beliau diminta menjelaskan kaedah tersebut disebabkan timbul kebimbangan bahawa bantuan itu akan disalahguna.

Related posts:

  1. Jadual Pembayaran Gaji 2013
  2. Malaysia Bakal Laksanakan Format Baru Perkhidmatan Telefon Selular dengan 3 + 8
  3. Menjaga Keselamatan Telefon Bimbit Anda

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge