Siapa Lagi Yang Mahu Berjaya Dengan Hanya Berpandukan Empat Kata Kunci?

Siapa model insan berjaya anda? Mungkin ibubapa anda? Tokoh korporat? Artis ternama? Atau tokoh agama (jika kejayaan anda bukan setakat di dunia saja…)? Siapa?

Jika anda jelas siapa model anda, dapatkah anda simpulkan kunci-kunci kejayaan mereka? Dapatkah anda jadikan kunci-kunci tersebut pelan tindak kejayaan anda sendiri?

Bagaimana jika ada seorang teman karib anda datang kepada anda pada suatu hari dan sungguh tidak sabar berkongsi dengan anda rahsia kejayaan modelnya yang secara kebetulan juga merupakan model insan berjaya anda, anda tentu akan memberi sepenuh perhatian bukan?

Izinkan saya menjadi teman karib anda itu dan inilah empat kata kunci kejayaan sebenar…yang boleh diringkaskan dengan akronim KeRIS (senjata turun temurun Pahlawan Melayu):
1)Kepakaran (Ke).
2)Rakan taulan (R).
3)Idea (I).
4)Sumber (S).

Berikut adalah kupasan tiap satu kata kunci tersebut.

1) Kepakaran.
————-
Seorang ahli cerdik pandai pernah berkata,”Jika sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya, tunggulah saat datangnya kehancuran!”. Al-Quran, sumber rujukan utama umat Islam dalam satu Surah menggariskan,”Tanyalah kepada Ahli Zikir (pakar-pakar)jika sekiranya kamu tidak mengetahui.”

Jelas.

Untuk berjaya dalam apa lapangan sekalipun, kepakaran penting!Kepakaran bermula dengan ilmu yang diterjemahkan kepada tindakan berkesan. Ilmu sahaja tiada kesan nyata bak kata pepatah Arab: Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.

Inginkan kejayan sebenar? Kuasai bidang ilmu, terjemahkan ilmu kepada tindakan atau pelajari dari yang pakar. Ini maksud kata kunci pertama: kepakaran.

2)Rakan taulan.
—————
Kata kunci ini merujuk kepada jaringan rakan-rakan yang dapat membantu kita berjaya.

Saya pernah berbincang dengan seorang kawan yang terlibat dengan insuran. Selepas berhenti kerja dan memberi tumpuan 100% kepada insuran, sekarang, selepas 3 tahun berkecimpung, dia sudah ada satu ajensi dan sebuah BMW 5 Series sebagai bukti kejayaan.

Nasihatnya,”Zaman ini zaman ‘know who’ bukan ‘know what’. Tengok, Si Fulan lebih pandai dari aku sebab ada Master, tapi kalau masih angkut beg turun naik tangga pejabat, naik kancil je, aku sikit pun tak rasa malu!.”

‘Know who’=jaringan rakan-rakan yang boleh membantu anda berjaya. Perkasakan jaringan anda dan kejayaan sebenar akan menjengah bila-bila sahaja.

3)Idea.
——-
Untuk berjaya perlu ada idea. Satu idea. Seperti kata-kata hikmat Dato’ Dr. Hj. Fadhilah Kamsah dalam kaset 50 Langkah Usahawan Cemerlang,”Idea anda mungkin bernilai seringgit, tetapi jika diselusuri, nilainya mungkin meningkat jutaan ringgit!”

Penulis Kewangan terkenal Robert Kiyosaki juga memberi pendapat sama.Kata beliau,”Money is just an idea (Wang hanyalah satu idea).” Apa idea kejayaan anda?

Ramai orang ingin berjaya tetapi tiada idea bagaimana nak berjaya. Saya kongsi satu idea, contohi IDEA mereka yang berjaya. Contohi bukan tiru! Anda boleh berjaya dengan cara anda sendiri tapi contohi mereka yang berjaya. Jadi, anda tak perlu idea sendiri untuk berjaya sebenarnya. Tiada idea bukan satu alasan untuk tidak berjaya.

4)Sumber.
———-
Hanya ada dua sumber utama yang perlu anda beri perhatian: wang dan masa.

Ada orang nak berjaya tapi tiada wang contohnya mereka yang ingin berniaga. Bila ditanya mengapa buka gerai aje? Jawap mereka,”Takde modal!.” Tiada wang la tu maknanya.

Ada segolongan lagi yang ada wang tapi tiada masa. Cuba lihat golongan pekerja elit di syarikat-syarikat besar. Jika ditanya,”Mengapa tak mahu buat apa yang kamu selalu impikan?”. Tentu jawap mereka,”Banyak kerja. Mana ada masa kejar impian.”

Betulkah begitu? Ini senario biasa hari ini.

Tapi untuk anda yang ingin benar-benar berjaya, uruskan dua sumber utama ini: wang dan masa, dan uruskan keduanya sebaik mungkin. Tiada masalah untuk tempa kejayaan. Jika anda ingin berjaya tapi tiada wang, belajar berjaya dengan wang orang lain (jangan ambil ALONG sudahla…).

Jika anda ingin berjaya tapi tiada masa, belajar berjaya dengan gunakan masa orang lain (sokongan orng lain). Anda tak perlu buat semua perkara dan memang anda takkan mampu buat kesemuanya.

Cari mereka yang ada kesempatan dan mampu buat untuk anda.

Maufakat bawa berkat!

Kesimpulannya, kejayaan sebenar bukan sukar untuk dinikmati dengan syarat anda tumpukan perhatian anda kepada empat kata kunci ini; tingkatkan kepakaran, kukuhkan jaringan rakan taulan, semai idea bernas, dan uruskan dua sumber utama – wang dan masa – sebaiknya.

Tak perlu kejar kejayaan. Kejayaan akan datang mencari. Anda kini ‘magnet’ kejayaan!

About the Author
Nezrul Hisyam AG sedang melakar jalan keusahawanan di dunia Siber. Hasil usaha beliau dapat dilihat di www.karungwang.com dan di www.nezrulh.wordpress.com

Related posts:

  1. Lima Sebab Perniagaan Internet Tidak Berjaya
  2. Membawa Langkah-Langkah Usahawan Terbilang Pakar Motivasi Dr Fadzilah Kamsah ‘Offline’ Ke ‘Online’.
  3. BUAT DUIT PERCUMA DENGAN HANYA MEMBACA EMAIL

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge