Strategi untuk menghafal ayat Al Quran.

Berikut adalah antara strategi yang anda boleh gunakan untuk menghafal Al –Quran.

Anda hafal Al –Quran secara duo iaitu berdua. Apabila anda lakukannya secara berjemaah, anda akan lebih semangat dan cepat ingat. Pagi – pagi, anda hafal ayat Al –Quran dengan cara mengulang – ulang sehingga anda ingat. Pada petangnya, anda suruh rakan anda periksa bacaan anda.
Baca seluruh surah sebanyak dua tiga kali sehingga anda biasa dengan ayat – ayat Al –Quran yang terdapat dalam surah tersebut. Kemudian, baru anda mulakan hafalan 5 hingga 7 ayat dalam masa sehari bergantung kepada panjangnya sesuatu ayat. Esoknya anda baca seluruh ayat Al –Quran sekali dan hafal 5 hingga 7 ayat seterusnya. Apabila anda sudah biasa dengan bacaan dalam surah tersebut, anda akan hafal dengan laju.
Untuk menghafal satu ayat Al –Quran, anda boleh ulang baca sehingga anda betul – betul menghafal atau ingat.
Betulkan bacaan anda dari segi sebutan dan tajwid. Apabila cara bacaan anda betul, anda akan rasa lebih senang untuk menghafal ayat Al Quran. Lebih baik, anda belajar bahasa arab dan kuasai bahasa arab. Yalah, apabila anda mahir berbahasa inggeris contohnya, anda akan lebih senang menghafal lagu bahasa inggeris. Begitu juga dengan Al –Quran di mana anda akan senang untuk menghafal ayat Al –Quran jika anda mahir berbahasa arab.
Amalkan puasa sunat pada isnin dan khamis. Pada hari yang anda tidak puasa , anda jangan makan terlalu banyak. Perut yang terlalu kenyang akan menyukarkan anda untuk membaca dan menghafal Al –quran. Apabila perut anda kosong, anda akan rasa lebih tenang dan senang untuk menghafal ayat Al –Quran.

Ayat Al –quran adalah kalam Allah di mana anda wajar memuliakannya dengan menghafal ayat Al –Quran. Walaubagaimanapun, pastikan anda menghafal Al Quran kerana anda ikhlas hendak menghafalnya.

Related posts:

  1. Perkara yang akan terjadi jika anda tidak belajar Al Quran.
  2. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.
  3. Cara syaitan dan iblis menghasut kita berkenaan dengan Al –Quran.
  4. Berdoa dengan bacaan Al-Quran.
  5. Baca Al Quran sehingga sampai ke hati anda.