Posts Tagged ‘Clickbank

Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Clickbank?

Salah satu topik paling panas dalam program buat duit di internet di Malaysia ialah program buat duit dengan Clickbank. Sejak testimoni saya keluar di web pakej video oleh Puan Lisa Hilmi, ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan cara nak buat duit dengan clickbank.

cover laporan10formula buatduitdenganclickbank |  Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Clickbank?

Dan salah satu-satunya produk yang sarankan kepada mereka ialah ebook Panduan Clickbank yang ditulis oleh saudara Mawardee. Ia adalah ebook yang sangat padat dan sesuai dibaca oleh mereka yang tercari-cari maklumat buat duit dengan clickbank dalam bahasa Melayu.

Download disini.

Kini, Mawardee telah keluarkan satu laporan percuma bertajuk “10 Formula Clickbank”. Saya dah download dan baca ebook ini. Walaupun sekadar 32 mukasurat, banyak informasi baru yang dapat dipelajari.

Laporan ini adalah percuma jika anda download sebelum 2 Oktober (Jumaat) , sebelum jam 3.30 petang. Ia adalah sempena Jualan Penghabisan Stok produk “Panduan Clickbank”.

Download sekarang sebelum ia dijual pada harga RM67!

Update 2012 : Buat Duit Dengan Clickbank

Produk diatas sudah tidak ditawarkan. Tapi anda boleh cuba baca review saya tentang produk Teknik Clickbank yang memberikan update terkini panduan tentang cara nak buat duit dengan Clickbank ni.

Tags : , , , , , , , , , , , , , ,

Akhirnya… Cek Clickbank dah tukar jadi duit

Alhamdulillah, pada 19 hb Februari 2009, cek clickbank pertama saya dah berjaya “dicairkan” ke akaun bank saya. Agak terkejut dengan jumlahnya, dengan kadar tukaran wang asing sebanyak 1usd=RM3.6, ia jumlah yang tidak dijangka. Dan hari ini, cek kedua juga dah berjaya “dicairkan”. Tengah menanti cek ketiga pulak. Lagi 2 minggu kot.

Dari pengiraan saya, CIMB mengambil masa selama 42 hari untuk clearkan cek ini. Kira okla sebab sebelum ni saya dimaklumkan selewatnya akan settle dalam 45 hari. Untuk cek kedua, rasanya dalam 40 hari je diaorang clearkan. Saya tak pasti berapa caj yang dikenakan. Dari penyata bank saya, cuma ada caj “debit advice” sebanyak 15 sen sahaja. Tak tau la kalau caj-caj lain yang dah diaorang tolak awal-awal lagi.

Screenshot? Kali ni saya tak buat screenshot. Ada masalah sket dengan “tetikus” saya. Tanpanya, memang susah nak mengedit grafik.

Ini semua adalah hasil dari usaha saya dengan projek youtube – berdasarkan kepada pakej video yang Puan Lisa jual hari tu. Dan saya tengok, surat jualan Pakej Video ada beberapa pembaharuan, dan testimoni saya pun ada disitu.

Bagi saya , pakej ni memang mudah nak diaplikasikan, TAPI….. nak kena fokus dan konsisten. Kalau kejap buat, kejap idak. Mungkin susah untuk nampak hasilnya. Yang penting.. kena ikut segala teknik yang diajar oleh Puan Lisa, dan juga segala updates yang diberi, kita kena ambik tindakan jugak.

Puan Lisa ada maklumkan ada pembeli yang dah berjaya dapat lebih RM10ribu dengan teknik ni. Memang tak mustahil sebab mereka fokus dan konsisten dalam menjayakannya.

Bagi yang belum dapatkannya, bolehla dapatkan sekarang. Ada BONUS TAMBAHAN yang baru dimasukkan. (berkaitan Clickbank) . Maklumla, Clickbank sekarang ni semakin panas dikalangan rakyat Malaysia.

Update 2012 : Buat Duit Dengan Clickbank

Produk diatas sudah tidak ditawarkan. Tapi anda boleh cuba baca review saya tentang produk Teknik Clickbank yang memberikan update terkini panduan tentang cara nak buat duit dengan Clickbank ni.

Dan bonus yang paling mahal (dan saya suka) ialah peluang berYM dengan Puan Lisa. Banyak ilmu tentang perniagaan internet yang boleh diperolehi dari dia.

Dok pikir nak buat apa dengan duit tu. Maybe kena ikut saranan yang ada disini .

Tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

Cek Clickbank Pertamaku

Alhamdulillah, semalam cek Clickbank pertama yang sangat dinantikan dah tiba. Berapa jumlahnya ? $487.72 . Banyak ke? Bagi saya nilai ni sangat banyak. Maklumla, orang tak pernah dapat income sebanyak ni. Post kali ni sebagai penguat semangat saya untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Dulu jealous tengok cek orang dapat beratus-ratus, malah beribu dollar, alhamdulillah kali ni giliran saya pulak.

cek clickbank pertama 300x225 |  Cek Clickbank Pertamaku

Terkejut jugak sebab rasa macam cepat je cek ni sampai . Cek tu dihantar pada 24 Disember 2008 dan sampai ke rumah saya pada 5 Januari 2009 . Maknanya Clickbank cuma ambil masa 12 hari je untuk sampai. Saya target cek ni akan sampai dalam 15haribulan.

Cek ni adalah hasil dari projek Youtube yang saya ada saya ceritakan pada posting yang lepas.  Cek ini dah pun saya bank in kan ke akaun CIMB saya. Pegawai tu kata, paling lewat ambik masa 45 hari untuk clear. Kita tunggu je lah ye

Tags : ,