Posts Tagged ‘kerja dari rumah

Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance – part 1

kerja dari rumah tanpa modal freelancer |  Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance   part 1Internet adalah lubuk duit dan peluang kerja dari rumah tanpa modal merupakan salah satu peluang buat duit yang tidak wajar dilepaskan. Salah satu peluang kerja sambilan yang adalah ialah sebagai freelancer.

Internet bukanlah perniagaan trend atau sesuatu yang akan di telan zaman. Selagi ada internet, selagi itulah perniagaan internet akan wujud. Ia adalah sama dengan situasi stesyen minyak. Selagi wujud kenderaan dan loji minyak mentah, stesyen minyak tetap akan menjadi perniagaan yang relevan.

Jadi, kenapa tunggu lagi? Marilah sertai perniagaan yang tiada had ini sama ada secara part time atau full time. Namun, ada satu lagi perkara yang anda perlu tahu dalam perniagaan internet ini iaitu perniagaan ini mampu memberi anda pendapatan segera kepada anda walaupun anda hanya membuat kerja dari rumah tanpa modal.

Apa yang anda perlu ada adalah sambungan internet dan sedikit kemahiran, anda sudah boleh memulakan pencarian wang anda. Perniagaan yang saya maksudkan adalah buat duit melalui freelance iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain.
Read the rest of this entry »

Tags : , , , ,

Peluang kerja sambilan di rumah tanpa modal ?

kerja sambilan tanpa modal |  Peluang kerja sambilan di rumah tanpa modal ?Ramai yang mencari peluang kerja sambilan di rumah tanpa modal. Siapa yang tak nak kan? Jom kita bayangkan sambil buat kerja di rumah, kita hanya ber t-shirt dan kain batik (sebab saya perempuan). Tak perlu make up dan pakaian formal .Sambil menaip depan komputer di ruang tamu dan menghirup air milo panas.  Dan dapat menjana pendapatan pasif walaupun ketika tidur. Wah! mesti best kan.

Memang itu satu pengalaman yang menyenangkan sebab saya dah alaminya. Dan saya pasti ramai yang turut mengidamkan suasana kerja sambilan di rumah seperti ini. Tapi, yang jadi persoalannya ialah.. ada ke peluang nak kerja sambilan di rumah tanpa modal seperti ni. Maklumla, dari post saya tentang peluang kerja sambilan gayapos sebelum ini, ada banyak yang meninggalkan komen bahawa mereka tertipu.

Kali ni saya akan kongsikan beberapa peluang kerja sambilan yang boleh anda lakukan dirumah tanpa sebarang modal.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,

Bukan senang jadi suri rumah

Artikel ni saya jumpa masa dok mencari-cari info tentang life surirumah. Walaupun dah 8 tahun saya jadi surirumah, kadang-kadang ada rasa rendah diri. Dan artikel ini membuka mata saya bahawa surirumah bukanlah satu tugas yang perlu dipandang remeh. Jom baca

Amanah berat bukan setakat layan suami tetapi didik anak

“KAMI tak kerja, hanya suri rumah sepenuh masa,” itulah kata-kata wanita yang tiada kerjaya tetap di luar rumah.

Seorang pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah, pernah menegur sikap rendah diri suri rumah yang tidak mengaku urusan rumah tangga sebagai kerjaya ketika memberi ceramah di Masjid Bandar Baru Sentul, baru-baru ini.

Menurutnya, memanglah tugas suri rumah tidak diiktiraf sebagai kerjaya kerana ia tidak mendapat gaji tetap setiap bulan.

Bagaimanapun, tanggungjawab golongan ini menguruskan rumah tangga, mendidik anak tidak harus diperkecilkan.

Seseorang suami katanya, patut membayar upah setimpal di atas pengorbanan isteri menguruskan keluarga dengan baik.

Bagaimanapun, katanya, wanita yang menjadi suri rumah perlu reda melakukan tugas diamanahkan itu walaupun tidak mendapat ganjaran sewajarnya.

Tugas suri rumah bukan setakat melayan suami dan melahirkan zuriat, tetapi amanah yang dipikul amat berat kerana ia membabitkan usaha melahirkan generasi pewaris negara. Kerja di rumah tiada pengkhususan seperti dibuat oleh mereka yang bekerja secara formal di pejabat. Malah ada suri rumah bekerja mengatakan, masa rehat sebenar ialah ketika berada di pejabat.

Apa tidaknya, celik je mata tanda bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur.

Malah sebelum tidur, seseorang suri rumah sudah merancang apa yang hendak dibuat keesokannya. Perkara pertama yang difikirkan ialah menyediakan sarapan untuk anak dan suami supaya ceria sebelum memulakan tugas masing-masing, kemudian mengemas rumah, membasuh pakaian, ke pasar membeli keperluan untuk sajian tengah hari.

Waktu senggang bergantung kepada keadaan anak. Kalau anak masih kecil memang tak menang tangan menyediakan keperluan mereka. Itu belum lagi berdepan masalah kesihatan keluarga. Anak yang sakit biasanya lebih memerlukan pemerhatian ibu berbanding bapa.

Kongsi rasa kali ini cuba menyelami kerjaya suri rumah. Peranan suri rumah sebagai penggerak ekonomi keluarga penting. Jika suami ibarat `Perdana Menteri’ yang mengatur pentadbiran rumah tangga, peranan si isteri pula samalah seperti `Menteri Kewangan’ merangkap ‘Menteri Pembangunan Keluarga’. Jika pandai merancang perbelanjaan harian serta urusan rumah tangga lain seperti ada kepakaran menjahit pakaian, boleh membantu memantapkan ekonomi keluarga.

Memang tidak salah wanita berpendidikan tinggi bekerja di luar sana, tetapi mereka kena pandai memainkan peranan sebagai suri dan wanita berkerjaya. Dalam melaksanakan dua peranan inilah kadang-kadang ada pihak yang terabai.

Golongan yang berpendidikan tinggi memang aset penting kepada negara. Ada sesetengah menganggap rugi golongan yang berpendidikan tinggi tidak bekerja.

Tetapi jika dilihat banyak kes penderaan kanak-kanak yang ditinggal di rumah pengasuh, gejala sosial membabitkan anak muda, Akak rasa peranan wanita perlu dilebihkan kepada rumah tangga. Tak guna kita memiliki kemewahan hidup dengan wang ringgit berkepuk, tetapi anak kehilangan kasih ibu sendiri. Anak yang sepatutnya disuap ibu, sebaliknya dilayan pembantu rumah atau diletakkan di pusat jagaan.

Tidak hairanlah apabila dewasa, si anak tidak berasa bersalah membiarkan ibu bapa hidup sendirian kerana menganggap tuntutan tugas lebih penting daripada melayan kerenah orang tua.

Jika dulu anak diletakkan di pusat jagaan, kini giliran ibu bapa pula menagih kasih di rumah orang tua.

Untuk mengelak pusingan roda kehidupan itu menular kita, mengapa tidak kita kembalikan fungsi rumahku syurgaku dengan membetulkan peranan setiap anggota dalam keluarga.

Bapa wajar bertanggungjawab memberikan rezeki kepada keluarga bukan menyerahkan tugas mencari rezeki kepada isteri.

Jika kelebihan ada pada isteri untuk bekerja di luar rumah, tak salah juga bagi suami mengambil alih kerja mengurus rumah tangga.

Bagaimanapun sudah fitrah, seorang suami ada ego yang menganggap kerja di rumah remeh. Jika mereka tidak mahu imej tercalar kerana mengambil alih tugas suri rumah, mereka patut menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sumber:  Sumber Artikel Bukan Senang jadi surirumah

Tags : , , , , , , ,