Posts Tagged ‘zakat fitrah
Cara bayar Zakat Fitrah 2012 Melalui SMS
Kali ni saya nak berkongsi cara bayar zakat fitrah melalui sms. Memang ada banyak cara untuk membuat bayaran zakat fitrah tahun 2012 ini, samada secara online ataupun offline. Amil pusat zakat juga ada di pelbagai lokasi terpilih seperti di pusat-pusat membeli-belah dan pasar selain kaunter zakat dibuka setiap hari termasuk hari cuti.

Berikut adalah pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Zakat Selangor tentang cara bayar zakat fitrah melalui sms.
Kadar Zakat Fitrah 2012 Seluruh Malaysia
Pasti ramai ingin tahu tentang berapakah nilai bayaran atau kadar zakat fitrah 2012 kerana ia adalah kewajipan kepada semua umat Islam. Maklumlah, sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa.
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .
Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya . Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .
Berikut adalah kadar zakat fitrah 2012 untuk seluruh rakyat Malaysia
Sumber grafik
Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang zakat fitrah, boleh rujuk disini. Harap info kadar zakat fitrah 2012 ini akan dapat membantu anda membuat bayaran zakat fitrah anda dan keluarga dalam jumlah dan tempoh yang ditetapkan.






