Teknik Hadiah Percuma untuk melariskan jualan

Apa yang percuma ya? Habislah perniagaan saya jika semuanya percuma! Jangan salah anggap tajuk perbincangan ini. Maksud saya ialah sediakan sesuatu yang percuma untuk pelanggan anda, jika mereka membeli dari anda.

Ada sesetengah kes dimana ada pelanggan yang membeli produk hanya untuk mendapatkan hadiah percuma sahaja. Jika anda menawarkan sesuatu yang istimewa untuk mereka, mereka akan merasa apa yang mereka laburkan adalah berbaloi…senang cerita, mereka dapat lebih daripada apa yang mereka bayar. Akhirnya, laman web anda menjadi tumpuan.

Jika anda menjual buku ‘Panduan Membaiki Kereta’, anda boleh berikan pembeli anda sebuah buku ‘Bagaimana Memilih Kereta Idaman’ atau berikan mereka percuma alat penjimatan minyak. Bonus atau pemberian percuma anda tidak terhad kepada produk digital atau fizikal sahaja, malah anda boleh tawarkan kepada mereka voucher pembelian untuk produk anda yang lain atau membeli belah di Giant, Carrefour atau apa sahaja. Tawarkan juga khidmat pelanggan secara percuma agar mereka melihat anda seorang peniaga yang benar – benar ikhlas dan profesional.

Harus diingat juga, jangan berikan pelanggan anda bonus ‘sampah’ yang tidak berkualiti dan lapuk. Contohnya, anda menjual ‘Panduan Membaiki Kereta’, jangan pula anda berikan ‘Resepi Masakan Melayu’ kepada pelanggan anda, kerana bonus yang anda tawarkan tiada kaitan langsung dengan produk anda. Ini menyebabkan anda kelihatan ‘hentam keromo’ sahaja dalam perniagaan.

Oleh itu, sediakan bonus yang benar – benar berkualiti dan dapat membantu pelanggan anda. Dengan menyediakan bonus yang berkualiti, jualan laman web anda akan meningkat sekurang – kurangnya 50%. Berikan lebih kepada pelanggan anda!

Related posts:

  1. Cara Mendapatkan Testimoni Untuk Melariskan Jualan
  2. 3 strategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.
  3. 3 teknik untuk cari idea tajuk ebook – part 1
  4. 65+ Web Iklan Percuma untuk Promosi Produk Anda
  5. 17 ebook Percuma untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge