Tenangkan hati dengan membaca AL-Quran.

Al-Quran adalah kalam Allah di mana ia mengandungi perintah – perintah Allah taala yang di turunkan pada Nabi Muhammad S.A.W.
Jadi, apabila hati anda rasa gusar, anda boleh baca Al – Quran untuk tenangkan hati anda.
Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

Hati yang gusar dan tidak tenang akan kembali tenang apabila ia mendengar ayat – ayat Allah taala. Sebagai seorang islam, anda perlu yakin bahawa ketenangan itu hanya datang dari Allah taala. Namun, anda perlu ingat yang Allah taala akan utamakan bantuan kepada mereka yang berusaha. Baca Al-Quran dengan ikhlas kerana Allah taala adalah usaha untuk anda cari ketenangan hati.

Hati kita selalu berkarat. Tambahan lagi dengan situasi dunia yang terlalu kelam kabut sekarang ini, membuatkan hati kita selalu tidak tenang. Bacalah Al-Quran dengan ikhlas supaya hati kita sentiasa di pelihara Allah taala.

Related posts:

  1. Kelebihan membaca AL-quran yang anda perlu tahu.
  2. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.
  3. Belajar Al Quran melalui amalan.
  4. Baca Al Quran sehingga sampai ke hati anda.
  5. Al Quran adalah panduan hidup untuk kita ikut.