Tiada jalan mudah untuk kita memahami Al –Quran.

Orang islam sekarang semakin suka mengambil jalan mudah iaitu mereka lebih suka berfikir dan mengambil tahu daripada berfikir yang di sertakan amalan. Di sebabkan orang islam sekarang suka mengambil mudah, mereka mengambil mudah mengenai Al –Quran dan amalan membaca Al –Quran sudah mereka tinggalkan secara perlahan – lahan tanpa mereka sedar.

Untuk menyedapkan hati, mereka akan dengar bacaan Al –Quran tanpa ada usaha untuk memahami apa yang Al –Quran ceritakan. Untuk jadi orang yang benar – benar beriman, kita tidak boleh lari daripada aktiviti memahami AL –Quran. Untuk memahami ayat Al – Quran pula, kita perlu membacanya sendiri. Kita tidak boleh suruh orang lain baca dan anggap kita sudah faham apa yang di ceritakan di dalam Al –Quran. Kita perlu baca sendiri supaya , kemudian barulah kita faham apa yang Al Quran ceritakan.

Jika anda tidak reti membaca Al –Quran, anda perlu belajar. Selepas anda belajar membaca Al –Quran, anda perlu belajar bahasa Arab. Ini kerana bahasa Arab adalah bahasa yang di gunakan di dalam Al –Quran. Untuk anda memahami AL –Quran, anda perlu belajar bahasanya dahulu. Memang tidak ada jalan mudah kerana memang tugas anda untuk beribadah pada Allah taala.

Anda tidak boleh berharap pada terjemahan kerana struktur ayat mungkin berbeza dan ia akan beri anda kefahaman yang berbeza nanti. Saya ulangi, tidak ada jalan mudah untuk kita memahami Al –Quran melainkan kita berusaha sendiri membaca dan memahami sendiri apa yang terdapat di dalam Al –Quran. Jika anda rasa susah, anda usaha lagi sampai anda berjaya. Wallahualam.

Related posts:

  1. Perkara yang akan terjadi jika anda tidak belajar Al Quran.
  2. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.
  3. Menyampaikan isi Al-Quran melalui amalan adalah tanggungjawab kita.
  4. Cara syaitan dan iblis menghasut kita berkenaan dengan Al –Quran.
  5. Al Quran adalah panduan hidup untuk kita ikut.