Tip belajar seluruh isi Al Quran .

Al –Quran adalah panduan hidup bagi umat islam. Jadi, kita semua perlu ada sikap hendak membaca Al –Quran dan mengulang baca sehinggalah kita tiada lagi di dunia ini. Namun, sikap suka membaca Al –Quran seperti sudah hilang daripada jati diri seorang islam.

Sekarang, orang islam lebih suka melakukan perkara mengikut emosi tanpa berusaha untuk belajar memahami Al –Quran secara menyeluruh. Sebagai seorang islam, anda tidak boleh hanya belajar bab – bab tertentu sahaja di dalam Al –Quran. Anda perlu belajar semua kerana Nabi Muhammad S.A.W berdakwah berdasarkan seluruh isi Al – Quran. Jadi, tidak wajar untuk anda memilih bulu ketika belajar isi Al – Quran.

Salah satu cara hendak mendisiplinkan diri mempelajari seluruh isi Al –Quran adalah sentiasa membaca Al – Quran sehingga khatam dan mengulang baca sehingga khatam buat seumur hidup anda. Apabila anda selalu baca AL –Quran sehingga khatam, anda akan tahu dengan jelas apa yang di ceritakan di dalam Al –Quran, insyaAllah.

Untuk memahami isi Al – Quran dengan jelas, anda perlu membacanya sehingga khatam dengan pantas dan ulang baca dengan kerap tanpa henti. InsyaAllah selepas beberapa kali anda khatam membaca Al – Quran, anda akan mula memahami isi Al –Quran sedikit demi sedikit.

Di sebabkan anda perlu bacanya sehingga khatam dengan pantas, anda perlu ada teknik atau strategi untuk melakukan. Strategi yang anda boleh gunakan adalah baca dua halaman sebelum dan selepas solat fardhu. Itu bermakna bagi setiap solat fardhu, anda baca empat halaman Al- Quran.

InsyaAllah, selepas sebulan anda akan berjaya khatamkan Al –Quran dengan jayanya. Apabila anda sudah khatam, anda terus mula dari awal – awal. Anda jangan tangguh kerana ilmu tidak akan menunggu anda, anda yang perlu mengejarnya. Wallahualam.

Related posts:

  1. Tiada jalan mudah untuk kita memahami Al –Quran.
  2. Perkara yang akan terjadi jika anda tidak belajar Al Quran.
  3. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.
  4. Menyampaikan isi Al-Quran melalui amalan adalah tanggungjawab kita.
  5. Belajar Al Quran melalui amalan.