Tip memujuk diri untuk konsisten membaca Al-Quran.

Jika anda ada masalah yang teruk untuk konsisten membaca AL-Quran pada setiap hari, anda boleh ikut tip di bawah

Diri kita secara realitinya memang degil untuk disiplinkan diri melakukan kebaikan. Sebab itu jihad terbaik adalah jihad melawan diri sendiri. Untuk tewaskan diri kita yang degil, anda perlu belajar bersikap ikhlas. Setiap hari, anda kata pada diri anda untuk ikhlas baca Al-Quran selama lima minit. InsyaAllah, selepas beberapa minggu, anda akan konsisten membaca Al-Quran pada setiap hari.
Kuatkan rasa cinta anda pada Allah taala dan Rasulullah S.A.W. Namun, rasa cinta sahaja tidak cukup jika anda tidak berani tunjukkan pada Allah taala. Untuk itu, anda baca Al-Quran sebagai bukti anda rasa cinta pada Allah taala dan RasulNya.
Belajar membaca Al-Quran dengan betul supaya anda rasa yakin untuk bacanya pada setiap hari. Kadangkala anda rasa malas hendak baca Al-Quran adalah kerana anda rasa diri anda tidak hebat membaca AL-Quran.Oleh itu, anda belajar cara hendak baca Al-Quran dengan betul. Apabila anda tahu, anda akan rasa yakin. Seterusnya anda pasti tidak ada masalah untuk terus membacanya pada setiap hari.
Sebelum tidur, anda baca Al-Quran sebagai tanda anda bersyukur pada Allah taala. Apabila anda setkan di dalam minda untuk baca Al-Quran sebagai tanda anda bersyukur pada Allah taala, anda pasti akan rasa ketagih untuk terus membacanya.
Sentiasa jadikan Al-Quran pegangan hidup di mana anda perlu rujuknya pada setiap hari untuk perbaiki diri anda. Jika anda ingin perbaiki diri anda supaya menjadi lebih baik, anda tidak boleh lari dari tidak merujuk Al-Quran.
Wallahualam.

Related posts:

  1. Tenangkan hati dengan membaca AL-Quran.
  2. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.
  3. Kelebihan membaca AL-quran yang anda perlu tahu.
  4. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.
  5. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.