Tip mendidik anak – anak untuk membaca Al –Quran.

Jika anda mahu anak – anak anda tidak liat ketika membaca Al –Quran, anda perlu mula mengajar mereka membaca Al –Quran sejak dari kecil lagi. Anak – anak sekarang bukan seperti anak – anak di zaman kita di mana kita terpaksa tunggu umur 7 hingga 8 tahun baru di hantar ke kelas mengaji. Saya lihat sekarang ramai anak – anak matang awal dan boleh membaca se awal umur 3 dan 4 tahun. Jadi, apabila anda lihat anak anda sudah ada minat untuk belajar membaca, anda terus hantar dia ke kelas mengaji.
Selalu bercerita pada anak – anak anda mengenai kisah – kisah yang ada di dalam Al –Quran.
Perkenalkan Al –Quran pada anak – anak anda secara langsung. Maksudnya anda ajar anak anda secara langsung mengenai Al –Quran dan kepentingan mereka untuk berpegang dan membaca Al –Quran.
Hantar anak – anak anda ke sekolah agama.
Anda amalkan pembacaan Al –Quran pada setiap hari.
Sebelum anak – anak anda tidur, anda suruh mereka untuk baca Al –Quran walaupun satu helai. Apabila membaca Al –Quran pada setiap hari, mereka akhirnya akan rasa seronok untuk terus membaca walaupun pada awalnya mereka rasa terpaksa untuk baca.
Bagi anak yang sudah remaja tetapi anda baru sedar untuk ajar mereka membaca Al –Quran, anda perlu gunakan sedikit ketegasan. Anda perlu bersikap sedikit tegas supaya mereka mahu belajar membaca Al –Quran.
Sentiasa bercerita pada anak – anak mengenai kelebihan mereka yang selalu membaca Al –Quran.
Ajak anak anda untuk sama – sama membaca Al –Quran dengan anda.
Berikan Al –Quran pada setiap anak – anak anda sebagai hadiah.

Related posts:

  1. Tip memujuk diri untuk konsisten membaca Al-Quran.
  2. Tip belajar seluruh isi Al Quran .
  3. Tiada jalan mudah untuk kita memahami Al –Quran.
  4. Perkara yang akan terjadi jika anda tidak belajar Al Quran.
  5. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.