Tip menghafal ayat – ayat Al Quran.

Betulkan bacaan Al –Quran dengan di bimbing seorang guru. Jika bacaan Al –Quran anda pun masih tidak betul, anda akan rasa susah untuk menghafal Al –Quran. Apabila bacaan Al –Quran anda lancar, anda akan rasa lebih selesa untuk menghafal Al –Quran.
Biasakan diri anda membaca Al –Quran . Itu bermakna anda perlu mengkhatam beberapa kali dahulu, barulah anda mencuba untuk menghafal Al –Quran. Jika anda terus pada penghafalan tanpa membiasakan diri membaca Al –Quran, anda akan rasa sangat susah untuk menghafal kerana minda anda tidak biasa dengan bacaan Al –Quran.
Mulakan penghafalan di waktu pagi iaitu pada sebelum subuh atau selepas subuh kerana ketika ini minda anda sangat senang menerima input baru. Jika anda menghafal di waktu petang, anda akan rasa susah nak ingat kerana minda anda sudah penuh dengan maklumat.
Tekad untuk menghafal keseluruhan ayat Al – Quran dalam masa yang sekejap tetapi dalam masa yang sama anda lakukan apa yang anda mampu sahaja. Setiap hari anda hafal ayat Al –Quran mengikutkemampuan anda. Jika hati anda mula berkata tidak, anda berhenti menghafal kerana anda sudah hilang fokus.
Gunakan ayat yang anda hafal di dalam solat. Pastikan anda tahu ayat dan surah yang anda sedang baca.
Belajar bahasa Arab dan dalam masa yang sama anda hafal terjemahan ayat Al-Quran. Memang cara ini sedikit lambat tetapi sekurang – kurangnya, ayat Al-Quran yang anda hafal itu akan lekat pada minda anda untuk masa yang lama.
Berpakat dengan rakan anda untuk menghafal bersama – sama. Apabila kita lakukan sesuatu secara berjemaah, kita akan rasa lebih semangat dan yakin.

Related posts:

  1. Tip mendidik anak – anak untuk membaca Al –Quran.
  2. Tip memujuk diri untuk konsisten membaca Al-Quran.
  3. Tip belajar seluruh isi Al Quran .
  4. Strategi untuk menghafal ayat Al Quran.
  5. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.