Tip rajinkan diri untuk mengkhatam Al Quran.

Bukan semua orang di beri kekuatan untuk membaca Al – Quran. Oleh itu, kita perlu hormat orang yang rajin membaca Al – Quran kerana mereka di pilih Allah taala untuk menjadi pembaca Al – Quran. Jika anda rasa diri anda tidak rajin membaca Al-Quran tetapi di hati anda ingin rajin membaca Al – Quran, anda perlu berusaha dengan berdoa dahulu.

Anda doa pada Allah taala supaya berikan anda kekuatan untuk rajin membaca Al – Quran sehingga khatam Al – Quran tersebut. Selepas berdoa, anda perlu terus membaca Al – Quran. Untuk jadikan diri anda rajin membaca Al – Quran, anda perlu biasakan diri anda dengan bacaan Al – Quran. Itu bermakna anda perlu belajar membaca Al-Quran dengan cara yang betul.

Apabila anda sudah mahir dalam selok belok membaca Al – Quran, anda akan rasa lebih semangat untuk baca Al – Quran. Namun, semangat sahaja tidak cukup jika anda tidak teruskan semangat itu dengan tindakan.

Jadi, anda perlu disiplinkan diri anda membaca Al – Quran satu halaman pada setiap kali anda lakukan solat fardhu. Anda beli Al-Quran kecil untuk anda bawa ke mana sahaja anda pergi. Anda jangan miss walaupun sekali.

Ya, kalau anda hendak rajinkan diri, anda perlu memaksa sedikit diri anda untuk disiplin. Terus membaca AL-Quran setiap kali anda tunaikan solat fardhu. Anda akan terus baca sehinggalah anda khatam bacaan anda.

Anda jangan putus asa atau biarkan diri anda rasa malas untuk baca Al – Quran. Selepas solat atau sebelum solat , anda terus sahaja baca Al-Quran. Jangan fikir sama ada anda sempat atau tidak atau berfikir sesuatu yang negatif. JUST DO IT.

Semoga anda di beri kekuatan membaca Al -Qura
Wallahualam.

Related posts:

  1. Tip menghafal ayat – ayat Al Quran.
  2. Tip mendidik anak – anak untuk membaca Al –Quran.
  3. Tip memujuk diri untuk konsisten membaca Al-Quran.
  4. Tip belajar seluruh isi Al Quran .
  5. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.