Tip untuk belajar isi Al Quran bagi mereka yang bukan pelajar aliran agama.

Sebagai seorang islam, anda pasti ada minat untuk mendalami ilmu Al – Quran walaupun anda bukanlah pelajar aliran agama. Namun, yang jadi penghalang anda dari mendalami ilmu Al – Quran adalah anda tidak tahu cara terbaik hendak belajar. Yalah, anda pasti pening untuk mula belajar dari mana dan paling penting apa yang anda perlu belajar?

Berikut adalah senarai tip bagaimana hendak belajar ilmu mengenai AL – Quran bagi anda yang bukan pelajar dari aliran agama.

Cari kawan di internet yang mempunyai ilmu mengenai Al Quran. Minta tolong kawan baru anda itu untuk berikan sedikit briefing mengenai pelajaran Al –Quran. InsyaAllah dari sini, anda akan tahu apa yang perlu anda lakukan.
Masuk ke forum – forum tempatan yang membincangkan agama. Kemudian, anda buka thread dan nyatakan tujuan anda untuk belajar ilmu Al –Quran. InsyaAllah, ramai yang akan menolong anda nanti. Namun, di forum terdapat ramai mereka yang suka mencurah minyak ke dalam api, oleh itu anda berlu banyak bersabar.
Buat solat hajat meminta supaya Allah taala tunjukkan jalan bagaimana anda hendak belajar ilmu Al –Quran.
Pergi ke masjid terdekat dan tanya imam masjid tersebut di mana anda boleh pergi untuk belajar ilmu agama.
Anda jangan fikir yang ilmu Al – Quran adalah susah. Sebagai umat islam, insyaAllah kita ada kekuatan untuk belajar semua ilmu mengenai islam. Sentiasa berfikir positif dan percaya Allah taala akan bantu anda.
Sentiasa buat carian di internet untuk ambil tahu jika ada kelas – kelas yang di buka untuk umum.
Jangan belajar sendiri dengan hanya membaca buku kerana anda bukanlah pakar. Anda perlu belajar dari guru jika anda ingin dapat pemahaman yang betul.

Related posts:

  1. Tip mendidik anak – anak untuk membaca Al –Quran.
  2. Tip belajar seluruh isi Al Quran .
  3. Tiada jalan mudah untuk kita memahami Al –Quran.
  4. Perkara yang akan terjadi jika anda tidak belajar Al Quran.
  5. Perbaiki diri dengan memahami ayat Al Quran.