Tip untuk buang rasa malu belajar membaca Al-Quran.

Ramai orang kita rasa malu untuk belajar membaca Al-Quran terutama mereka yang sudah berumur ( 40 tahun ke atas ). Sebenarnya tiada apa yang hendak di malukan kerana bukan semua orang dapat hidayah untuk belajar baca Al – Quran. Apabila kita dapat hidayah, kita perlu ada sikap syukur dan terus beramal dengan hidayah yang kita dapat tanpa ada ragu – ragu.

Jika anda rasa malu untuk baca Al-Quran, di bawah ada beberapa tip bagaimana hendak buang rasa malu tersebut.

Anda anggap belajar membaca AL-Quran sebagai jihad anda untuk mengenali Allah taala. Apabila anda anggap ia sebagai jihad, anda tidak boleh rasa malu. Jika anda rasa malu , anda gagal.
Anda just do it. Anda niat hendak belajar membaca Al-Quran kerana Allah taala dan anda terus pergi ke kelas dan belajar. Anda tidak perlu itu dan ini tetapi terus belajar, JUST DO IT.
Manusia ini tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Anda perlu faham itu. Apabila anda redha yang diri anda tidak sempurna, anda akan hilang rasa malu untuk perbaiki diri anda.
Anda jangan peduli suara – suara yang selalu memperli anda jika anda ingin belajar membaca Al-Quran kerana itu membuktikan mereka ada masalah dengan diri mereka. Jika anda ikut apa yang mereka kata iaitu jangan belajar, anda yang akan rugi kerana di akhirat nanti tindakan anda yang di ambil kira, bukannya mereka.
Anda pergi belajar dengan rakan – rakan anda. Apabila anda belajar bersama – sama dengan orang yang anda kenal, anda akan rasa lebih selesa. Namun, jika anda tidak ada rakan, anda buat kawan dengan pelajar sedia ada supaya anda rasa selesa ketika belajar membaca Al-Quran.

Related posts:

  1. Tip untuk belajar isi Al Quran bagi mereka yang bukan pelajar aliran agama.
  2. Tip mendidik anak – anak untuk membaca Al –Quran.
  3. Tip belajar seluruh isi Al Quran .
  4. Tiada jalan mudah untuk kita memahami Al –Quran.
  5. Perkara yang akan terjadi jika anda tidak belajar Al Quran.