Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 1

Hari ini saya akan kongsikan anda Tips Pengurusan Masa Yang Efektif. Oleh sebab ia suatu tajuk yang memerlukan huraian yang panjang lebar, saya akan pecahkan dalam beberapa bahagian.

Masa sebenarnya adalah anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang bernamamanusia yang  amat bernilai. Dengan merujuk surah Al-Asr,surah yang ke-103, dapat dibuat kesimpulan bahawa manusia perlu menyedari bahawa masa adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak boleh  disia-siakan. Justeru itu, demi  kemajuan diri, agama, bangsa dan negara, persoalan masa mestilah diberi perhatian yang  serius.

tips pengurusan masa yang efektif 1a |  Tips Pengurusan Masa Yang Efektif   Part 1 Masa boleh dibahagikan kepada tiga  peringkat, iaitu masa lampau, masa kini dan masa akan datang.

  • Masa lampau: Merangkumi peristiwa yang telah berlaku kepada kita dan tidak mungkin kita lalui kembali.
  • Masa  kini: Masa yang kita miliki dan sepatutnya  kita gunakan sebaik mungkin.
  • Masa akan datang:Masa yang belum tentu dapat  kita kecapi, kerana belum pasti  kita mempunyai kemampuan untuk melakukannya.

Seterusnya kepentingan masa dapat dilihat dari segi kehidupan kita seharian. Sebagai manusia kita mempunyai dua kehidupan iaitu kehidupan sebagai individu  dan berkumpulan.

Antara  sebab kita perlu mengurus masa  dengan efektif:

(a)      Mengelakkan diri daripada membazir  masa dengan sia-sia.

(b)      Mengelakkan diri daripada amalan  menangguh-nangguhkan  masa.

(c)      Supaya dapat  belajar dengan  berkesan.

(d)      Melatih anda  menggunakan masa  dengan  berkesan.

(e)      Mengelakkan diri daripada panik  untuk  menghadapi peperiksaan.

(f)       menjimatkan  masa,  usaha dan tenaga.

Nantikan bahagian kedua untuk Tips Pengurusan Masa yang Efektif berikutnya.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge