Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 2

tips pengurusan masa yang efektif 2a |  Tips Pengurusan Masa Yang Efektif   Part 2

Sebelum ini kita sudah baca part 1 untuk Tips Pengurusan Masa yang Efektif. Untuk bahagian yang kedua ini, saya akan kongsikan dengan anda

DIMANAKAH MASA DIHABISKAN OLEH MANUSIA?

Sedarkah  kita di manakah 24 jam yang  diberikan tadi dihabiskan? Jean Louis Seaan dalam bukunya,  ‘The Art Of Time’ ada mengemukakan lima perkara  di mana  masa dihabiskan. Menurut  beliau, manusia  telah membentuk satu tabiat sejak  mula lagi bagi menetapkan apa yang akan dilakukan oleh manusia tersebut. Tabiat-tabiat  ini adakalanya  membantu manusia  untuk mencapai kejayaan tetapi  lazimnya menghalang kita daripada mencapai impian  sendiri.

Tabiat  manusia #1 : Melakukan sesuatu yang  kita suka  terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu yang tidak kita gemari.

Hal ini adalah  kelaziman bagi setiap manusia. Perkara yang disukai akan diberikan perhatian yang lebih walaupun hal itu mungkin tidak memberikan apa-apa hasil pada kemudian  hari. Sebaliknya  perkara yang  kurang  diminati walaupun berpotensi tidak akan dilakukan dengan cepat atau sepenuh hati. Misalnya, jika kita meminati muzik,  maka kita akan berusaha untuk membeli kaset, alatan  muzik dan belajar  menggunakannya sepenuh masa.

Sedangkan ketika itu kita seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Matapelajaran tertentu akan diabaikan, walaupun ia penting untuk masa depan. Nyatalah lazimnya sesuatu  yang kita suka lakukan tidak semestinya  memberikan faedah pada  masa depan  dan sebaliknya yang tidak disukai itu banyak memberi faedah pada masa  depan.

 Tabiat  manusia #2: Melakukan perkara yang cepat berbanding yang  lambat.

Tiada siapa yang suka  berbaris panjang dan menunggu  untuk melihat dan mendapatkan sesuatu.Pada  zaman yang serba  canggih ini, semuanya  inginkan  setiap  perkara  yang  berlaku  itu pantas tanpa  menghiraukan  kesan di sebalik kepantasan  tersebut.  Contoh yang mudah ialah ketika melintasi jalan  raya. Terdapat dua pilihan untuk ke seberang jalan  raya yang sesak  sama  ada  menggunakan  jejantas  atau terus  menyeberangi jalan tadi. Jarang yang akan  menggunakan jejantas  tetapi ramai yang sanggup menyeberangi jalan  raya secara  terus,  risikonya amat  tinggi.

Tabiat  manusia #3: Melakukan perkara  yang awal sebelum  yang  akhir.

Jean mengatakan,    perkara yang awal itu memulakan  sesuatu  usaha  dengan  gigih  dan tekun pada  mulanya  tetapi tidak berterusan   hingga  ke penghujung.  Pepatah  Melayu ada mengatakan,    “Hangat-hangat  tahi ayam”.  Sikap ini amat  meluas  di kalangan kita.

Kita pada  mulanya akan  bergerak  untuk melakukan sesuatu pekerjaan pada awalnya kerana pekerjaan itu mudah dan tidak banyak memerlukan  penjagaan. Walau  bagaimanapun. apabita tugasan  tersebut  semakin sukar dan bebanan semakin tinggi, kita akan mula patah semangat untuk  melakukannya.

Adakah anda mempunyai tabiat-tabiat diatas? Kalau ya, mungkin inilah masanya untuk kita mula menguruskan masa kita dengan lebih efektif

Related posts:

  1. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 1
  2. Rahsia Jimat Masa
  3. Tips Urus Masa Sebagai Individu & ahli kumpulan
  4. Tips urus masa untuk buat duit dengan affiliate
  5. Pengurusan Masa, Google Adsense dan Belajar Bahasa Arab

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge