Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 3

Masa amat  penting  bagi kehidupan  manusia. Ramai dikalangan kita tercari-cari tips pengurusan masa yang efektif. Bagi memastikan kita tidak mensia-siakannya. Justeru itu, setiap  individu  berkewajipan  menguruskan masanya  dengan  penuh teliti supaya  setiap detik perjalanan  masa dapat dimanfaatkan.  Masa adalah  sesuatu yang berharga bagi setiap  individu.

Antara ciri masa  yang  membuatkannya begitu  berharga ialah  :

tips pengurusan masa yang efektif 3 |  Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 3

  • Masa tidak boleh dijimatkan
  • Masa tidak boleh disimpan
  • Masa tidak  boleh ditambah
  • Masa tidak  boleh dikurang
  • Masa tidak  boleh disembunyikan
  • Masa tidak  boleh direka cipta
  • Masa tidak  boleh dihentikan,  dipercepatkan  atau dilewatkan
  • Masa tidak  boleh dipindah-pindahkan
  • Masa tidak boleh berpatah balik
  • Masa tidak boleh ditukar ganti
  • Masa tidak boleh dijual beli
  • Masa tidak anjal
  • Masa adalah  terbatas
  • Masa adalah  sama  untuk semua  orang
  • Masa cuma  boleh digunakan

Apakah implikasi  daripada  penyataan di atas?  Penyataan-penyataan   ini bermakna kita perlu bijak  menggunakan   masa.  Masa tidak  boleh  dikembangkan. Kita perlu menguruskan  masa dengan berkesan dan  bijaksana. Kita mesti  menentukan masa.  Semua orang sudah mengetahui bahawa setiap manusia  yang  pelbagai  darjat dan bidang  kerjaya hanya mendapat:

60  saat bagi satu minit

60  minit bagi satu jam

 24 jam  bagi satu hari

168 jam  bagi satu minggu

7   hari bagi satu minggu

12   bulan bagi satu  tahun

52  minggu  bagi satu tahun

Percayalah, jika  anda dapat  menguruskan masa dengan  berkesan dan membahagikannya untuk  kegiatan-kegiatan  yang  berfaedah dan yang bermanfaat anda akan menghampiri  kejayaan.

Disebabkan   kehebatan  ciri-ciri masa  seperti yang  dijelaskan maka  Islam telah menyedarkan  manusia  tentang kepentingan masa dan betapa  perlunya  rnasa untuk dimanfaatkan   dalam  kehidupan  di dunia ini.

Antaranya  ialah ingatan  daripada  Rasulullah SAW  yang  telah  bersabda:

”  Dapatkan saham keuntungan dalam  masa  lima waktu  sebelum  tiba lima waktu  yang lain .

a)   Masa  kamu hidup sebelum  kamu mati,

b)   Masa  kamu sihat  sebelum kamu sakit,

c)    Masa kamu  lapang  sebelum kamu sibuk,

d)   Masa kamu muda sebelum kamu tua,

e)    Masa  kamu senang sebelum  kamu  susah.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge