Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 4

Setiap  individu  mempunyai masa selama  24 jam.  Dalam masa-masa yang terbatas  itulah, setiap individu mesti  melaksanakan tiga aktiviti  penting dalam  hidupnya.    Pada umumnya seorang manusia  itu perlu 8 jam  untuk  bekerja.  8 jam  untuk tidur dan 8 jam  lagi untuk berehat dan berhubung dengan manusia  lain. Jadi melalui  aktiviti-aktiviti ini, setiap manusia  itu akan dapat menjalinkan  perhubungan hidupnya  dengan diri sendiri,  sesama manusia,  alam  dan Tuhan-Nya.

Bagi masyarakat Islam, setiap  muslim diingatkan untuk menguruskan masa dengan efektif dengan menyediakan jadual waktu  kerja harian  dengan  tersusun supaya  setiap  matlamat dapat  dicapai.  Ingatan  ini  dapat  dilihat daripada  hadith  Rasulullah  SAW yang  bersabda;

“Sewajar  setiap  yang berakal, selagi akal fikirannya  tidak  hilang, bahawa dia membahagikan masa-masanya kepada empat waktu,  :

a)   Waktu dia bermunajat  (berzikir) pada Allah SWT.

b)   Waktu untuk  dia bermuhasabah  tentang  dirinya.

c)    Waktu  untuk dia  berfikir berlubung dengan barang-barang  ciptaan Allah SWT

d)   Waktu untuk dia menumpukan   kepada  keperluannya seperti    mencari makanan dan minuman.

Namun demikian,  wajar juga  diambil masa untuk beristirehat.  Ini adalah  kerana anggota badan yang letih  lesu  kerana banyak  bekeria  boleh membawa  kepada kebosanan dan  jemu. Oleh itu, amat  perlu dibahagikan  sedikit masa untuk bersuka-suka dan menghiburkan hati dengan  perkara-perkara yang dibolehkan syarak.

Jadi  secara  umumnya  setiap  individu itu telah  menggunakan  setengah daripada jumlah masa tersebut  untuk melakukan kerja-kerja persendirian,  satu  perempat (1/4) pula untuk  bekerja  atau belajar dan bakinya  untuk aktiviti-aktiviti  yang lain.

Setiap  pelajar  perlu menguruskan      masa dengan  bijak supaya tidak timbul masalah ‘tidak cukup  masa’.  Untuk rnenjadi pelajar  yang  cemerlang, individu  mesti menguruskan masa dengan  betul.  Individu  perlu merancang  apa yang mahu  dilakukan. Individu juga  perlu merancang penjadualan  sebenar  untuk seminggu  secara terperinci.

Oleh yang  demikian, adalah jelas  perlunya pengurusan masa dan setiap  pelajar juga perlu ada  kemahiran dalam  menguruskan  masa. Dengan itu boleh dikatakan bahawa masa itu bersifat ‘paradox’,  iaitu tiada siapa yang  mempunyai  cukup  masa tetapi semua  orang mendapat jumlah yang  sama. Terpulanglah  kepada individu untuk menyesuaikan serta  menguruskan masanya  agar benar-benar   berfaedah.  Pada  hakikatnya pengurusan masa ialah  pengurusan   kendiri  atau pengurusannya   hanya 24 jam sehari  dan tidak  lebih, tidak kurang agar  masa tidak terbuang dengan sia-sia

Pengurusan masa secara  tidak teratur akan menyebabkan  kerja-kerja tidak berjalan mengikut perancangan, tertangguh, terbengkalai   dan  lain-lain. Ia juga  turutmembawa     kepada  rendahnya    ‘self-esteem ‘, kerjaya yang tidak tercapai dan tingkahlaku yang boleh merosakkan kehidupan  anda.

Cara pengurusan  masa yang  paling  mudah  ialah dengan menggunakan kaedah A. B dan  C.

A      = Ketahui apa yang  telah anda miliki.

B      = Ketahui apa yang anda  mahukan.

C    = Menggunakan A dan  B untuk  mendapatkan apa yang anda  mahukan.

Pengurusan masa yang  berkesan bukanlah bermakna seseorang  itu bekerja dalam jangka  masa  yang lebih lama  atau  bekerja lebih  keras (kuat) tetapi lebih kepada  bermaksud    ” Do more by working  smarter.”

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge