Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 5

Ramai individu gagal dalam menguruskan masa dengan betul kerana  mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi. Mereka menghadapi  kehidupan secara tidak sistematik, kelam kabut dan gopoh-gapah.

FAKTOR PENGURUSAN MASA YANG SALAH

Antara  tabiat yang menyebabkan masa tidak diuruskan masa dengan betul  ialah:

a)   Tidak mempunyai jadual waktu  harian.

b)   Suka menangguh-nangguhkan masa dalam sesuatu aktiviti.

c)    Suka melakukan kerja  pada saat akhir (last  minute).

d)   Suka  membazirkan masa  dengan  aktiviti yang  tidak  berfaedah.

e)    Tidak mematuhi jadual waktu  yang  telah disediakan.

f)       Tidak ada  susunan keutamaan  atau tidak tahu mana aktiviti yang kurang penting.

KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM MEMBUAT PERANCANGAN DAN PENJADUALAN WAKTU

1)   Menghargai  masa.

Masa  ialah  kehidupan itu sendiri dan merupakan  nikmat Allah SWT yang paling bernilai. Jika anda membazir  atau membuang masa  dengan  sia-sia  bermakna  anda tidak  menghargai kehidupan anda. Hal ini juga  bermakna   anda tidak menghargai nikmat Atlah  SWT kepada  anda.

2)   Menghitung  masa.

Masa yang  ada  pada kita adalah terhad. Masa berlalu  tidak akan berulang  kembali. Oleh itu.anda harus menghitung banyak mana masa yang  ada  untuk menghadapi  peperiksaan.  Belum pasti semua  masa yang anda  hitung tadi benar-benar boleh anda gunakan.  Oleh itu, kiralah pula berapa  banyakkah masa  yang benar-benar boleh anda gunakan untuk  belajar setelah  menolak masa  tidur, rehat,  bersukan.  bercuti  dan aktiviti-aktiviti  lain lagi.

3)   Mengagih-agihkan  masa dengan  bijaksana.

Pembahagian masa ini perlu dibuat  secara bulanan, mingguan dan harian.

4)   Menjaga  masa  dengan  baik.

Anda  perlu mendisiplinkan diri agar mematuhi  rancangan yang telah diatur. Masa tidak boleh  dibiarkan berlalu begitu sahaja  tanpa  hasil yang  produktif. Anda perlu sentiasa menyemak  samaada  masa anda  diisi dengan baik atau  banyak  terbuang   begitu sahaja.Anda  perlu  mengukur sejauh mana objektif anda tercapai dalam jangka masa  yang telah ditetapkan.

5)     Menunaikan objektif jangka pendek  dan jangka  panjang.

Untuk menghargai  dan menggunakan  masa dengan bijak, anda  perlu  menentukan  objektif anda.  Menentukan  objektif  bermakna anda menetapkan matlamat untuk diri anda.  Hal ini bermakna anda mempunyai pandangan atau wawasan yang jelas tentang  sasarananda,  hala tuju dan seterusnya  strategi yang  perlu dilakukan untuk  mencapainya.

TIPS MENETAPKAN OBJEKTIF DALAM PENGURUSAN MASA

Seorang individu pertu mempunyai  dua jenis objektif dalam melakukan sesuatu kerja iaitu objektif jangka pendek  dan objektif jangka panjang.

Objektif  jangka pendek

Biasanya ialah sesuatu  yang ingin dicapai dalam  masa sebulan  atau dua bulan, satu penggal atau satu semester.

 Objektif  jangka  panjang

Sesuatu yang ingin dicapai  dalam masa  satu  hingga  lima tahun.

Kebanyakan individu gagal disebabkan mereka  tidak mempunyai objektif tertentu  dalam  kehidupan mereka. Mereka  tidak tahu  apakah yang  ingin dicapai  atau  ke arah  manakah hala yang  akan  dituju  ataupun apakah  yang harus dilakukan  untuk  menentukan sesuatu objektif.  Mereka tidak  mempunyai sasaran tertentu,  akibatnya  pembahagian masa  tidak sistematik  dan konsisten.

Berikut  ialah  beberapa panduan yang perlu dilakukan  oleh seorang   individu  dalam menetapkan  objektifnya :

(a)     Tuliskan objektif anda

Dengan  adanya  objektif.  Maka anda  mempunyai matlamat. halatuju,  pernyataan yang jelas  dan juga  perkara yang ingin dicapai. Hal ini juga  akan  menjadikan anda  betul-betul  serius  dan membantu  anda  untuk memberi perhatian  yang sepenuhnya    untuk mencapai  objektif tersebut

(b)     Tentukan  objektif anda  secara  spesifik

Anda  perlu menyatakan  objektif secara spesifik bukan  dalam  bentuk  yang terlalu umum.  Semua  orang mahu berjaya tetapi  pada tahap kejayaan yang sebagaimana?

(c)     Tentukan  objektif anda secara realistik dan boleh dicapai

Sasaran  yang ingin dicapai  mestilah  berpijak di bumi yang nyata.  Sasaran yang realistik ialah sasaran yang  boleh dicapai  oleh semua  orang yang  mempunyai kemampuan dan kebolehan yang  sama  dengan anda.  Dengan perkataan  lain, bukan sesuatu perkara  yang  mustahil  untuk  dicapai  oleh seorang  individu.

(d)     Senaraikan  objektif anda mengikut  susunan keutamaan

Objektif  yang  paling penting  mestilah  mengatasi keutamaan  daripada  objektif yang  kurang  penting. Ini adalah untuk memudahkan  anda memberi tumpuan kepada yang  lebih  penting  dahulu.  Jika  andatidak berjaya mencapai kesemua objektif yang   ditentukan,  sekurang-kurangnya  anda dapat  memastikan objektif anda  tidak terabai.

(e)      Menetapkan jangka  masa tertentu

Untuk mencapai  sesuatu  objektif kita mesti  menentukan   batasan  waktu atau ‘time frame’  iaitu bilakah objektif itu  hendak  dicapai ataupun boleh dicapai

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge