Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 6 (akhir)

Berikut beberapa cadangan supaya anda  dapat menggunakan  masa selama  24 jam untuk menguruskan masa anda dengan lebih berkesan.

  1. Sediakan  suatu jadual hari yang tetap. Jadualkan  masa yang  tertentu untuk perkara yang  rutin.
  2. Buat suatu  perkara pada masa  itu. Apabila  anda memulakan suatu kerja, selesaikan  sehingga  berjaya.
  3. Ketepikan  sebarang perkara  yang  tidak berkenaan  dengan  kerja yang anda hendak selesaikan.
  4. Jangan tangguhkan perkara yang penting, walaupun ia tidak menyeronokkan. Ini akan mengganggu fikiran anda,  mengurangkan daya penciptaan dan keupayaan  kerja anda.
  5. Pada  masa  yang  sesuai lakukan perkara yang  memerlukan keupayaan  otak  yang maksimum.
  6. Tetapkan  waktu atau satu jangka  masa(time  frame) untuk semua  kerja, kemudian cuba  patuhi batas waktu  itu.
  7. Susunkan  waktu selingan  masa anda tidak  boleh  bekerja dengan berkesan. Buat senarai  semak  terhadap penggunaan masa anda.  Dalam  semakan itu perhatikan berapa banyak  masa yang  telah  digunakan   dengan baik dan berkesan.
  8. Anda  harus  bersikap  selektif.  Belajarlah  mengatakan  ‘tidak boleh’terhadap aktiviti-aktiviti  yang  tidak  menguntungkan.
  9. Analisiskan  gangguan anda. Ambil  langkah-langkah       yang sesuai  supaya anda dapat  menghindari  gangguan  tersebut ataupun mengurangkan kesannya.
  10. Buat satu perkara pada  suatu masa  sahaja. Elakkan  membuat banyak  perkara dalam  suatu masa.  Iniakan  menyebabkan  anda tidak dapat memberi  tumpuan yang baik.

MEMBUAT PENILAIAN DAN PEMBETULAN MASA YANG TELAH DIRANCANG

Anda  perlu membuat  penilaian sejauh  mana  masa  yang telah  anda gunakan itu dapat  mencapai   matlamat atau objektif yang telah ditetapkan.  Sebaliknya, anda  perlu mengenal  pasti mengapa objektif yang ditetapkan tidak tercapai atau lambat tercapai dalam jangka  waktu yang  ditentukan.

Seterusnya,  anda  mesti  membuat  pernbetulan  yang  perlu supaya pengurusan masa anda  lebih berkesan.  Rancangkan  kaedah-kaedah    yang  lain supaya aktiviti-aktiviti  yang dirancangkan  dapat  dilaksanakan  dengan berkesan   dan  menjimatkan   masa. Jika sesuatu aktiviti tidak  berjaya dilakukan, anda perlu mengenalpasti  apakah kesilapan atau kekurangan yang  telah anda lakukan.

Berikut ialah lima langkah  merancang  peningkatan  pengurusan  masa:

Langkah    1

Nyatakan   objektif peningkatan  masa anda. Anda  mestilah spesifik  tentang  berapa banyak masa yang  ingin anda  peruntukkan  dalam jadual  mingguan  dan tarikh sasaran  untuk mencapai  objektif  itu.

Langkah 2

Kenal  pasti peluang yang ada. Anda mestilah  spesifik.  Adakah tugas yang  dapatdiketepikan  atau diagihkan? Apakah  rancangan   yang  perlu dibuat?

Langkah  3

Pilih peluang yang anda rancang untuk  memperoleh jumlah  penjimatan  masa  yang dijangkakan dan bandingkan dengan  penjimatan  masa menurut tarikh sasaran  anda.

Langkah 4

Senaraikan  aspek  perubahan yang telah dilakukan.  Ini termasuk  penyemakan semula dan mendapat  kelulusan dan juga  persetujuan serta  kerjasama daripada  mereka yang  akan  menjalankan sebahagian  daripada  tugas dan tanggungjawab anda  seperti  menyediakan ‘projek kursus’ secara berkumpulan.

Langkah 5

Ambil  tindakan  susulan  dalam  tempoh  10 hari. Kaji semula  kemajuan anda dan  ulangi sebarang  langkah yang  tidak  menghasilkan  keputusan seperti  yang  dijangkakan.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge