Tips iklan percuma – pastikan iklan anda sentiasa teratas

iklan percuma2 300x160 |  Tips iklan percuma   pastikan iklan anda sentiasa teratasIklan percuma merupakan antara teknik promosi yang agak popular sebab ia tidak melibatkan sebarang kos kewangan.

Oleh sebab ia popular, salah satu faktor penting untuk membolehkan iklan yang anda tulis mendapat sambutan ialah dengan memastikan ia berada di kedudukan teratas pada web iklan percuma yang anda pilih.

Dengan itu, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menarik lebih ramai prospek ke laman web yang anda promosikan.

Walaupun kini saya sudah tidak beriklan di web seperti ini, tetapi ia adalah teknik yang agak berkesan terutamanya untuk orang yang mempunyai budget yang terhad dan mencari-cari ruang untuk beriklan secara percuma. Tetapi, teknik ini agak mengambil masa kerana anda perlu melakukannya secara manual. Apa yang penting, anda perlu merancang dengan betul dan fokus.

Disini saya ingin kongsikan cara yang pernah saya  gunakan untuk membolehkan iklan anda sentiasa berada pada kedudukan teratas.

1. Lawat ke mana-mana portal web iklan percuma yang anda fikirkan sesuai. Saya ada postkan senarai 65 web iklan percuma yang boleh anda gunakan dalam usaha promosi web anda. Daftarkan maklumat diri dan url web bagi produk yang ingin dipromosikan  anda disitu.

2.  Tuliskan di notepad beberapa ayat untuk iklan produk yang bakal anda promosikan. Ini akan memudahkan anda copy-paste iklan anda itu tanpa perlu mengulangnya berkali-kali bagi setiap portal web iklan percuma yang anda pilih.

3. Hantarkan iklan produk anda dengan memilih kategori yang sesuai. Adalah penting untuk anda pilih masa yang paling singkat bagi iklan anda. Misalnya, jika anda perlu pilih antara 3 hari, 7 hari atau 30 hari, anda perlu pilih 3 hari. Sebab setiap hari pasti akan ada sahaja iklan baru yang bakal masuk dan menyebabkan iklan anda berada pada kedudukan agak corot.Ini akan menyebabkan iklan anda tidak dibaca oleh pengunjung.

4. Selepas tamat tempoh iklan. Bolehla resubmit iklan itu semula.

Tips penting:

1. Pastikan anda ringkaskan url web yang ingin anda promosikan seperti guna servis bit.ly. Ini akan membolehkan anda kenalpasti web pengiklanan mana yang paling berkesan.

2. Buat jadual pengiklanan untuk membolehkan anda beriklan secara terancang dan konsisten.

Diharap artikel ini dapat membantu anda mempromosikan web anda dengan iklan percuma secara lebih berkesan.

Related posts:

  1. Iklan Solat : Hidup Sebelum Mati
  2. 65+ Web Iklan Percuma untuk Promosi Produk Anda
  3. Iklan Merdeka Pertonas 2008 Memang Best
  4. 17 ebook Percuma untuk anda!
  5. Pastikan Komputer Anda Dilindungi Secukupnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge