Tips urus masa untuk buat duit dengan affiliate

urusmasa buatduitdenganaffiliate |  Tips urus masa untuk buat duit dengan affiliateSalah satu sebab utama kenapa ada yang gagal buat duit dengan affiliate adalah di sebabkan mereka tidak pandai urus masa mereka dengan bijak. Memang menjadi seorang affiliate membolehkan anda bekerja pada bila – bila masa sahaja yang anda mahu, namun, ia tidak memberi jaminan pada anda untuk bersenang lenang.

Affiliate adalah pekerjaan secara bersendirian, jika anda dapat jualan, anda akan dapat komisyen. Jika tidak, anda tidak dapat apa – apa. Anda juga yang kerugian kerana masa telah banyak di habiskan tetapi hasilnya anda tidak nampak. Jadi, untuk berjaya sebagai affiliate, anda perlu pandai menguruskan masa anda dengan bijak.

Berikut adalah 3 cara untuk menguruskan masa anda sebagai affiliate dengan lebih berkesan.

#1 : Memberi keutamaan pada pekerjaan affiliate dan jadikan ia sebagai rutin harian.

Cara terbaik untuk memastikan anda bekerja sebagai affiliate adalah menjadikannya sebagai rutin harian anda pada setiap hari. Berapa masa yang anda ada untuk affiliate?

Adakah dua jam?
Adakah tiga jam?
Adakah sejam?

Apabila anda sudah mentetapkan berapa jam sehari yang anda mampu peruntukkan untuk affiliate, anda seharusnya memberi keutamaan kepada pekerjaan anda ini. Contohnya, anda setkan  bahawa setiap hari anda boleh luangkan masa selama sejam bagi pekerjaan sebagai affiliate, pastikan bahawa sejam tersebut benar – benar berkualiti iaitu melakukan pekerjaan sebagai affiliate.

Selepas habis masa sejam tersebut, anda boleh lakukan apa sahaja yang anda mahu lakukan seperti mengemas rumah, memasak, main facebook dan sebagainya. Anda perlu ingat, masa bekerja untuk affiliate adalah berbeza masa untuk anda online. Jadikan aktiviti atau pekerjaan anda sebagai affiliate sebagai rutin harian iaitu anda wajib luangkan masa untuk bekerja sebagai affiliate pada setiap hari.

#2: Ubah diri anda.

Untuk menjimatkan masa, anda perlu jadi lebih produktif. Setiap hari anda perlu jadi lebih baik dari semalam. Anda perlu jadi semakin pandai dalam bidang affiliate. Untuk jadi lebih pandai, anda perlu berkerja atau take action kerana pengalaman adalah guru perniagaan yang baik. Jika anda tidak mampu untuk mengubah diri anda, anda boleh tanya atau meminta bantuan dari orang lain.

[[ PERCUMA : Panduan Buat Duit Dengan Affiliate]]

Jika selama ini anda taip dengan kelajuan 20 perkataan setiap miniti, anda perlu majukan kadar taipan anda kepada 50 perkataan seminit pula. Setiap hari, anda perlu mahirkan diri anda dengan kemahiran sebagai affiliate. Jika selama ini anda ambik masa sejam untuk install dan setting blog, anda perlu majukan diri anda kepada 15 minit bagi setiap installation.

Pendek kata, anda perlu jadikan diri anda lebih produktif. Ini membolehkan anda untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan sebagai seorang affiliate.

#3: Sentiasa segarkan diri.

Bagi mereka yang terlampau teruja nak buat duit dengan affiliate, mereka selalunya akan bekerja selama beberapa jam sehari tanpa berehat. Ini akan menggalakkan pembaziran masa kerana produktiviti akan berkurangan. Anda perlu rehatkan diri bagi setiap 40 minit atau apa sahaja kaedah yang sesuai bagi anda.

Kadang – kadang anda perlu beri ruang pada badan anda untuk berehat. Mata anda juga mungkin penat untuk bekerja.

Diharap 3 tips ini akan dapat bantu anda urus masa anda dalam usaha untuk buat duit dengan affiliate.

Related posts:

  1. Kenapa Kita Gagal Buat Duit Dengan Affiliate Sedangkan Orang Lain Boleh ?
  2. 5 checklist sebelum mula buat duit dengan affiliate
  3. Asas Buat Duit Tanpa Modal Dengan Affiliate
  4. Buat Duit Dengan Affiliate : Bukan Niche Buat Duit
  5. 5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate

2 Comments

  1. halim Wednesday, 10 October, 2012
  2. salwa Wednesday, 24 October, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge