Tips Urus Masa Sebagai Individu & ahli kumpulan

tips urus masa |  Tips Urus Masa Sebagai Individu & ahli kumpulanMasa sebenarnya adalah anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang bernama manusia yang amat bernilai. Dengan merujuk surah Al-Asr,surah yang ke-103, dapat dibuat kesimpulan bahawa manusia perlu menyedari bahawa masa adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak boleh disia-siakan.

Justeru itu, demi kemajuan diri, agama, bangsa dan negara, kita perlu memberi perhatian yang serius dalam urus masa yang diberikan kepada kita.

Masa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu masa lampau, masa kini dan masa akan datang.

• Masa lampau: Merangkumi peristiwa yang telah berlaku kepada kita dan tidak mungkin kita lalui kembali.

• Masa kini: Masa yang kita miliki dan sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin.

• Masa akan datang:Masa yang belum tentu dapat kita kecapi, kerana belum pasti kita mempunyai kemampuan untuk melakukannya.

Seterusnya kepentingan masa dapat dilihat dari segi kehidupan kita seharian. Sebagai manusia kita mempunyai dua kehidupan iaitu kehidupan sebagai individu dan berkumpulan.

Kehidupan manusia sebagai seorang individu

Sebagai individu,kita akan menggunakan masa yang ada untuk merancang apa yang bakal kita lakukan pada hari ini, esok dan seterusnya. Rancangan tersebut dibuat supaya hidup individu lebih terurus, mudah dan sebagainya.

[[ Ketahui Betapa Mudahnya Menjemput Rezeki ]]

Kita akan menetapkan masa untuk bekerja bagi mencapai sesuatu matlamat seperti belajar, makan, berhibur, berehat, beribadat dan menguruskan diri. Kesemuanya ini akan membolehkan kita membahagikan masa dengan betul dan tidak mensia-siakan masa yang diberi. Setiap satu tugasan diberikan jumlah masa yang tertentu dan pencapaian yang berbeza.

 

Tugasan individu dalam keluarga adalah bergantung kepada keduduka kita. Jika kita adalah seorang anak,maka seharusnya ia akan menetapkan hidupnya dengan tugasan seperti membantu ibunya dalam tugasan harian di rumah, pembelajaran dan kegiatan sosialnya. Semua ini tidak akan dapat dilakukan jika kita tidak membahagikan masa dengan baik.

Tugasan kita sebagai ibu pasti berbeza dari tugasa seorang anak. Pastinya seorang ibu yang bertanggungjawab akan memastikan masanya diuruskan sebaik mungkin untuk memberikan nilai terbaik kepada anak kita.

Kehidupan manusia sebagai satu kumpulan
Melibatkan kehidupan bersama keluarga, masyarakat sekeliling,rakan persekolahan dan rakan sepejabat. Tugasan kita dalam kumpulan adalah berbeza-beza dan memerlukan waktu yang berlainan untuk dilaksanakan.

Sebagai seorang pelajar pula, kita akan berada dalam kumpulan pelajar yang sama-sama menuntut ilmu bagi mencapai sesuatu pada masa akan datang. Kita akan diberi tanggungjawab oleh rakan sekelasnya atau oleh gurunya untuk diselesaikan bersama- sama.

Kegagalan kita menetapkan masa dalam melaksanakan tugasan yang diberikan tadi akan menimbulkan kesulitan kepada kumpulan kita. Perancangan dan pembahagian masa harus dilakukan dengan teliti mengikut keutamaan kerja supaya kita tidak mengganggu perjalananan masa orang lain. Dengan cara ini barulah kejayaan dapat dicapai.

Diharap post kali ini serba sedikit dapat memberikan idea kepada kita betapa pentingnya masa kita diurus dengan baik. Harap in bermanfaat.

Related posts:

  1. Tips urus masa untuk buat duit dengan affiliate
  2. Gaji wajib dizakat sebagai zakat pendapatan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge